Monday, August 31, 2009

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi !!

Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin.

Perutusan Kemerdekaan DSAI: Semangat Kemerdekaan Menyanggah Perhambaan dan Membina Keyakinan Baru

Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat ,menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom “siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?” Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua.


Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya ; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM

Lunas Mahu Radzhi Letak Jawatan


Warga Lunas hari ini mengadakan perhimpunan aman mendesak Adun Mohammad Radzhi Salleh meletak jawatan.

Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan bersama-sama 300 orang penduduk berhimpun di luar ibupejabat Pakatan Rakyat di Kulim.

Gobalakrishnan berkata warga Lunas berhak kepada Adun yang baru.

"Radzhi gagal menjalankan amanah sebagai wakil rakyat dengan baik, maka warga Lunas berhak kepada Adun yang baru," kata Gobalakrishnan.

Pada 24 Ogos lalu, ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir berlangsung, Radzhi bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Beliau mengumumkan dirinya wakil rakyat bebas, dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Radzhi sebelum itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 4 Jun lalu atas tuduhan penyelewengan membabitkan RM148,000.

Beliau meraih 10,000 majoriti undi dalam PRU12 yang lalu. Penduduk yang ditemui berkata mereka kesal Radzhi telah membelakangi mereka.

Polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), diketuai Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ghuzlan Salleh, memantau perhimpunan tersebut.

"Tak sangka lah dia akan buat macam ni," kata Siti Faridah. "Saya tidak akan undi dia lagi."




Sunday, August 30, 2009

Demo Kepala Lembu: Ketua Pemuda UMNO Selayang Terlibat..!


Dekat sebelah ni ialah gambar Ketua Pemuda UMNO Selayang... dia ni salah seorang yang terlibat dalam perhimpunan kepala lembu di Shah Alam...

Ketua Pemuda UMNO Selayang..? dok sebok hal dekat Shah Alam apahal..?

Tengok dalam rakaman video di atas... mamat ni yang pakai baju kaler merah kusam sebelah kiri... (diakhir rakaman)...

P/S : Pemuda UMNO nie memang Bahalol, nak berlakon jadi orang pas pun agak-agak la... Pakai Serban pastuh Pakai Jeans hahahahaha.. nampak sangat kantoi bangang

Khalid: Umno dalangi demo heret kepala lembu


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan anasir-anasir Umno mendalangi tunjuk perasaan sekumpulan orang yang mengheret kepala lembu untuk membantah tapak baru sebuah kuil di Shah Alam.
Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu.

Tunjuk perasaan berkenaan bertujuan menghasut orang Melayu untuk membantah pemindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke seksyen 23. Tapak baru itu adalah kira-kira 200 meter jauh dari kawasan perumahan.

Tapak lama kuil itu di seksyen 19 adalah hanya 20 meter dari kawasan perumahan.

Dalam kejadian semalam, kira-kira 50 orang, bertindak mengheret kepala seekor lembu ke pintu masuk bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor selepas solat Jumaat.

" Ini saya persalahkan pihak UMNO walaupun orang yang ambil peranan dalam tunjuk perasaan itu berkata mereka bukan dari UMNO, tapi saya kenal mereka. Mereka memang UMNO, kita tahu, oleh kerana mereka itu dari UMNO, itulah sebabnya mereka dibenarkan melakukan tindakan-tindakan yang keterlaluan ini, " kata Khalid.

"Sepertimana yang saya katakan sebelum ini dan semalam menjadi kenyataan, UMNO merosakkan Melayu dan merosakkan imej Islam," tambah beliau.

Sambil melaung-laungkan kata-kata berbentuk ugutan dan hasutan, penunjuk perasaan terbabit memijak dan meludah kepala lembu berkenaan. Unit Simpanan Persekutuan yang dikerah ke sini tidak mengambil sebarang tindakan.

" Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh segelintir 40 hingga 50 orang dan saya menafikan dengan sekeras-kerasnya tindakan mereka mewakili orang Islam atau pun orang Melayu," kata Khalid.

