Tuesday, October 27, 2009

Usaha pecah-belahkan PAS, awas 'cyber troopers' Umno!


KUALA LUMPUR 27 Okt: Ahli PAS diingatkan agar berwaspada dan sentiasa berhati-hati serta bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh 'cyber trooper' Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini.

"PAS mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa PAS kini berpecah.

"Pemimpin Umno seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah PAS kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam PAS yang mahu bergabung dalam Umno, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan,"jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya,dalam ucapan Muktamar yang lepas, telah dijelaskan oleh Presiden PAS bahawa PAS tiada hasrat untuk bergabung dengan Umno dan isu Unity Goverment tidak berbangkit lagi.

"Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok.

"Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan PAS tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan,"jelasnya lagi.

Selain itu katanya,PAS melihat, selain jalan Musyawarah perlu juga Laporan Disiplin dibuat bagi mengesahkan setiap tuduhan yang dibuat untuk memudahkan kita mengetahui asal punca masalah ini.

"Lembaga Disiplin PAS juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS sedang berusaha membawa PAS bergabung dengan Umno untuk membuat Laporan Disiplin. Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun,"katanya.

Beliau juga yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga.

Oleh itu,tambahnya, PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini.

"Gunakanlah saluran yang ada (Lembaga Disiplin) bagi mencari kebenaran dan menguatkan Ukhuwah dalam parti.

"Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat moga mereka yang cuba menganiaya parti ini diberikan hidayah oleh Allah untuk menginsafi perbuatan mereka. Kita mohon pada Allah semoga PAS dileraikan dari belenggu fitnah dan perjuangan kita terus mendapat hidayah dari-Nya,"tegasnya.

Monday, October 26, 2009

Bajet 2010 untungkan k'jaan: Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah yang diperkenalkan semula, jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Dalam Bajet 2010, kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27 peratus kepada 26 peratus selain menaikkan pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Berucap membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

"Walaubagaimanapun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada poket rakyat.

"Ini tidak termasuk lagi cukai keuntungan hartanah sebanyak 5 peratus yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai," tambahnya.

Sehubungan itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh bertanya adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat.

"Apa yang berlaku, ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Poket rakyat makin kosong dan kuasa membeli merosot.

"Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan domestik untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk," tegas Anwar.

Katanya, jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

"Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 bilion tahun 2009.

"Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? Rakyat atau syarikat pemegang konsesi? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.

"Bagaimana pula dengan kehilangan berbilion ringgit hasil penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya? Skandal demi skandal terbongkar yang melibatkan puluhan billion ringgit daripada hasil cukai yang di bayar oleh rakyat? PKFZ, Perwaja, scorpene dan sebagainya. Kebajikan rakyat diutamakan?" soalnya.

Berikut adalah sedutan ucapan perbahasan Anwar:

Belanjawan tahunan merupakan polisi jangka pendek kerajaan. Selalu nya apa yang bentangkan Jumaat lepas akan dilupakan dan tidak diikuti sehingga belanjawan baru dibentangkan pula.

YAB Perdana Menteri mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27% kepada 26% bagi memasti kadar cukai pendapatan individu kekal berdaya saing serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi menurut beliau. Selain itu kerajaan menaikkan pelepasan cukai daripada rm8 ribu kepada rm9 ribu, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

Walaubagaimana pun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada kocek rakyat. Ini tidak termasuk cukai keuntungan hartanah sebanyak 5% yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat? Apa yang berlaku ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Kuasa membeli rakyat merosot. Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan tempatan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak RM3.6 billion berbanding RM19.7 billion tahun lepas?

Jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 billion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 billion tahun 2009. Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? RAKYAT ATAU SYARIKAT PEMEGANG KONSESI? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.

Pengurusan ekonomi lemah - defisit 13 tahun berturut-turut

Walaupun belanjawan defisit kali ini lebih kecil daripada yang dijangkakan tetapi perlu diingatkan banyak lagi belanjwan-belanjawan tambahan, pakej rangsangan, perbelanjaan "off-budget" dan sebagainya akan dibentangkan sepanjang tahun 2010. Maka defisit akan terus meningkat.

Adakah benar kerajaan berbelanja defisit kerana "kebajikan rakyat didahulukan" atau kelemahan dalam pengurusan ekonomi pimpinan kerajaan sekarang. 13 tahun berturut-turut kerajaan membentangkan belanjawan defisit baik dalam keadaan harga petroleum dan komoditi melambong tinggi.

Akibatnya hutang Negara meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009. Sejak 2006 hutang Negara meningkat 49.7% daripada RM242.2 billion. Dalam masa yang sama peratusan hutang Negara dengan KDNK meningkat 41.5% pada tahun 2008 kepada 52.4% tahun 2009.

Pelbagai langkah dan peruntukan diumumkan untuk memacu ekonomi standing dengan ekonomi nilai tinggi seperti negara Singapura, Korea Selatan dan sebagainya. Malangnya, statistik terus menunjukkan kemerosotan pendapatan yang secara langsung menyumbang kepada masalah defisit.

Keutamaan dalam pembangunan ekonomi jauh menyimpang. Kerajaan memberi keutamaaan yang berlebihan kepada pembangunan infrastruktur awam (public hardware infrastructure) dan mengabaikan keperluan infrastruktur social dan teknikal. Pembangunan infrastruktur teknikal dan sosial termasuk pembangunan dalam peningkatan kualiti sumber manusia, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, pencegahan jenayah dan sebagainya.

Kerajaan tidak upaya melonjak ekonomi ke tahap yang boleh menggandakan penjanaan pendapatan - iaitu ekonomi tambah nilai kerana terlalu bergantung kepada komoditi, petroleum, pembuatan dan perkilangan yang mana kita tidak mempunyai kelebihan lagi dari segi kos efisiensi berbanding negara-negara membangun lain.

Kerajaan hilang daya kreatif dan inovatif untuk menambah pendapatan Negara kerana terlalu bergantung kepada pendapatan industri petroleum. Bagaimana kerajaan dapat membimbing rakyat agar berdaya kreatif dan inovatif untuk meningkat kepada berpendapatan tinggi?

Kebergantungan kepada pendapatan industri petroleum

Bagi tahun 2008; kerajaan memperuntukkan RM177 billion yang mana RM74 billion (42%) disumbang oleh PETRONAS. Ini tidak termasuk hasil dari syarikat-syarikat industri petroleum lain. Sekiranya diambil kira dianggarkan pendapatan daripada industri petroleum mencecah lebih 60%.

Bayaran yang dibuat oleh PETRONAS kepada kerajaan meningkat dua kali ganda dari tahun 2005 hingga 2009; sedangkan rizab petroleum dan gas kita tidak banyak berubah dan kos operasi meningkat 3 kali ganda dalam tempoh yang sama.

Dalam tahun 2006, pecahan pungutan cukai langsung kerajaan adalah pada nisbah 46 % cukai syarikat, 32% cukai petroleum dan 15% cukai individu. Kerajaan tidak mengumumkan pecahan pendapatan cukai yang dijangka dalam tahun 2010, tetapi jangkaan umum adalah cukai petroleum sudah melebihi sumbangan cukai syarikat; yang menimbulkan tanda tanya tentang daya saing ekonomi kita yang terlalu bergantung kepada industri petroleum.

Dianggarkan hanya 2 juta dari 11 juta tenaga kerja di negara ini membayar cukai. Dari jumlah tersebut, dianggarkan hanya 10,000 pembayar cukai adalah pembayar cukai kadar tertinggi (highest tax rate payer); menggambarkan hanya 10,000 orang di Malaysia mendapat pendapatan lebih dari RM250,000 setahun. Ini melambangkan kegagalan BN melonjakkan ekonomi ke tahap lebih tinggi, sehingga tenaga kerja kita masih berkisar kepada kerja-kerja yang tidak mendapat pulangan tinggi - secara langsung menjejaskan pendapatan negara.

Sebelum cukai dinaikkan amat kritikal kerajaan menilai semula kewajaran penganugerahan konsesi tol, IPP, permit impot atau AP kepada perusahaan otomobil dan segala lesen dan permit yang diniagakan diatas dan bawah kaunter untuk mengaut keuntungan tanpa apa-apa pertimbangan yang amat membebankan pengguna.

Kerajaan perlu meneliti bajet dan menghapus pembaziran dan kebocoran. Secara teori kita dapat menyelamat sekurang-kurangnya 10% daripada belanjawan tanpa mengorban prestasi kerja dan penjimatan sedemikian dapat digunakan untuk mengurang defisit belanjawan.

Wujudkan sistem cukai progresif

Kita perlu peka dan prihatin kepada masalah jurang pendapatan rakyat di Negara ini. Kita sedia maklum jurang kemiskinan yang wujud di antara negeri-negeri, di bandar dan desa - malah, wujud juga jurang yang besar di antara tenaga kerja di negara ini.

Anggaran yang dilaporkan sebelum ini ada menyebut bahawa jumlah pembayar cukai kadar tertinggi di negara ini tidak pun mencecah satu peratus dari jumlah keseluruhan pembayar cukai.

Pelepasan-pelepasan cukai yang diumumkan dalam belanjawan 2010 sebenarnya tidak mengmbil kira jurang pendapatan yang wujud di kalangan tenaga kerja kita.

Pada masa kini, seorang pembayar cukai akan membayar kadar tertinggi apabila pendapatan beliau mencecah RM100,000 setiap tahun.