"Ini merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri supaya kita menghormati agama orang lain, jangan kita memperlekeh dan memperkecil kepercayaan orang lain. Ianya amat malang dilakukan dalam bulan Ramadhan selepas sembahyang Jumaat," tambahnya.

Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu percaya tunjuk perasaan itu diberikan lampu hijau oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar.

"Selepas lawatan Noh Omar jawatankuasa yang dikatakan membuat bantahan mengenai kuil yang hendak dibinakan di Seksyen 23 itu, barulah berlaku insiden semalam kerana Noh Omar telah mengeluarkan satu kenyataan dia akan lawan, dia akan menentang projek itu berhabis-habisan," kata Ronnie.

"Lepas itu ada insiden ini. Saya mintalah Noh Omar, memberitahu apakah pendirian dia kepada kita. Adakah dia adalah penghasut atau batu api ataupun dia pun tidak setuju dengan apa yang berlaku semalam," tambah Ronnie.

Saturday, August 29, 2009

Khalid Selar Cubaan Hina Agama




Tindakan sekumpulan orang mengadakan tunjuk perasaan dengan berarak membawa kepala lembu binatang suci dalam agama Hindu bagi membantah pemindahan sebuah kuil di Shah Alam adalah berbentuk provokasi untuk mengugat perpaduan rakyat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tindakan berbentuk menghasut itu amat dikesali, khususnya menjelang Hari Kemerdekaan Isnin ini.

Khalid berkata rakyat Selangor pelbagai kaum adalah matang dan tidak akan terpengaruh dengan penunjuk perasaan yang cuba mencari modal politik murahan dengan menggunakan sentimen keagamaan untuk menghasut penduduk.

Beliau menggesa polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin kerajaan negeri.

“Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan,” tegas Khalid.

Beliau berkata kerajaan negeri sebelum ini sudah pun mengatur perbincangan terbuka bersama penduduk setempat untuk mendapatkan maklum balas mengenai perpindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke sebuah tapak di luar kawasan perumahan di Seksyen 23. Dialog itu dijadualkan pada 5 September depan.

“Perbincangan itu nanti bukan sahaja untuk mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23,” kata Khalid.

Khalid berkata sebarang tindakan menghina agama sesebuah kaum akan membawa persepsi Malaysia semakin berundur ke belakang dalam aspek memupuk budaya menghormati kepelbagaian agama dan adat resam di kalangan penduduk. .

Thursday, August 27, 2009

TENTERA TAK BOLEH BERPOLITIK

Timbalan Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri Melaka, Leftenan Kol (B) Hashim Puteh berkata berdasarkan kepada akta tentera, mana-mana anggota tentera tidak boleh terlibat dengan sebarang kegiatan atau aktiviti politik kepartian.

"Anggota tentera, tidak dibenarkan menjadi ahli politik, lebih-lebih lagi berkempen untuk memenangkan calon tertentu kerana ia juga menyalahi perlembagaan tentera.

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dikenakan tindakan ketenteraan," ujarnya yang bersara dari Angkatan Tentera sejak 16 tahun lalu ketika dihubungi oleh Suara Keadilan baru-baru ini.

Menurut Kolonel Hashim, berdasarkan pengalamannya sebelum ini, memang terdapat anggota tentera yang dikerahkan untuk berkempen dan mengedarkan risalah bagi sesebuah parti politik. Tetapi menurutnya ia bersalahan dengan undang-undang ketenteraan dan boleh dijatuhkan hukuman sekiranya didapati bersalah. - Suara Keadilan

LPNM habiskan duit rakyat jaga pengundi Myanmar

Maklumat yang diperolehi daripada laman web rasmi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mengesahkan kewujudan Projek Tanaman Nanas seluas 200 ekar di Kg. Baru Cenderawasih, Sg. Miang, Pekan.

Malah laman web itu menulis mengenai lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapa Mohamed ke lokasi projek tersebut pada 28 Februari lalu.

Projek tersebut bermula sejak 2007 hingga kini dan disertai 26 peserta di bawah Projek RTB Rancangan Tanam Baru) di bawah LPNM yang mewakili 130 penanam nanas.

Sehingga kini seluas 130 ekar telah ditanam nanas varieti N36 dan Josapine sementara 70 ekar masih belum diteroka.

Projek itu dikendali dan diurus oleh LPNM dan Jabatan Pertanian Negeri yang melibatkan kerja-kerja pembiakan benih, pengeluaran hasil dan penanaman.

Disamping itu pihak LPNM juga menyediakan Geran Penanaman Rancangan Tanam Baru Nanas (RTB) sebanyak RM2,400 seekar yang merangkumi sulur (anak benih), baja, racun dan hormon.

Agensi tersebut juga memberi kursus dan latihan teknikal kepada peserta projek serta membina infrasstruktur bagi pengumpulan hasil ladang.

Jabatan Pertanian Negeri Pahang pula berperanan menyediakan tapak penanaman yang membabitkan kerja pembersihan kawasan, jalan ladang dan sistem perparitan.

Jabatan itu juga menyediakan baja, anak benih, jentera traktor dan peralatan lain.

Pihak FAMA pula melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan membantu dalam aspek pemasaran dengan menyediakan Gerai Bimbingan Buah-buahan FAMA kepada peserta projek.

- Suara Keadilan

NAJIB GUNA PENDATANG ASING SELAMATKAN KARIER POLITIK

Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.

Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya.

Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.

Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri.

Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang.

Lebih menggemparkan, pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikesan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007, membolehkan mereka mengundi untuk Najib pada pilihanraya umum ke-12 Mac 2008.

Pelarian berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Kedah oleh Barisan Nasional mulai 2003 bagi mengukuhkan kedudukan Najib di Pekan. Beliau telah memegang kerusi itu sejak 1976, selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak.

Suara Keadilan membuat pendedahan program membela pengundi dari kalangan pelarian asing ini apabila berjaya menyeludup masuk ke dalam Kampung Cenderawasih.

Kampung itu dikawal ketat oleh seorang ketua daripada kalangan pelarian tersebut yang hanya dikenali sebagai "Jeneral".

Semua pelawat luar ke kampung itu mesti melalui pintu kawalan masuk dan mendapat kebenaran daripada "Jeneral" sebelum dibenarkan masuk.

Sumber memberitahu semua pendatang asing yang berkampung di situ amat patuh sekali kepada "Jeneral" dan tidak seorang pun daripada mereka dibenarkan berpindah daripada kawasan berkenaan.

Ini kerana mereka dikhuatiri akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan tempat persembunyian mereka dibongkar kepada umum.

Suara Keadilan menemui sebidang kawasan tanah rata yang dianggarkan seluas lebih 200 ekar dengan deretan dua rumah panjang menempatkan kira-kira 200 keluarga pelarian.

Keadaan sesak di situ kelihatan tidak ubah seperti sebuah kem pelarian. Namun apabila ditinjau dari lebih dekat, didapati ratusan buah rumah sedang dalam pembinaan ataupun sudah siap untuk diduduki.

Penempatan mewah untuk warga asing ini menempelak hakikat bahawa ada lebih 600,000 setinggan di seluruh negara yang tidak memiliki rumah selesa.

Namun di di Kampung Cenderawasih, akibat mahu mengekalkan kuasa, pemerintah sanggup menganaktiri rakyat sendiri dan menghadiahkan bukan sahaja rumah malah kerakyatan kepada pelarian dari negara jiran.

Semua ini berlaku di kawasan parlimen Perdana Menteri dan di negeri kelahiran beliau yang mempunyai lebih 7,000 setinggan yang hidup tanpa kemudahan asas sempurna.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Ada beberapa jenis rumah yang dibina di Kampung Cenderawasih. Di kawasan yang berhampiran dengan rumah panjang, didirikan rumah seperti rumah PPRT tetapi di kawasan yang lebih dalam dan terselindung dari pemandangan, ratusan rumah reka bentuk banglo dan separuh banglo dibina.

Rumah mewah ini dianggarkan berharga antara RM200,000 dan RM500,000 sebuah tetapi diberikan diberi secara percuma kepada pendatang asing berkenaan.