Dalam keadaan ekonomi semasa, golongan professional pertengahan juga akan masuk di dalam kategori ini; walaupun pendapatan mereka adalah jauh lebih rendah daripada mereka yang mencecah RM500,000 atau RM1 juta setahun.

Adalah lebih adil dan berkebajikan jika kita mengiktiraf jurang pendapatan yang wujud ini - maka sistem cukai individu kita perlu lebih progresif.

Saya cadangkan agar satu kategori pendapatan tertinggi yang baru diperkenalkan untuk membezakan di antara mereka yang berpendapatan tertinggi dan golongan professional kelas pertengahan.

Persaingan ekonomi dan meningkatkan daya saing

Kemurungan yang melanda ekonomi sejagat tampaknya tidaklah sebegitu tenat lagi. Namun keadaan sesungguhnya tidak menentu. Tidak siapa mampu menjangka keadaan yang mendatang. Esok, secara-cara tiba, ekonomi, boleh sahaja merudum dan mendung yang disangka berarak pergi, mulai datang menyelubungi lalu menimbulkan kekusutan kepada rakyat.

Panjanglah rumput di permatang
Di sabit orang di Inderagiri
Ku sangka panas sampai ke petang
Kiranya hujan di tengahari

Menurut laporan "World Competitiveness Report 2009/2010" yang dikeluarkan oleh "The World Economic Forum (WEF)" Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam kerangka peraturan baik perundangan maupun pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa 2 tahun.

Kelemahan yang menjejas daya saing negara perlu diperbaiki seperti pencegahan jenayah, sistem perundangan dan kawalan pelaburan, penyelidikan dan pembangunan, infrastruktur era ekonomi baru seperti internet dan sebagainya bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan yang telah banyak ditawar oleh Negara-negara lain.

Perubahan ataupun al Islah ini merupakan istilah yang membawa maksud memperbaiki dari kerosakan serta mencegah kebejatan dari berlaku. Tafsir al Kabir melanjutkan penjelasan dengan mempertanggungjawabkan pemerintah dan kerajaan itu melakukan usaha sedaya upaya mencegah kemudaratan. Kesejahteraan rakyat haruslah menjadi keutamaan. Para mufasirin seperti Imam Fakhr al Din al Razi dan Ibnu Katsir bersetuju antara dari pengertian melaksanakan Islah ini adalah memenangkan Keadilan dan mengalahkan kezaliman.

Ibnu Khaldun, ilmuwan abad ke 14, di dalam karya Mukaddimah nya mengungkapkan sebuah pentadbiran dan kerajaan yang dikenal sebagai Wajhul Hikmah. Kerajaan yang mengambil berat kebajikan serta kesejahteraan rakyat nya. Yang mentadbirnya adalah di kalangan mereka yang jujur dan amanah

Sekiranya benar maka kita perlu perbaiki sekarang termasuk menggugur sebahagian dasar dan polisi yang telah usang dan tidak lagi berkesan kerana perubahan persekitaran persaingan. Dasar baru perlu diperkenalkan untuk berhadapan dengan cabaran perubahan ekonomi sejagat untuk terus kehadapan berbanding dengan negara-negara lain yang semakin sengit bersaing.

Dalam kita mengejar kedudukan ranking kita perlu mengimbangi pembangunan diantara semua kaum. Ini sedikit sebanyak menjejas daya saing dan kecekapan pengurusan ekonomi Negara. Saya berpuas hati sekiranya kita dapat mencapai kedudukan ke 18 atau 19 dalam masa terdekat dan terus memperbaiki kedudukan apabila kita berupaya menyesuai kelemahan dan kesempitan aliran atau "bottleneck" dalam pengurusan ekonomi.

Kedudukan yang tinggi dalam daya saing dan efisiensi Negara samaada dapat dicapai atau tidak ditentukan oleh tahap persediaan Negara membiar kuasa pasaran berperanan menentukan aliran peruntukkan dan pengagihan sumber kekayaan Negara dengan campurtangan kerajaan yang minima melalui dasar, polisi, pentadbiran, undang-undang dan peraturan.

Ekonomi yang berdaya saing tinggi difahami berpengetahuan dalam pengurusan sumber dan sumber yang berkurangan. Dengan cara ini pertumbuhan ekonomi dapat dicorak dan dipertahan untuk menjana Pendapatan Negara Kasar yang tinggi. Dalam Negara penduduk yang serumpun teori ini boleh digunapakai tetapi amat sukar dalam masyarakat berbilang kaum yang berbeza aspirasi dan kedudukan ekonomi.

Indeks daya saing dan kecekapan global merupakan panduan penting untuk pelabur antarabangsa memutus tempat pelaburan. Negara yang ingin menarik pelaburan langsung sudah tentunya akan menyediakan iklim yang menarik dan berdaya saing untuk menawan mereka.

Buat masa ini jenis ekonomi yang efisien dan berdaya saing tinggi tanpa campurtangan kerajaan tidak sesusai untuk Negara tetapi mungkin akan menjadi kenyataan dalam dua tiga dekad lagi sekiranya kita meletakkan batu asas yang kukuh kearah itu dan dalam masa yang sama menyelesai masaalah kemiskinan dan merapatkan jurang perbezaan diantara yang kaya dan miskin.

Kita perlu mengkaji dasar yang diolah untuk memaju dan menyusun ekonomi berdasar pemilikan dan penglibatan berlandaskan kaum dalam ekonomi. Barangan dan perkhidmatan social dan ekonomi sepatutnya boleh digunakan oleh semua tanpa mengira kaum tetapi mereka yang mempamer kebolehan dan kesungguhan untuk terlibat perlu dibantu kerajaan. Bantuan jangan sekali-kali disediakan berdasar kedudukan social, kuasa politik penerima. Penglibatan dalam ekonomi mesti berdasar merit, keupayaan dan iltizam keusahawanan. Mengambil kira dasar ini bantuan mereka yang tidak bernasib baik mesti diolah dengan cara yang tidak membantut daya saing Negara.

Atas dasar itu sedang kita perlu kepada ekonomi yang berdaya saing tinggi dan cekap kita juga perlu mengimbangi tuntutan dan keperluan golongan yang memerlu bantuan dan perlindungan kerana kedudukan ekonomi mereka hasil daripada dasar yang diolah untuk mencapai ekonomi daya saing tinggi dan cekap. Pendekatan yang seimbang diantara keperluan persaingan dan keperluan membantu mereka yang terpinggir amat penting dalam ekonomi Negara untuk membina masa depan yang berjaya.

Pelaburan langsung asing

Pelaburan Langsung Asing atau FDI amat sensitive kepada ukuran keyakinan dalam ekonomi. Tertarik atau tidak mereka ke sesebuah Negara membuktikan keyakinan kepada kestabilan dan persaingan sesebuah ekonomi untuk mereka melabur. Pelaburan langsung asing merosot dengan begitu ketara dua tiga tahun yang lepas kedalam negara. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak USD7.3 billion tahun tahun 2008 berbanding dengan Indonesia USD 7.92 billion dan Vietnam USD 8.05 billion, Thailand USD 9.83 billion, Singapura USD22.8 billion. Tahun ini Negara hanya mencatat USD1 billion sahaja kemasukan FDI

Ada banyak sebab kemerosotan FDI yang begitu ketara sekali. Ada beberapa polisi yang menjadi batu penghalang kepada kemasukkan pelaburan langsung asing. UNTAD (United Nation Trade And Development) melaporkan Malaysia hanya berjaya menarik 2.6% sahaja daripada FDI pada tahun 2007 berbanding sekitar 8% pada pertengahna tahun 90an dan lebih daripada 10% pada tahun 80-an.

Negara perlu kepada strategi baru untuk menarik pelaburan langsung asing baik dalam tarikan pelaburan maupun mengintergrasi pembangunan dengan ekonomi serantau yang pesat membangun seperti Thailand, Vietnam, Indonesia, India dan Cina yang mempunyai pasaran yang jauh lebih besar daripada Malaysia. Ini bergantung kepada kedudukan modal insane negara yang menjadi isu besar negara.

Baru-baru ini Kerajaan telah menghapus beberapa polisi yang menjadi penghalang kepada kemasukan pelaburan langsung asing dan jika diperlukan mempercepatkan lagi proses meliberisasi ekonomi. Kerajaan perlu menghapus polisi dan peraturan pentadbiran yang mengekang usaha kearah kebebasan pasaran.

Hakikatnya kerajaan tidak lagi berupaya mempengaruhi pembangunan dalam semua sector ekonomi untuk mencapai objektif social. Dalam konteks liberisasi pun kerajaan masih boleh menyedia pelbagai insentif untuk penglibatan golongan tertentu seperti menyedia kemudahan kredit daripada institusi kewangan dan sebagainya. Begitu banyak cara untuk membantu golongan kurang bernasib baik yang tidak membantut aliran bebas pelaburan dalam ekonomi. Melalui liberisasi ekonomi akan mempercepat pengaliran masuk pelaburan dan teknologi dalam ekonomi.

Kita perlu pelaburan asing bukan sahaja untuk mengurang beban kewangan kerajaan dalam pembangunan ekonomi tetapi juga teknologi baru yang dibawa bersama. Perusahaan tempatan tidak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan menyebabkan Negara tidak berdaya dalam rekacipta untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan generasi baru untuk keperluan era baru ekonomi global.

Kerajaan, Universiti dan pusat-pusat penyelidikan tidak menyesuai atau berorientasi dibawah rancangan komprehensif dan bermakna dalam menyalur hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menghasil barangan dan perkhidmaan yang diperlukan oleh ekonomi global. Ketiadaan factor teknologi dalam ekonomi Negara akan membantut usaha kerajaan untuk melonjak taraf ekonomi dibawah model baru ekonomi.

Kualiti internet tercorot

Internet merupakan penggerak utama kepada perusahaan berpendapatan tinggi. Tanpa kualiti internet yang baik perusahaan yang kreatif dan inovatif tidak dapat beroperasi dengan cekap.

Di kalangan Negara-negara Asia, Singapura, Taiwan dan Hongkong berada pada tahap selesa memenuhi keperluan aplikasi hari ini sementara Korea dan Jepun sudah berada dalam masa depan.

Negara-negara yang di kenal pasti sudah bersedia untuk masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan "upload" 1 Mbps.

Keselamatan dan jenayah

Peningkatan kadar jenayah menjejas kedudukan ranking persaingan dan efisiensi Negara. Sebahagian masyarakat menghadapi kesulitan untuk menyesuai dengan kemodenan dan kemajuan ekonomi. Mereka terpaksa berpindah randah untuk memberi ruang kepada pembangunan kerana tanah mereka diambil sedangkan mereka tidak berupaya memiliki rumah dalam kawasan yang dibangunkan. Ramai dikalangan mereka tidak mempunyai atau berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan terpaksa berkerja diperingkat bawahan atau buruh dengan gaji yang rendah.

Sebahagian daripada mereka mewajar tindakan dan kelakuan mereka walaupun kejam kerana mempercayai tidak ada bezanya dengan pengusaha yang mengaut keuntungan melampau dengan menindas pekerja tanpa mengira kesusahan atau keperitan orang ramai atau penguatkuasa yang memeras, mengugut, mengambil rasuah dan malah membunuh untuk mendapat habuan daripada orang yang sepatutnya mereka lindungi. Perbezaannya hanya cara sahaja.

Saya ingin menekankan kemerosotan keselamatan dan peningkatan jenayah di Bandar bukan hanya disebabkan kemajuan dan pembangunan ekonomi tetapi juga masaalah kemiskinan dan ketidaksaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara. Perancangan ekonomi mesti diperbaiki dengan mengolah polisi bagi memasti keadilan social berlaku untuk semua kaum.

Saya menyokong segala usaha untuk meningkat keamanan Negara. Negara amat perlu memoden dan memperlengkap pasukan polis dengan teknologi, teknik penyiasatan dan pengesanan terkini serta pasukan yang berdedikasi untuk mengawal walaupun dalam keadaan darurat. Negara perlu menggunakan technology, kelengkapan dan kemahiran moden untuk menyusun semula kawalan terutama dalam kecurian, rompakan dan keganasan berkaitan dengannya.

Pendidikan

Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index) yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Ini menunjukkan Negara-negara lain telah lebih kehadapan dalam pembangunan insane. Gini Coeffient juga menunjukkan Malaysia merupakan Negara yang paling tinggi jurang diantara yang kaya dan miskin di rantau ini. Perlu diberi perhatian bahawa kadar celik huruf dewasa di Malaysia ialah 91.2%, Indonesia 92% serta Georgia ialah 100%!

Pendidikan menjadi kelemahan dalam daya saing Negara dan mungkin menjadi rintangan paling besar untuk pertumbuhan dan kejayaan masa depan ekonomi Negara. Kita telah mengabai fahaman tradisi bahawa prasyarat asas pembangunan modal insane untuk pertumbuhan ekonomi dan kejayaan masa depan dicapai hanya melalui penyediaan sistem pendidikan bertaraf dunia pertama.

Tidak ada satu pun universiti dalam negara menduduki tangga 100 malah 200 universiti terbaik dunia sedangkan sudah banyak universiti-universiti di Asia terutama dari Hongkong, China , Jepun, Singapura, Korea, Taiwan dan malah Thailand berjaya menduduki dalam kumpulan university terbaik dunia. Peningkatan kualiti pendidikan mereka jauh lebih maju dan kehadapan berbanding dengan system pendidikan kita.

Menurut kedudukan university-universiti terbaik Asia yang dinilai oleh QS Top Universities, 2 buah universiti dari Thailand iaitu University Mahidol menduduki tangga ke 30 dan Chulalongkong ke 35 berbanding dengan university terbaik negara iaitu Universiti Malaya yang hanya berjaya menduduki tangga ke 39. University of Hong Kong yang sama taraf dengan University Malaya satu ketika dahulu menduduki tangga no 1 sementara National University of Singapore tangga 10.

Penekanan kepada sains, teknologi serta sains asas seperti physics, kimia dan kejuruteraan di universiti-universiti tempatan terlalu kurang dan lemah sedangkan kita perlu mengorientasi Negara menceburi dalam era ekonomi global baru. Kita hanya berjaya mengeluarkan modal insan yang mampu menyelenggara ekonomi masa kini tetapi tidak berupaya memacu ekonomi dimasa hadapan. Kita masih bertelagah mengenai penggunaan bahasa untuk pelajar daripada memikir penguasaan matapelajaran sains dan teknologi untuk memacu Negara kehadapan.

Sistem pendidikan yang baik menjana modal insan yang berupaya mengeluar kemahiran berdaya kreatif, inovatif yang sentiasa mencipta barangan dan perkhidmatan baru untuk pasaran tempatan dan global. Tanpa modal insan yang berdaya kita tidak berupaya memacu ekonomi ke tahap sekarang dan tidak boleh mengolah model baru ekonomi yang digambarkan oleh kerajaan yang berdaya menimba, melibat dan menyumbang kepada ekonomi global.

Mana-mana pakar ekonomi bersetuju sudah terdapat jurang yang begitu luas dan tidak dapat diperbaiki lagi dalam dekad depan dari semua sudut kualiti modal insan yang diperlukan sekarang dan masa depan sekiranya kita terus mengabai system pendidikan negara. Modal insan berkualiti tinggi agak sukar diperolehi dalam Negara sekarang.

Perubahan radikal diperlukan dalam system pendidikan Negara. Kita mesti mengeluar pelajar berkualiti, pemikir yang dapat bertindak secara bebas, berfikir secara berlainan dan inovatif serta mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Pelajar2 ini mesti perolehi pengetahuan teknikal, kejuruteraan, matermatiks dan kemahiran amali terkini serta berupaya merancang dan membantu yang lain dalam perusahaan masa depan. Melainkan kita merubah system pendidikan Negara yang sudah jauh ketinggalan, daya saing Negara akan terus merosot dan harapan untuk menjadi sebuah Negara maju tidak akan tercapai.

Negara juga sedang mengalami pengaliran keluar pakar-pakar atau "brain drain" kerana mereka yang pintar dan berbakat tidak lagi melihat Negara sebagai tempat berpeluang untuk maju dalam ekonomi Negara dan ini digalakkan oleh ibubapa dan rakan-rakan dalam mengejar cita-cita dan kekayaan. Kita kehilangan mereka yang berbakat sekiranya daya kreatif dan kemahiran teknikal tidak diperguna dan diperlukan dalam ekonomi sekarang. Tidak ada motivasi untuk mereka merekacipta barangan dan perkhidmatan baru sekiranya Negara sendiri tidak ada kelebihan teknologi untuk digunakan dalam menggarap daya kreatif mereka. Mereka akan pergi ke destinasi lain yang lebih mencabar.

Wednesday, October 21, 2009

Marmar Langkawi untuk Besarkan Masjidil Haram

Sumber : Mohd Zuhairi Khamis (Warta Kedah)

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menerima kunjungan Dr.Zohair A.Nawab (Gambar) Presiden Pusat Penyelidikan Geologi & Sumber Alam Arab Saudi, bertaraf Menteri.

Kunjungan ini juga turut disertai oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Malaysia Chamber of Mines.

Tujuan kedatangan mereka ke Negeri Kedah adalah untuk melihat kualiti batu marmar dari Langkawi. Untuk di masukan kedalam koleksi data batu marmar yang terdapat di sekitar Negara Asia yang dikatakan batu marmar terbaik yang wujud di dunia.

Kerajaan Arab Saudi berminat membeli Marmar dari Langkawi untuk di gunakan bagi pembesaran Masjidil Haram, Masjid Nabawi di Kota Madinah dan pembesaran ketiga-tiga Jamrah.

Sebelum ini Rombongan tersebut telah melawat Kilang batu marmar putih di Simpang Pulai, Perak. Selepas melawat Kilang batu marmar di Kedah, Rombongan Arab Saudi ini berlepas ke Negeri China, untuk melawat Kuari Marmar Kaiquan dekat Yingjing, Chengdu (Guangzhou).

Dato' Seri Ustaz Azizan melahirkan rasa gembira kerana batu marmar dari Kedah menjadi antara pilihan kerajaan Arab Saudi untuk kegunaan di dua tanah suci.

Pakar: 80% kemungkinan Teoh dibunuh

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.

Azmin: Pegang Teguh Kerangka Pakatan Rakyat

Pemimpin Pakatan Rakyat diminta tidak usah bercakaran sesama sendiri kerana ia boleh menghakis keyakinan rakyat, sebaliknya perlu berpegang teguh kepada kerangka besar dalam agenda perjuangan.

Naib Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, pemimpin usah menjadi watak jaguh dalam dalam mempertahan ideologi, kepentingan dan agenda peribadi hingga menjejaskan Pakatan Rakyat.