Sesetengah daripada rumah dibina sudahpun diduduki. Ketika membuat tinjauan berkenaan, Suara Keadilan mendapati hanya wanita dan kanak-kanak berada di rumah manakala kaum lelaki dipercayai sedang bekerja di ladang nenas.

Sekumpulan pendatang asing yang mengaku baru sahaja tiba di negara ini turut dikesan. Mereka ditempatkan di satu kawasan terpencil di perkampungan itu.

Apabila siap keseluruhannya projek perumahan bagi pendatang asing ini, Kampung Cenderawasih untuk warga Rohingya ini akan menjadi kawasan perumahan eksklusif, lengkap dengan bekalan air, elektrik, sekolah, kemudahan riadah dan bersukan serta jalan raya bertar.

Setiap keluarga yang mendiami kawasan ini diberi satu ekar tanah untuk menanam nenas. Lembaga Perindustrian Nenas Negara Cawangan Johor terpaksa mengendalikan ladang nenas milik pendatang asing ini di samping membantu memasarkan produk tanaman mereka.

Pendatang asing berkenaan juga diberi gerai tajaan FAMA secara percuma untuk menjual nenas di sepanjang jalan di luar kampung tersebut.

Di samping rumah, tanah dan tapak perniagaan yang semuanya dibiayai dengan hasil cukai rakyat Malaysia, setiap keluarga Myanmar ini juga diberi elaun sebanyak RM500 sebulan.

Menurut salah seorang wanita Rohingya yang sudah pun fasih berloghat Kedah, mereka mula berhijrah dari Langkawi sejak 2003 untuk "mencari tanah".

"Kami di Langkawi tidak ada tanah jadi kami merantaulah ke sini untuk buka kampung.

"Mula-mula datang ke sini kami cuba tanam keladi tapi tak menjadi, lepas itu pula kami dicuba pula tanam padi, itu pun tak berhasil.

"Akhirnya kerajaan minta Lembaga Nenas buat kajian tanah dan didapati sesuai untuk kami menanam nenas," kata wanita berkenaan yang enggan memberikan namanya.

Tambah wanita itu 70 ekar lagi tanah akan dibuka untuk diberikan kepada anak-anak pendatang asing yang sudah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Negeri Pahang, G.Ponusamy mengkritik tindakan Najib dan Umno yang sanggup menggadaikan tanah dan hak rakyat Pahang kepada pendatang asing Myanmar.

"Beribu-ribu rakyat Pahang yang miskin dan memerlukan pembelaan tetapi Umno dan BN menafikan hak mereka tetapi sebaliknya memberi keistimewaan dan kemewahan kepada rakyat asing," kata Ponusamy.

Beliau menceritakan pengalaman beliau yang cuba memasuki perkampungan tersebut semasa PRU 2008 lalu tetapi dihalang oleh anggota tentera yang mengawal ketat kawasan tersebut.

"Kenapa pendatang asing ini diberi tanah dan dilindungi oleh pihak tentera? Apa kepentingan mereka sehingga mereka dikawal begitu rapi oleh pasukan keselamatan?" tanya beliau lagi.

Ponusamy mempertikaikan mengapa BN menafikan hak rakyat untuk memiliki tanah dan amat senang sekali memberinya secara percuma kepada warga asing.

Seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu kenali memberitahu Suara Keadilan, apabila Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan bancian pada tahun 2006 pendatang haram ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Apabila bancian semula dilakukan setahun kemudian, petugas jabatan berkenaan terkejut mendapati semua pendatang asing berkenaan sudahpun memiliki kad pengenalan biru, menandakan mereka rakyat Malaysia.

"Pegawai Jabatan Perangkaan mendapati mereka tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Kalau ditanya dari mana mereka datang, mereka semua menjawab "saya Malaysia" seolah mereka telah dilatih untuk menjawab sebegitu rupa.

"Yang menjadi tanda tanya sekiranya mereka mengaku rakyat Malaysia tidak seorang daripada mereka mempunyai kesan suntikan BCG yang menjadi wajib bagi setiap kanak-kanak negara ini. Ini membuktikan mereka bukan rakyat Malaysia tetapi pendatang asing yang dilindungi kerajaan untuk tujuan tertentu," kata pegawai itu lagi.