Katanya, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah berulang kali memberi peringatan kepada pimpinan supaya tidak membawa masalah ke dada media yang dikuasai Umno-Barisan Nasional (BN).

"Media Umno-BN musuh kita. Mereka mengupah ramai 'spin doctor' untuk memutar belit kenyataan Pakatan Rakyat dan membohongi rakyat. Mengapa segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sukar memahami perkara semudah ini?"

"Penyelesaian terbaik adalah melalui semangat muafakat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semua peringkat," katanya dalam blognya lewat artikel berjudul Apa Signifikan Keputusan Bagan Pinang.

Azmin berkata, Pakatan Rakyat perlu bermuhasabah dan berlapang dada walaupun suara Bagan Pinang tidak semestinya mewakili sentimen rakyat Malaysia tapi tidak boleh dianggap kes terpencil.

Katanya, pimpinan Pakatan Rakyat perlu memantapkan organisasi di semua peringkat dan menjelaskan dasar kepada rakyat, antaranya ekonomi, pendidikan, agama, budaya dan hubungan antarabangsa.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat dibentuk bukan untuk membetulkan Umno-BN, sebaliknya menjana perubahan total dan mengangkat agenda reformasi dalam sistem kenegaraan.

"Justeru, pengukuhan pentadbiran dan penambahbaikan sistem penyampaian di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, perlu. Ia menjadi produk untuk dijual pada pilihan raya umum ke-13.

"Keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir dan mengurus ekonomi dan masalah rakyat pasti meningkat keyakinan rakyat. Mereka, khususnya genarasi muda mahu perubahan dan membina Malaysia Baru," katanya.

Pemangku Raja sokong K'tan tuntut royalti minyak

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.

Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.

"Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.

"Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usaha-usaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu hari ini.

Baginda bagaimanapun yakin di bawah prinsip dan semangat persekutuan, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.

Titahnya pembayaran royalti itu nanti, baik tunggakan mahupun bayaran semasa, akan meningkatkan pendapatan bagi Kelantan dan jika perkara itu terlaksana, kerajaan negeri dinasihatkan supaya membelanjakan royalti tersebut dengan sebaik mungkin.

"Beta difahamkan kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan pelantar yang paling hampir adalah dengan negeri ini.

"Beta juga berharap Petronas dan kerajaan pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal-kapal ini berada di bumi Kelantan berdasarkan ia paling hampir," titahnya.

Menurut baginda, jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak di perairan Kelantan dapat dikembangkan, sudah tentu ia dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara dan dapat menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.

Isu royalti minyak ini timbul apabila Kelantan menuntut sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat berdasarkan pelantar minyak itu dibina di perairan Kelantan.

Kerajaan pusat bagaimanapun sedang meneliti tuntutan Kelantan itu dan kini masih di peringkat kajian secara menyeluruh sama ada Kelantan berhak menerimanya. BERNAMA

Anwar: Pakatan Rakyat tidak berpecah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat komited dalam memperkukuhkan gabungan tersebut walaupun terdapat laporan mengenai wujudnya pergeseran antara pemimpin tertingginya.

'Komitmen yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti adalah jelas," katanya sambil menambah bahawa mereka akan menangani apa sahaja kelemahan melalui bekerjasama sebagai satu pasukan.

Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sebagai tanda komitmen mereka, pemimpin tinggi dari DAP dan PAS turut hadir di sidang akhbar tersebut, termasuk Naib Presiden PKR, Azman Ali dan Datuk Zaid Ibrahim, yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan draf rangka kerja dasar bersama Pakatan.

Anwar juga menegaskan bahawa beliau tidak bimbang dengan komitmen pucuk pimpinan Pakatan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam gabungan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mereka bersetuju bahawa kadang-kadang wujud ketidakselesaan di peringkat akar umbi.

Anwar juga mengingatkan bahawa perbezaan antara pemimpin gabungan itu perlu diselesaikan secara bermuafakat melalui saluran yang ada.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam Pakatan, terutama di peringkat akar umbi.

"Saya tidak bimbang langsung terhadap hubungan kami di peringkat pusat tetapi Umno sudah tentunya akan terus memainkan isu-isu tersebut," kata Anwar lagi.

Beliau juga menafikan wujudnya pergeseran antara Azmin - yang mempunyai masalah dengan para pemimpin PKR Sabah - dengan Zaid, yang telah melawat negeri itu walaupun mendakwa beliau telah dilarang ke sana oleh pucuk pimpinan parti itu.

Azmin telah dipetik dalam laporan media sebagai berkata Zaid tidak dihalang oleh sesiapa pun dalam parti itu daripada menghadiri majlis parti itu di Sabah.

Beliau menggesa Zaid memperjelaskan apa yang dimaksudkannya apabila beliau berkata ketua umum parti itu, Anwar Ibrahim tidak memberi restu kepadanya (Zaid) untuk melawat negeri itu.

Tuesday, October 20, 2009

TAKZIAH KEPADA SIFUL IZHAM KETUA AMK KEDAH ATAS PEMERGIAN IBU BELIAU KE RAHMATULLAH


Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang merakamkam ucapan takziah kepada Sdr Saiful Izham Ramli, Ketua AMK Kedah di atas pemergian ibunya (Mak Ngah Omm) ke rahmatullah kelmarin. Semoga Beliau bersabar di atas kehilangan bonda yang tersayang.

Jenazah di kebumikan selepas solat Asar kelmarin.



Kelihatan dalam gambar Timbalan Angkatan Muda Keadilan Negeri Kedah Cikgu Azman bersama Ust Musoddak Hj Ahmad, Bekas Ketua Pemuda DPPNK turut hadir menziarahi jenazah Mak Ngah Omm di Taman Peruda Sungai Petani.

Marilah kita doakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di sisi mereka yang solehah dan diampuni dosa. Al Fatihah.

Sunday, October 18, 2009

Bagan Pinang: Persimpangan kritikal buat semua?

ANALISIS
Benar, Tan Sri Isa Samad menang besar di Bagan Pinang. Semua pihak akur yang Isa memang sukar digugat di Bagan Pinang, bahkan di seluruh kawasan parlimen Telok Kemang, yang beliau adalah Ketua Bahagiannya. Menawan kerusi ini dari Isa, semacam hendak merampas Permatang Pauh dari DS Anwar. Bukan senang.

Bukan sahaja pihak lawan, bahkan MB Mohd Hassan dan tidak keterlaluan kalau dikatakan DS Najib, Presiden Umno itu pun tak boleh cabar Isa di situ. Sebab itu hanya dituruti saja kehendak penyokong tegar Isa. Kalau bertanding bebas pun dikatakan Isa akan menang.

Sebab itu, Umno tidak ada pilihan kecuali untuk meletakkan Isa juga, meskipun disanggah kedua-dua mantan Presiden, Tun dan Timbalannya, Ku Li. Mentelahan, setelah kalah 7-0 dalam p/raya kecil di Semenanjung dan 4-0 di tangan PAS, Umno tekad dan desperat untuk menang, walau dengan apa jua cara pun. Persetankan pengkritik.

Formula mereka mengena. Bahkan mereka untung besar. Pimpinan Umno bersorak dan berkokok sekeliling kampung. Lama mana media BN akan mainkan belum pasti.

Umno akan berhenti bersorak ketika mereka sedar bahawa Bagan Pinang, tidak menggambar Malaysia sebenarnya. Kemenangan Bagan Pinang sukar untuk dijadikan ukuran. Yang menang pun, mengikut ramai pundit politik bukan Umno/BN tetapi Isa Samad!

Sememang Isa adalah peribadi yang rata-ratanya disenangi banyak pihak. Orangnya mudah bicaranya tidak canggih seperti juga pemikiranya. Namun Umno sendiri tahu bahawa Isa bukanlah tokoh yang hendak di'ikonkan' Umno. Isa adalah sebaliknya dari cita-cita pembaharuan mereka. 22 tahun menjadi MB bukan masa yang singkat. Tapi Isa gagal menjadi mercu-tanda atau lambang kemegahan Umno. Mereka jua tahu dan faham.

Tidak banyak yang mampu dibariskan Umno bagi memperagakan pencapaiannya. Sebaliknya setiap hari kempen menyaksikan jentera penerangan PAS/PR menyenaraikan kepincangan, ketimpangan dan ketidaksudahan kerja tangan Isa. Masih banyak yang berbaki yang tidak sempat didedahkan kempen Pakatan.

Samada kegagalan itu akibat rasuah, kronisme atau pendeknya ketidakcekapan kepemimpinannya atau 'Plainly Incompetent' dalam bahasa inggerisnya, dengan izin. pengundi Bagan Pinang tidak peduli samasekali. Mereka sudah tekad untuk mengundi Isa. Umum kurang faham sebabya.

Kajian sikap dan persepsi menunjukkan pengundi hanya memberikan 8% perhitungan kepada soalan isu-isu kempen, sementara meletakkan 45% perkiraan calon dan 30% kepada parti yang bertanding. Sukar menembusi pengundi seperti ini. Ini kepelikan Bagan Pinang yang penganalisis kerusi empuk atau pengamat maya kurang faham.

Nah, sekarang Najib berdepan dengan dilema besar. Umno dikatakan akan kembali releven kerana kemenangan Isa Samad. Ironisnya Umno semacam mendapat talian hayat dengan Isa. Umno yang mengambil tindakan disiplin menghukum Isa kerana politik wang atau rasuah, kini terpaksa bersandarkan Isa untuk membenteras imej Rasuah parti Melayu terbesar itu. Ini cukup menyeksa Najib dan pimpinan Umno.