Menurut pegawai itu pendatang asing ini mula dibawa ke negeri Pahang semasa era Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"BN mencari kawasan yang luas untuk menempatkan pendatang asing ini dan mendapati Pekan sesuai untuk tujuan itu.

"Mereka diberi segala keistimewaan untuk mengukuhkan kedudukan politik Najib di kawasan Parlimen beliau," katanya lagi.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Najib apabila beliau menyentuh mengenai Formula Pekan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor 9 Ogos lalu?

"Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan 'dunia gelap’ seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja," katanya berseloroh kepada perwakilan Umno.

Persoalannya apakah Najib tidak melakukan satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara apabila merestui pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Rohingya bagi memastikan mereka mengundinya.

Malaysia adalah tuan rumah kepada ratusan ribu pelarian, sebilangan besarnya berasal dari Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Taktik membela dan menyogok rakyat asing dengan kerakyatan untuk mendapatkan undi mereka sudah lama diguna pakai oleh Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa di Sabah dan Sarawak.

Fenomena itu nampaknya semakin menular ke Semenanjung dan diterajui oleh Perdana Menteri Satu Malaysia Najib Razak.

Senator, profesor OKU terhebat meninggal

Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Ucap takziah

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengucap takziah kepada keluarga allahyarham Dr Ismail.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya melihat Dr Ismail sebagai seorang ikon yang berjaya walaupun dalam keadaan kurang upaya.

"Namun peranan serta semangat beliau melebihi daripada orang kebiasaan.

"DPP menghargai peranan beliau terutama dalam memperjuangkan nasib serta hak golongan orang kurang upaya di Malaysia dan berharap agar kerajaan melaksanakan segala usaha dan peranannya sebagai satu tanda penghargaan kepada beliau," tegas Nasrudin.

Kes seks: MCA pecat Dr Chua

Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sendiri akan memaklumkan keputusan yang dibuat "dengan berat hati" dan "kolektif" itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi BN.

Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira tiga jam sebelum keputusan itu dicapai, Dr Chua memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.

Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA.

Tokoh yang dianggap pencabar utama Ong, Dr Chua menambah, laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau.

Kata Dr Chua lagi, Majlis Presiden selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.

Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas pemecatannya.

Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Dr Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh ketat dan ancaman paling besar."

Awal bulan ini, jawatankuasa itu menyiasat aduan bahawa Dr Chua telah mencemarkan imej parti selepas muncul dalam satu DVD yang menunjukkan beliau adakan hubungan seks dengan seorang wanita.

Pengadu tersebut Eng Cheng Guan, yang juga pengerusi MCA bahagian Simpang Renggam, mendakwa insiden itu mencemarkan reputasi parti kedua terbesar dalam komponen BN itu.

Eng bagaimanapun menarik balik aduannya tetapi jawatankuasa disiplin meneruskan siasatan terhadap Dr Chua.

Mesyuarat malam ini difahamkan diadakan secara tergesa-gesa, manakala akhbar Sin Chew Daily melaporkan Dr Chua hanya dimaklumkan mengenainya pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Penghujung 2007, DVD yang dirakam secara rahsia yang menunjukkan babak-babak seks Dr Chua dengan teman wanitanya diedarkan di beberapa tempat di Johor.

Susulan itu, awal 2008, Dr Chua mengejutkan negara dengan mengaku berterus terang bahawa beliaulah lelaki dalam DVD itu dan mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan parti.

Wednesday, August 26, 2009

ADUN Lunas gugur, Kulim exco baru

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa semalam.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Ahad lepas, Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Memperkenan permohonan tersebut, Sultan Kedah memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawai-pegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio Exco berkenaan."Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Pemilihan Lim juga dibuat dengan mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim.

Puji sikap Kartika, hukuman hanya kepada 'ikan bilis' - Dr Asri

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kerajaan mesti melihat isu arak secara keseluruhan, tidak menghukum orang awam sahaja tetapi tauke, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang kilang dan premis perniagaan arak juga mesti dikenakan tindakan.