Bahkan mungkinkah Najib terpaksa mengintai-ngintai peribadi-peribadi seangkatan Isa. Mungkin mantan Ketua Menteri Melaka, mantan MB Pahang, Perlis dll, andainya berlaku pulak pilihanraya kecil lagi di negeri-negeri Umno/BN ini. Apakah golongan dari orde lama ini yang akan diharapkan menghidupkan Umno kembali seperti yang ditunjukkan di Bagan Pinang? Bagaimana dengan pemunggaran semula Umno?

Masih banyak kerusi-kerusi seumpama Bagan Pinang yang Umno masih boleh menaruh harap untuk menang besar di Negeri Sembilan, Melaka atau Johor. Kemudian berkokok kuat-kuat bahawa rakyat telah kembali kepangkuan Umno/BN. Najib silap dan partinya pun silap membuat ektrapolasi atau rumusan borong seperti itu untuk seluruh negara. Hati kecil mereka tahu bahawa dakwaan mereka tidak dapat mereka benarkan sendiri.

Kemenangan Umno di Bagan Pinang ialah kedudukan 'status-quo'. PAS turun sebagai 'underdog' dan Umno sebagai 'juara menanti' atau 'incumbent'. Macamlah PAS menang di Bukit Gantang, Penanti dan Manik Urai, atau PKR memenangi kerusi Permatang Pauh. Kelainan hanyalah terdapat pada kerusi Kuala Terengganu yang ditawan oleh PAS dari Umno. Itu boleh berkokok kuat-kuat. Itu lonjakan dan prestasi luarbiasa namanya.

Sebaliknya, Najib dan media BN terlalu ghirah untuk meyakinkan bahawa slogan 1-Malaysianya telah diterima rakyat dengan kemenangan Isa. Maka apakah Isa itu 1-Malaysia ke? Apa barang ini 1- Malaysia? 'Maskot'nya Isa Samad ke?

Kini Najib terperangkap dengan kelemahan kepimpinannya sendiri. Umno terlepas peluang di Bagan Pinang untuk memerdekakan ahli, pengundi dan rakyat. Beliau gagal menampilkan orang muda, profesional dan mungkin juga bersih untuk proses penambahbaikan atau 'reengineering' Umno.

Umno mahu terus mencandukan rakyat dengan imbuhan, sogokan dan gula-gula yang mampu ditaja oleh seorang mantan MB yang mewah setelah 22 tahun 'mengemudi' negeri terbanyak itu.

Umno tidak bersedia bermain di pentas 'Politik Baru' �politik berteraskan pengundi yang dibekalkan maklumat, lantas keberanian memilih sesiapa pun yang mereka tanggap mewakili cita-rasa dan harapan mereka.

Justeru, Najib gagal meyakinkan rakyat seluruhnya bahawa dia komited untuk memerangi rasuah dan politik wang. Mereka tahu bahawa Isa bukan ikon 'pembenteras rasuah' bahkan sebaliknya. Di satu sisi, nampaknya MCA jauh lebih berani membuat tekad perubahan dalam pergolakan dalaman parti itu mutakhir ini.

Umno telah menggunakan Mesyuarat Agung parti itu untuk menjadi pemangkin proses pemulihan dan rawatan parti itu? Umno masih mahu mencuba. Pindaan perlembagaan parti itu dalam mesyuarat khasnya telah dijadikan retorik terbuka ke atas komitmen tersebut. Hanya masa akan menentukan komitmen mereka terhadap program pembasmian rasuah dan pemunggaran semula Umno.

Apakah keberanian menciplak slogan dan retorik Pakatan yang nyata lebih selesa dengan pendekatan 'Inklusif' dan 'Rentas-Kaum' dalam advokasi tawaran politiknya, seperti mana slogan Pakatan atau PAS contohnya dengan slogan 'PAS Untuk Semua'?

Apakah Umno akan mengendurkan paksi 'Ketuanan Melayu'nya sekaligus terpaksa mengakui kelebihan slogan Pakatan dengan satu yang Inklusif yakni 'Ketuanan Rakyat'. Umno jelasnya tercepit dan terperangkap dengan dogma pemikiran lamanya. Kini kesemua dogma itu menghantui kesinambungan survivalnya dalam arus Politik Baru.

Umno takut untuk membuat perubahan besar meninggalkan paksi lamanya kerana takut kehilangan sokongan tegar Melayunya. Umno tidak pasti akan dapat mengembalikan sokongan India dan Cinanya dengan pendekatan baru ini, tapi yang jelasnya Umno khuatir kehilangan sokongan undi Melayunya, andaikata gagasan ini ditolak oleh pengundi tegar Melayunya bahkan sesetengah pemimpin dan ahli akar-umbinya. Ini dilema Umno dipersimpangan ini.

Mungkin ada yang menelah, apa kurangnya PAS dan Pakatan?

Episod-episod pertentangan samada di antara parti-parti komponen Pakatan atau dalaman mana-mana parti itu sendiri, samada dalam PAS atau PKR, adalah bibit-bibit pencerminan konflik dan dilema yang sedang dilalui Pakatan. Ini pengamatan penulis.

Sebaliknya Pakatan jangan bermudah untuk menyembunyikan hakikat ini. Lebih berani Pakatan menangani ini permasalahan ini secara kolektif dan konsisten, lebih baik natijahnya bagi Pakatan. Menyapunya ke bawah karpet hanya akan melengah letupan bomb jangka ini. Ia tetap akan meletup.

PAS dan Pakatan boleh sahaja meletakkan kekalahan di Bagan Pinang kepada masalah Undi Pos atau keganasan pihak lawan sehingga mencetuskan 'fear factor' khususnya di kalangan pengundi Cina dan India di estate- estate. Mungkin ada kebenarannya.

Namun ramai yang mahukan keputusan Bagan Pinang menjadi satu 'wake-up call' atau kejutan dari mimpi enak Pakatan, yang sejak selepas Mac 2008 di perkuatkan dengan kemenangan 7-0 ke atas Umno/BN di Semenanjung.

Mereka mahu PAS dan parti-parti komponen Pakatan, wajar menjadikan PRK Bagan Pinang sebagai satu 'peringatan tegas' bahawa 'Road-Map' ke Putrajaya tidak semudah dan semanis yang dituturkan pemimpin Pakatan.

Kalau benar-benar Agenda Perubahan Besar PRU ke-13 mahu digapai dan direalisasikan, maka tahap kesiapsagaan dan keserasian bekerja sebagai sebuah Koalisi Politik yang bakal menjadi Kerajaan Pusat, semestinya diperbaikki segera. Mereka mahukan Pakatan menunjukkan keupayaannya untuk bertindak sebagai satu Koalisi yang mantap dan kredible. Mereka mahu pertelingkahan titik bengit dan perhitungan kepentingan partisan atau parokial parti-parti komponen Pakatan diselesaikan segera dengan bijak dan cermat.

Percakaran dan perbalahan di antara pimpinan komponen Pakatan khususnya yang menerajui kerajaan negeri atau di Pusat disaran dihentikan segera. Mekanisme mengatasi perbezaan dan pertikaian polisi khususnya yang berunsur ras, kaum dan agama mesti diurus dengan bijak, cermat dan berkesan. Sikap berdolak-dalik atau tidak konsisten dan komited dengan dasar-dasar yang disepakati tidak wajar diberi ruang untuk menjadi cemohan dan modal politik pihak lawan mendakwa kerapuhan perpaduan Pakatan.

Tindakan disiplin terhadap sesiapa pun pimpinan yang tidak mengikut peraturan-peraturan yang disepakati oleh Muafakat Politik di peringkat Majlis Presiden mesti dikuatkuasakan dengan tegas.

Pakatan wajar tahu bahawa PRU ke-13 tidak akan dimenangi dengan hanya kebencian rakyat terhadap Umno/BN. Mereka mahu PAS, DAP dan PKR tidak bercakaran tentang isu agama, perundangan dan kepentingan kaum. Rakyat mahu saksikan formula baru Pakatan. Mana Agenda Ekonomi Baru Malaysia? Mana agenda pemulihan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia di bawah Pakatan? Mana agenda pembangunan yang lebih lestari, mapan dan berteraskan kesejahteraan rakyat? Bagaimana Pakatan akan mendemokrasikan ekonomi negara?

Mana agenda pembangunan yang tidak membawa kemusnahan alam sekitar dan kerosakan nilai insaniyah? Mana agenda urus-tadbir yang baik Pakatan yang membezakan kebobrokan Umno/BN? Kesemua ini mesti ditampilkan supaya rakyat mampu menilai Pakatan sebagai kerajaan menanti. Mereka juga mahu Pakatan didaftarkan segera dan tampil sebagai satu Koalisi Politik yang kuat dan kredible.

Bagan Pinang jelasnya adalah hak milik Umno/BN sekali lagi. Isa Samad telah memenangi pertempuran kali ini. Umno/BN berjaya mengekalkan kerusi ini. Namun dalam 3 hari selepas Bagan Pinang, Umno mahu meyakinkan rakyat di seluruh negara bahawa mereka telah berubah. Mereka sudah melalui transformasi.

Yang jelasnya banyak retorik oleh pemimpin yang dilaungkan dan kata-kata molok tentang transformasi dan perubahan. Dalam 3 hari belum ada apa-apa yang di lihat rakyat lagi, cuma kata-kata mereka yang didengari. Kesemua itu telah dilalui dulu. Legasi itu akan berulang lagi. Benarkah seperti kata Timbalan Presidennya bahawa Umno telah bersedia bertempur? Hebat. 3 hari bertempek dan bersorak, Umno telah meyakinkan seluruh dunia bahawa mereka telah berubah, telah merawat segala gejala-sindrom kerakusan kuasa, rasuah dan amaln politik wang pimpinan mereka. Aneh.

Penulis berkeyakinan hanya kelompok yang berjaya membaca kehendak rakyat dan aspirasi pengundi serta mampu menampilkan kepimpinan yang kompeten, berwiba, telus, berani dan beramanah sahaja yang akan bakal memenangi perperangan PRU ke-13.

Pakatan atau BN kah yang memilikki ciri-ciri kepemimpinan ini?

Masa akan menentukan. Allah Lebih Mengetahui.

Wednesday, October 14, 2009

PRK Bagan Pinang Paling Ganas


Pilihanraya kecil N31 DUN Bagan Pinang merupakan pilihanraya paling ganas sejak pilihanraya umum mac tahun lalu. Begitulah disimpulkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Keadaan ini cukup berbeza dengan pilihanraya kecil DUN Penanti Mei lalu yang disifatkan paling aman oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Ini berikutan UMNO Barisan Nasional tidak mengambil bahagian dalam pilihanraya berkenaan. Keputusan tidak bertanding itu merupakan pertama kali dalam sejarah parti itu.

"Kita ucap terima kasih pada pengundi di Bangan Pinang. Kita hormati keputusan itu dan kita akan ambil ikhtibar serta baiki strategi dan gerak kerja. Istimewanya pilihanraya kali ini ialah undi pos. Kita secara konsisten mendesak hapuskan undi pos."

"Undi pos telah memberikan kelebihan kepada UMNO Barisan Nasional. Seperti yang kita lihat peningkatan sangat ketara pada undi pos. Strategi yang dimainkan ialah menakut- nakutkan pengundi. Inilah pilihanraya paling ganas," ujar shamsul.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya SPR merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera DUN ini sahaja mencecah 5 ribu undi dan semestinya mempengaruhi corak undian pengundi pilihanraya kecil kali ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ahli- ahli SPR yang lain di ibu pejabat SPR, Putrajaya berikutan hasil siasatan menyeluruh PAS yang mendapati wujudnya pengundi bertindih melibatkan orang awam dan juga dikalangan tentera.

Namun, Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memilih untuk menafikan tuduhan berkenaan, walaupun segala butir- butir siasatan dalam gengaman mereka.

Shamsul berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan membawa perkara ini ke muka pengadilan.

"Saya dan rakan- rakan akan berbincang untuk membawa isu ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Terutama dalam konsep 1 orang 1 undi. Kita akan minta SUHAKAM siasat isu keganasan kepada pengundi semasa pilihanraya ini. Pilihanraya kali ini juga menyaksikan UMNO Barisan Nasional tidak komited dalam memerangi rasuah apabila mengemukakan calon yang terpalit dengan jenayah rasuah."

Thursday, October 8, 2009

Rakaman Ucapan Pemimpin Be End yang berkempen dalam Kem Tentera dan Cuba Rasuah Tentera




PAS dakwa BN cuba rasuah tentera

Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Di kem tentera tersebut, menurut PAS, seramai 847 pemilih pos layak membuang undi.

Bagaimanapun parti itu tidak menjelaskan jumlah kehadiran tentera di majlis tersebut dan sama ada keraian itu khusus diadakan untuk anggota di kem IJED sahaja.

PAS sebelum ini menyatakan ia mempunyai "mata-mata" di kalangan anggota-anggota tentera untuk memantau kempen BN di kem-kem pasukan keselamatan itu.

Rakaman tersebut dimainkan dan diedarkan kepada wartawan dalam sidang media Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika rakaman kira-kira sepuluh minit itu dimainkan, timbul kelucuan di kalangan petugas media apabila Nasrudin secara berseloroh berkata: "(Janji tersebut) macam Santa Claus".

Naib ketua dewan itu Sabky Yusuf, setiausaha Kamaruzaman Mohamad dan ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, turut hadir.

Nasrudin berkata, perbuatan Zahid dan Mohamad jelas melanggar peruntukan dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya, berkaitan larangan menyogok pengundi secara langsung atau tidak langsung.

"Dan pihak Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya (keputusan pengundian) berpihak kepada BN," katanya.

Ditanya bila laporan itu akan dibuat, Nasrudin berkata, aduan kepada polis dijangka dibuat pada 6 petang ini di ibu pejabat polis Port Dicskson.

Sementara aduan kepada SPRM, tambahnya, akan dibuat segera. "SPR pula, tiap-tiap hari kita jumpa," kata Nasrudin.

Beliau menegaskan lagi jaminan Pemuda PAS untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada tentera jika dikenakan tindakan kerana mengundi calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pada Ahad ini.

"Setakat ini, kita terima maklumat, ada tentera yang menerima risalah, yang kita edarkan di sekitar kem, dipanggil dan diambil namanya," jelasnya.

Dengan penuh yakin, Nasrudin berkata, dewan itu kini mampu mengesan sebarang manipulasi undi pos sekiranya berlaku dan tidak akan teragak-agak menyaman pihak yang terbabit.

"Kita kini sejengkal di depan dan sejengkal di belakang," tambahnya.

Pembuangan undi pos, selama tiga hari, bermula pagi ini di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Kira-kira 2,000 anggota pasukan keselamatan dilaporkan berbuat demikian hari ini

Sebanyak 4,571 tentera termasuk dalam sejumlah besar pemilih pos (4,620 orang) daripada keseluruhan 13,664 yang layak membuang undi di Bagan Pinang.

Zulkefly bersaing dalam pertarungan dua penjuru dengan calon BN Tan Sri Isa Samad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan.

MAHATHIR: MAKAN RASUAH MACAM MAKAN BABI

Kepada semua bakal pengundi.. ingatlah peringatan Ustaz mahathir, jangan terima rasuah jangan makan duit rasuah daripada Be End, Umpama makan Babi !!

Tentera, Polis Mula Mengundi Untuk Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang


PORT DICKSON, 8 Okt - Para pengundi pos mula mengundi untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada Khamis dengan anggota tentera mengundi di Dewan Jeneral Tan Sri Sani, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa manakala anggota polis mengundi di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di sini.

Sehingga tengah hari Khamis, proses pengundian pos yang dimulakan pada pukul 8 pagi itu dilaporkan berjalan lancar.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang turut berada di Pusasda bagi memantau keadaan, berkata pengundian pos di situ hanya membabitkan kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal dalam kem.

"Undian pos di Pusasda dikendalikan oleh para anggota tentera yang kita lantik, dalam proses ini, anggota tentera membawa kad identiti masing-masing ke meja semakan nama dan mengambil kertas undi dengan disaksikan wakil-wakil calon yang berada di belakang meja berkenaan sebelum ke petak untuk mengundi," katanya.

Proses ini berjalan dengan begitu telus sekali dan wakil-wakil calon yang menyaksikannya berpuas hati dengan perjalanan urusan ini.

"Undian pos di Pusasda dibuka dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang hari ini. Sekiranya masih ada anggota tentera belum mengundi, ia akan dijalankan sekali lagi esok dan lusa sehingga kesemua anggota terbabit selesai mengundi," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata apabila selesai proses pengundian petang ini, karung undi pos itu akan dibawa ke pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya dengan diiringi oleh polis dan tidak akan disimpan dalam kem.

Bagi anggota tentera yang tinggal di luar kem, kertas undi pos sudah pun dihantar kepada mereka semalam.

"Kesemua kertas undi pos ini mesti sampai di pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum pukul 5 petang Ahad ini, yang juga merupakan hari pengundian bagi pengundi biasa dalam pilihan raya kecil ini. Penerimaan kertas undi pos selepas pukul 5 petang tidak akan dikira," katanya.

Anggota polis yang mengundi mulai hari ini mengguna pakai proses yang sama.

Terdapat sejumlah 4,604 pengundi pos di kawasan DUN Bagan Pinang. Daripada jumlah itu 4,571 terdiri daripada anggota tentera, 31 anggota polis manakala dua pengundi pos dikategorikan sebagai pemilik tak hadir kerana bertugas di luar negara.

Mereka merupakan sebahagian daripada 13,664 pengundi dalam DUN Bagan Pinang, yang turut membabitkan 9,060 pengundi biasa.

Wan Ahmad turut mengulangi jaminan bahawa tidak wujud nama berganda dalam daftar pemilih bagi kawasan DUN Bagan Pinang sebagaimana yang didakwa oleh PAS.

"Kita dah buat semakan semalam dan kita telah pasti tak wujud nama berganda dalam N31 Bagan Pinang, senarai yang diterima daripada PAS semalam telah kita semak dan tak ada nama berganda.

"Kalau berganda mungkin dalam senarai daftar awam di luar DUN Bagan Pinang, itu kita akan semak selepas pilihan raya kecil ini nanti," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.

Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN itu Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas.

Hanya kerusi yang penuh di majlis Muhyidin

PORT DICKSON, 8 Okt: Media Barisan Nasional (Be End) selalu sahaja melaporkan kononnya majlis anjuran PAS dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang tidak mendapat sambutan.