Apa yang berlaku kini, hukuman hanya dikenakan ke atas 'ikan bilis' sahaja apabila melakukan kesalahan seperti minum arak sedangkan orang-orang yang berkepentingan khususnya yang beragama Islam yang 'menjana' industri arak ini terlepas begitu sahaja.

Demikian ditegaskan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdin kepada Harakahdaily pagi ini, ketika diminta mengulas hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum kerana minum arak.

"Sebenarnya hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah itu 'mendekati' hukuman Islam sungguhpun ulama berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan.

"Namun saya puji sikap Kartika kerana akui kesalahannya dan tidak membantah hukuman yang dikenakan.

"Sepatutnya kita puji dia tetapi sehingga kini tidak ada satu tokoh politik atau pemimpin yang memuji tindakan Kartika ini, mungkin ada kepentingan dan jaga hati pihak tertentu..." katanya yang juga bersetuju, sekiranya Kartika merayu bagi meringankan hukuman.

Padanya, prinsip hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah mesti jelas, dan soal rayuan, merupakan hak bagi pesalah untuk memohon meringankan hukuman.

Beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua yang meminum arak atau melakukan apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasul-Nya ataupun membenci Islam.

Sungguhpun, maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seseorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya, katanya.

Kartika seorang model sambilan di Singapura dihukum denda RM5,000 dan dikenakan enam sebatan kerana minum arak di sebuah hotel di Kuantan. Beliau sepatutnya menjalani hukuman itu sebaik sahaja ditahan di Penjara Kajang bermula semalan.

Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan dengan alasan hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan selepas bulan Ramadhan.

Dalam pada itu Dr Asri dukacita dan mengkritik sikap mahkamah syariah yang dilihat begitu 'cepat' menyelesaikan kes Kartika, sedangkan kes-kes seperti cerai, talak, penderaan dan pembahagian harta pusaka yang melibatkan wanita, mengambil masa yang lama untuk diputuskan atau dijatuhkan hukuman.

"Janganlah ketika wanita bersalah, dihukum begitu cepat tetapi bila wanita dianiaya, ditangguhkan. Hukuman dan tindakan mesti adil malah ianya mesti dilihat berlaku adil.

"Kita memuji langkah mencegah mungkar tetapi yang paling penting ialah penegasan hukuman supaya menjadi contoh kepada yang lain dan dilihat adil," katanya yang kini sudah seminggu berada di Malaysia, sekembalinya daripada pengajiannya di London.

Beliau juga kecewa dengan sikap media barat seperti CNN yang cuba mengaangkat isu hak asasi manusia untuk minum arak sedangkan agama mempunyai hukuman dan peraturan yang tertentu bagi mendefinasikan kebebasan penganutnya agar tidak melakukan perbuatan yang menyalahi agama sekaligus menjaga masyarakat akibat tabiat buruk arak.

Seorang pakar motivasi Dr. Danial Zainal Abidin dalam Program TV9 Halaqah minggu lalu, turut mengupas keburukan akibat meminum arak, yang jelas mempunyai sebab-sebab utama Allah SWT mengharamkan dalam al-Quran.

"Arak menyebabkan sebarang mesej atau maklumat tidak sampai ke otak. Arak menyebabkan pertimbangan tubuh badan tidak seimbang. Ia mengundang pelbagai penyakit dan bahaya.

"Mengikut kajian, arak merupakan pembunuh nombor satu bagi remaja di Eropah dan penyebab utama masalah rumah tangga di Britian. Jika mereka kata ini hak asasi dan arak sebagai penyelesai masalah...fikirkan kembali" kata Daniel merujuk kepada kajian perubatan dan WHO.

Dengan kajian itu katanya, membuktikan hukuman dan tindakan agama Islam melarang penganutnya meminum arak, adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah-masalah masyarakat dan punca gelaja sosial yang semakin membarah kini.

Teoh-Tan gaduh di tandas SPRM 2 pagi ?