Namun mereka tidak pernah melaporkan bagaimana kosongnya majlis yang dihadiri oleh pembesar BN hatta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri. Apatah lagi majlis yang dibuat oleh para pemimpin lain di Bagan Pinang ini.

Ini dapat dilihat di Majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Taman Intan Perdana, pada 28 September lalu.

Namun, banyak kerusi kosong yang menyambut ketibaan Timbalan Presiden Umno itu di dalam ruang yang begitu besar itu.

Ada yang berkata, ia berlaku kerana majlis beliau diboikot oleh penduduk Bagan Pinang dan ada juga yang berkata majlis tidak mendapat kerjasama penuh badan-badan kerajaan di bawah kerajaan negeri sembilan.

(Gambar: Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pentas utama di Majlis Pecah Tanah)

(Gambar: Kerusi sahaja yang memenuhi majlis yang dihadiri oleh Muhyidin ini)

Ini kerana, menjadi rahsia umum, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan tidak berapa senang dengan calob Umno di Bagan Pinang, Tan Sri Mohamad Isa Samad.

Ini jelas sekali berdasarkan sepanduk yang dinaikkan di Bagan Pinang yang menurut sumbernya dinaikkan oleh BN negeri.


(Gambar:Siapa yang bertanding di Bagan Pinang ini? Mohamad Hassan ke Mohamad Isa?)

Hanya gambar Perdana Menteri dan MB Negeri Sembilan sahaja yang ada digambar itu sehingga ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bertanding di Bagan Pinang ini. Mana pergi muka Tan Sri Isa.

Menurut sumber, Mohamad Hassan bimbang kalau-kalau kemenangan Isa akan menyebabkan kedudukan beliau tergugat. Lagipun, beliau tidaklah rapat sangat dengan pucuk pimpinan Umno sekarang kerana dia lebih rapat dengan Tun Abdullah Badawi.



PAS mahukan jawapan polis, seru rakyat tolak parti samseng


BAGAN PINANG, 8 Okt: PAS mendesak pihak polis membuat penjelasan berhubung insiden terbaru membabitkan tindakan ganas Pemuda Umno terhadap petugas PAS.

Ketua penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Polis seperti membutakan mata dan memekakkan telinga apabila sehingga kini belum ada apa-apa penjelasan dibuat sedangkan inseden petang semalam dan malam tadi itu mengancam nyawa sesorang.

"PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda Umno. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera," ujarnya.

"Polis sememangnya mengetahui bahawa Umno mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban."

Beliau juga memberitahu, tindakan ganas dan samseng Umno BN bukan perkara baru dan dai yakin polis juga sedia maklum perkara itu.

Tegasnya, sebelum ini sudah beberapa kali kejadian serupa berlaku sehingga ada yang terbunuh.


(Gambar:Idris Ahmad)

Namun lebih dikesali apabila pihak polis dilihat tidak pernah mengambil pengajaran dari apa yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, di Ijok peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.

"Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul; pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis."

Desakan ini katanya bukan kerana ia berlaku kepada PAS, tetapi keganasan ini sudah lama bersarang dalam Umno BN sendiri.

"Bukan sahaja ahli PAS, sesama Umno juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin membuktikan bahawa Umno sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.

"Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.

"Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang".

(Gambar:Salah seorang mangsa keganasan di Bagan Pinang)

Malam tadi, Sebilangan petugas yang bertugas di Markas Induk Pemuda diserang sekumpulan samseng penyokong Umno menggunakan senjata tajam.

Sebahagian mereka ditumbuk manakala ada juga yang di tetak menggunakan parang.

Kejadian serupa turut berlaku petang semalam apabila beberapa pemuda PAS diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad.

Tindakan ganas Pemuda Umno ini kata Ustaz Idris, telah mencemar suasana Pilihanraya yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Sehubungan itu beliau mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN bukan sahaj terlibat dengan rasuah malah menggunakan samseng dan kaki pukul untuk menjatuhkan calon Pakatan Rakyat.

PAS dakwa BN cuba rasuah tentera

Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Di kem tentera tersebut, menurut PAS, seramai 847 pemilih pos layak membuang undi.

Bagaimanapun parti itu tidak menjelaskan jumlah kehadiran tentera di majlis tersebut dan sama ada keraian itu khusus diadakan untuk anggota di kem IJED sahaja.

PAS sebelum ini menyatakan ia mempunyai "mata-mata" di kalangan anggota-anggota tentera untuk memantau kempen BN di kem-kem pasukan keselamatan itu.

Rakaman tersebut dimainkan dan diedarkan kepada wartawan dalam sidang media Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika rakaman kira-kira sepuluh minit itu dimainkan, timbul kelucuan di kalangan petugas media apabila Nasrudin secara berseloroh berkata: "(Janji tersebut) macam Santa Claus".

Naib ketua dewan itu Sabky Yusuf, setiausaha Kamaruzaman Mohamad dan ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, turut hadir.

Nasrudin berkata, perbuatan Zahid dan Mohamad jelas melanggar peruntukan dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya, berkaitan larangan menyogok pengundi secara langsung atau tidak langsung.

"Dan pihak Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya (keputusan pengundian) berpihak kepada BN," katanya.

Ditanya bila laporan itu akan dibuat, Nasrudin berkata, aduan kepada polis dijangka dibuat pada 6 petang ini di ibu pejabat polis Port Dicskson.

Sementara aduan kepada SPRM, tambahnya, akan dibuat segera. "SPR pula, tiap-tiap hari kita jumpa," kata Nasrudin.

Beliau menegaskan lagi jaminan Pemuda PAS untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada tentera jika dikenakan tindakan kerana mengundi calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pada Ahad ini.

"Setakat ini, kita terima maklumat, ada tentera yang menerima risalah, yang kita edarkan di sekitar kem, dipanggil dan diambil namanya," jelasnya.

Dengan penuh yakin, Nasrudin berkata, dewan itu kini mampu mengesan sebarang manipulasi undi pos sekiranya berlaku dan tidak akan teragak-agak menyaman pihak yang terbabit.

"Kita kini sejengkal di depan dan sejengkal di belakang," tambahnya.

Pembuangan undi pos, selama tiga hari, bermula pagi ini di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Sebanyak 4,571 tentera termasuk dalam sejumlah besar pemilih pos (4,620 orang) daripada keseluruhan 13,664 yang layak membuang undi di Bagan Pinang.

Zulkefly bersaing dalam pertarungan dua penjuru dengan calon BN Tan Sri Isa Samad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan.

Wajib pertahankan diri, Pemuda PAS diarah siap siaga

TELOK KEMANG, 8 Okt: Berikutan insiden keganasan terhadap beberapa petugas PAS dan Unit Amal, PAS menggesa semua jentera dan petugasnya untuk meningkatkan tahap kesiap sigaan dan keselamatan yang tinggi demi mengelakkan kejadian tidak diingini itu berulang.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato' Ustaz Abdul Halim ketika ditemui Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang memberitahu, bahawa persediaan menjaga keselamatan diri ini merupakan perkara yang dituntut oleh agama.

"Dalam al-Quran jelas menyatakan kewajaran manusia menjaga keselamatan diri masing-masing di mana mereka berada daripada ancaman pihak musuh.

"Justeru menjadi kewajipan bagi umat Islam khususnya kepada para petugas PAS dan penyokong untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku tindakan-tindakan provokasi dan menyerang oleh pihak musuh.

"Kita tidak akan memulakan tindakan melangkaui agama tetapi jika ada ancaman dan serangan, kita mesti pertahankan diri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengakalan Chepa

Beliau kesal dengan sikap ganas yang ditunjukkan oleh parti lawan yang dilihat begitu tertekan untuk memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini.

Sambil menasihati para petugas untuk turun bekerja buruk berlaku seperti kejadian semalam.

(Gambar:Abdul Halim Rahman)

Petang dan malam semalam, lebih enam orang petugas dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk di Bagan Pinang.

Selain kecederaan, beberapa kenderaan juga turut mengalami kerosakan akibat tindakan ganas itu.

Mengutuk dan menyelar sikap biadap dan kurang ajar itu, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat Ustaz Firdaus Jaafar begitu kesal dengan pihak berkuasa seperti polis dan SPR yang tidak mengambil tindakan cepat untuk memastikan kejadian ganas itu daripada berlaku.

Ini dilihat seolah-olah ada usaha terancang diantara pihak lawan dan polis untuk melumpuhkan dan merosakkan jentera Pakatan Rakyat melalui tindakan provokasi.

Beliau menyebut beberapa contoh aduan yang dilayan sambil lewa oleh polis seolah-olah 'membiarkan ' sahaja kejadian itu berlaku terlebih dahulu.

Firdaus turut membidas kenyataan Exco Pemuda Umno Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid yang bersifat mencabar dan cuba mencetuskan suasana tegang sewaktu kempen di Bagan Pinang.

Megat dilaporkan mengarahkan sejumlah 4,000 pemuda Umno Malaysia untuk turun ke Bagan Pinang dan 'menggantikan' tugas polis untuk menjaga keselamatan jika pihak berkuasa itu gagal mengawal keadaan.

"Dia sudah menghina polis dan dia kata akan turun pasukan pemuda ala komando. Ini satu kenyataan dan tindakan provokasi dan ada usaha merancang untuk mencetuskan huru hara di sini.

"Saya minta polis sdiasat segera kenyataan beliau dan juga insiden yang membabitkan petugas PAS yang dipukul dan dibelasah," katanya ketika ditemui di lokasi yang sama.


(Gambar:Firdaus Jaafar)

Beliau tidak mahu Pemuda PAS mencetuskan provokasi sebaliknya akan bekerja keras untuk melakukan yang terbaik untuk Pakatan Rakyat dengan mengikut lunas-undang-undang yang ada.

"Ada maklumat yang kita dapat kata polis suruh tangguh dulu, ada yang makan dulu dan lambat sampai ke tempat kejadian.

"Kenapa polis lembap...kenapa mahu tunggu bila sudah parah dan cedera baru mahu bertindak," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, sekumpulan 100 lelaki bermotosikal memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Firdaus juga mahu polis beri jaminan segera keselamatan petugas Pakatan Rakyat di sini dan supaya semua petugas dapat berkempen dengan selesa.

"Walaupun jentara pemuda cedera parah, semangat pemuda tidak pernah luntur sama sekali dan akan terus bekerja untuk menang di Bagan Pinang ini," katanya yang mahu jentera pemuda PAS untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak


BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.

"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," Ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.

"Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa," katanya.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Pendedahan peneroka Felda 'wajah sebenar' calon BN


BAGAN PINANG, 8 OKt - Parti Keadilan Rakyat bersama jenteranya di pilihan raya Bagan Pinang lewat petang semalam berjaya mendedahkan Wajah sebenar perasuah yang terpalit pada peribadi Isa dan kepimpinan Umno negeri lebih jelas, jika ditanya sendiri kepada penduduk kedua-dua Felda tersebut.

Testimonial Pertama Saparudin Mohd Yasin (70), Peneroka Felda Sendayan Generasi Pertama menjelaskan, lebih 80 keluarga sebenarnya tidak bersetuju dengan rundingan tertutup antara broker tanah dan JKKK yang juga pemimpin Umno tempatan.

Namun, tanah rakyat tetap dirampas secara profesional.

“Saya kata mereka rampas tanah kami di Felda. Kalau kami tak beri (jual), tetapi mereka tetap ambil (membeli secara paksaan), itu rompak namanya…perompak itu Umno.”

“Umno (kerajaan) sanggup rampas tanah kami, guna Akta Pengambilan Tanah…dua ekar tanah kita dijual dengan harga RM3 sekaki, tapi kerajaan paksa kita beli semula tanah itu RM4 sekaki.”

“Bila Mohamad Hassan jadi Menteri Besar, dia tawar pakej yang lebih baik… (seperti) tanah dibeli dalam lot-lot tertentu. Apabila kita pergi lihat sendiri tanah lot-lot itu, ada yang di paya, ada di hutan dan ada di atas jalan. Tanah asalnya sudah tidak ada, sebab Mohamad dan Isa telah rompak.”

Beliau mengatakan bahawa 2 ekar tanahnya sudah dbelikan semula denan harga RM34, 000, tetapi belaiu dihalang mengutip hasil pertanian di tanah Felda mllik keluarganya sendiri.

Testimonial kedua Thinshem (54), seorang peneroka Felda Sendayan berbangsa India mendakwa Isa sendiri turun memaksa penduduk di Feldanya menjualkan tanah, pada tahun 1996.

“Berpuluh tahun tanah jadi milik rakyat, satu sen pun tarif harga tanah naik. Tetapi, apabila PKNNS mengambil tanah itu, tiba-tiba sahaja ianya menjadi begitu mahal.”

“Selama 10 tahun tersebut juga, rakyat tidak mendapat apa-apa hasil. Semuanya dikaut oleh pemaju.”

Beliau juga sanggup berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – Adakah Felda itu untuk manfaat rakyat atau kroni-kroni Umno?

[Saparudin (berbaju puteh) dan Thinshem (berbaju batik) masing-masing memegag dokumen rasuah dan pembangunan palsu.

Tegasnya lagi, lebih 40 tahun rakyat Felda tidak sukar mendapatkan semula tanah Felda, tetapi warga asing dan penduduk luar senang sahaja memiliki tanah tersebut kerana ada wang dan boleh melakukan rasuah.

Testimonial ketiga Hj. Mokhtar Maidin (82) dari Felda LBJ pula menyifatkan Isa dan Mohamad Hassan sebagai pengkhianat rakyat.

Beliau yang juga bekas pemimpin Umno tempatan berasa kecewa dengan sikap rasuah dan pentingkan diri beberapa kroni-kroni Isa.

Beliau juga menasihatkan rakyat di Bagan Pinang agar menolak Isa kerana Isa seorang perasuah serta banyak menjual tanah-tanah milikan rakyat kepada kroni-kroni Umno.

Beliau yang baru sahaja menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru orang-orang Melayu meninggalkan Umno; kerana parti itu mengutamakan kroni dari kepentingan rakyat.

Berdasarkan beberapa testimonial rakyat malang di Felda Sendayan dan LBJ, sudah tentu menggamit perhatian pengundi Bagan Pinang untuk tidak lagi mengundi Isa.

Jika Isa sewaktu di gigi kekuasaan Menteri Besar dahulu pun, sanggup mengkhianati harapan dan tanah rakyat, tidak mustahil selepas terpilih menjadi Adun Bagan Pinang atau mungkin Menteri Besar kelak; menjadikan Isa kembali rakus mengamalkan kronisme dan rasuah sebagaimana sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau mendapat duit raya Felda baru-baru ini, Mokhtar menjelaskan bahawa duit raya Idulfitri yang diumumkan Perdana Menteri tersebut suatu pembohongan belaka.

Suara rakyat kedua-dua Felda sudah kedengaran mengkritik peribadi Isa yang dipalitkan rasuah; pengundi N31 diseru menolak Isa kerana rasuah demi memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat kian berubah bersama Pakatan Rakyat.

Melalui pendedahan PKR dan peneroka-peneroka yang jelas nyata dianiaya ini, PAS menyerahkan kepada rakyat di Bagan Pinang ini menilai siapakah pemimpin yang mereka mahukan, sama ada pemimpin yang membela rakyat atau mencekik duit rakyat.

Kain rentang 'Tolak Isa' diturunkan MPPD,polis

BAGAN PINANG, 8 Oktober - Tindakan pihak DAP memasang poster 'Tolak Isa' di Pusat Penyelarasan DAP di Batu 9, Telok Kemang, Port Dickson menimbulkan rasa tidak senang BN sehingga memaksa pihak Majlis Perbandaran Port Dickson(MPPD) dan polis menurunkan kain rentang dan sepanduk tersebut.

Ketua Pemuda DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook yang berada di tempat kejadian cuba untuk mengadakan perbincangan dengan anggota keselamatan yang terbabit namun ianya tidak dipedulikan.

Malah mereka terus mengambil tindakan menurunkan gambar terbabit selain bendera DAP yang dipasang turut diminta agar diturunkan.

Semasa kejadian tersebut berlaku, pihak anggota simpanan persekutuan (FRU) terus sahaja mengambil tindakan menurunkan kain rentang dan sepanduk DAP sebelum sempat mengadakan sebarang perbincangan mereka mengugut untuk melakukan tindakan yang lebih agresif.

Malah katanya, anggota polis yang tiba di tempat kejadian juga menunjukkan wajah yang bengis dan seolah-olah ingin mengugut petugas-petugas DAP dan Pakatan Rakyat yang berada di sana.

"SPR sememangnya bersikap tidak adil kepada kita," katanya pada satu sidang media di Pusat Penyelarasan DAP petang semalam.

Ditanya alasan kain rentang dan sepanduk DAP diturunkan, mereka memberikan alasan ianya mencetuskan rasa tidak harmoni kepada mereka yang melihatnya.

"Saya memberitahu mereka dua isu yang dipaparkan pada sepanduk iaitu kes Teoh Beng Hock dan Kugan merupakan isu sebenar yang berlaku sebelum ini tetapi ia masih menimbulkan keraguan tentang siapakan yang sedang melakukan kezaliman yang sebenar kepada rakyat biasa.

"Kita hanya kata tolak BN zalim, dan saya ingin mempertikaikan kenapa mereka menurunkan kain rentang kami yang dipasang? saya mencabar mereka untuk menunjukkan surat yang melarang kami berbuat demikian selain memberikan garis panduan mengenai pemasangan kain rentang dan sepanduk," katanya.

Pihaknya bersedia untuk mematuhi arahan tersebut dengan syarat terdapat arahan yang lengkap sebaliknya pihak yang terbabit terus datang dan mengugut mereka.

"Saya anggap ini merupakan tindakan yang melampau batas dan pihak SPR bertindak dengan melebihi bidang kuasa mereka.

"Ini merupakan tempoh kempen dan kami dihalang daripada mengetengahkan isu-isu yang berkaitan, jika tidak maka tidak perlulah kita mempunyai tempoh kempen," ujarnya.

Menurutnya, tidak guna diadakan kempen jika sekadar memasang poster dan bendera sahaja.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut berbentuk provokasi, tambahan pula semasa kejadian tersebut berlaku terdapat beberapa kumpulan petugas BN berhampiran dengan kenderaan masing-masing.

"Polis pula tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyuraikan mereka yang sebenarnya mungkin mencetuskan suasana provokasi dan kurang aman," demikian katanya.

PRK Bagan Pinang : Ceramah Pemuda Pakatan Rakyat