Malaysia (SPRM) bahawa Teoh Beng Hock dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah bergaduh, telah mengejutkan mereka yang mengikuti prosiding inkues kematian Teoh di Mahkamah Koroner Shah Alam.

Mohd Anuar Ismail, yang berpangkat Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor berkata pergaduhan itu berlaku pada pukul 2 pagi di tandas pejabat SPRM Selangor.

"Selepas kematian Teoh, saya dimaklumkan oleh Bulkini Paharuddin (pegawai SPRM) bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dengan si mati pada pukul 2 pagi bertempat di tandas SPRM," katanya ketika ditanya peguam pemerhati SPRM Datuk Abdul Razak Musa.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salahguna wang peruntukan kerajaan Selangor kepada SPRM negeri yang berpejabat di plaza itu.

Selain itu Mohd Anuar, 32, berkata Teoh tidak mungkin mati dalam tahanan kerana beliau telah dilepaskan dan dibenarkan pulang selepas soal siasat.

"Saya tidak bersetuju beliau mati dalam tahanan kerana saksi ini (Teoh) telah dilepaskan pada pukul 3.45 pagi dan dia dibenarkan pulang. Bagaimanapun Teoh meminta dengan pegawai perakam (Mohd Nadzri Ibrahim) untuk berehat sebentar.

"Pada pemikiran saya beliau telah pulang pada waktu itu," katanya.

Tambahnya, selepas menemui beg Teoh beliau telah berusaha mencari Teoh di dalam pejabat SPRM tetapi gagal dan ketika itu beliau yakin bahawa Teoh telah pulang dan akan hadir semula ke pejabat SPRM untuk membawa dokumen yang diminta.

Ekoran keyakinannya itu, Mohd Anuar tidak menghubungi peguam ataupun ahli keluarga Teoh bagi bertanyakan keadaan Teoh dan berhasrat menyerahkan beg Teoh apabila mereka bertemu nanti.

Mohd Anuar juga memberitahu ketika siasatan, tiada sebarang unsur kekerasan digunakan ke atas Teoh kerana kes aduan penyelewengan wang peruntukan ADUN Selangor itu hanya melibatkan dokumen sahaja.

Mengenai kehadiran peguam M Manoharan (peguam yang mewakili Teoh) yang dikatakan berlegar-legar di pejabat SPRM dan cuba menghubungi beliau pada hari yang sama Teoh disoal siasat, Mohd Anuar berkata: "Saya tidak tahu."

Ketika ditanya tentang operasi SPRM selama 24 jam, Mohd Anuar menjelaskan ia perlu kerana terdapat saksi yang bekerja pada waktu siang dan mereka meminta untuk merakam percakapan pada waktu malam supaya tidak mengganggu kerja mereka.

"Ada juga saksi yang tidak mahu dilihat hadir ke pejabat SPRM Selangor atas alasan tertentu dan memilih untuk merakam percakapan pada sebelah malam," katanya. BERNAMA

One Malaysia One Israel


One Israel was formed by Labour Party leader Ehud Barak in the run up to the 1999 elections with the aim of making the Labour Party appear more centrist and to reduce its secularist and elitist reputation amongst Mizrahi voters (Gesher was led by prominent Mizrahi politician and former Likud MK David Levy whilst Meimad is a religious party) modelled on Tony Blair's transformation of the British Labour Party into New Labour.[1] The coalition agreement gave Gesher the number three spot on the list (behind Barak and Shimon Peres), two other safe positions and a promise that Levy would get a ministerial position. Meimad were promised one safe spot on the list and a ministerial position for a member who did not make it into the Knesset.

In the run-up to the election surveys predicted the party would win 33 seats. However, although One Israel did emerge as the largest faction in the Knesset, its 26 seats was the lowest ever by a winning party (Labour's 34 in the 1996 elections whilst running alone had been the previous low). Of the 26 seats, Labour took 22, Gesher 3 and Meimad one. As per the pre-election agreement, Levy was appointed Deputy Prime Minister and Minister of Foreign Affairs and Meimad's Michael Melchior was made Minister of Social and Diaspora Affairs.

Barak, who had beaten Binyamin Netanyahu in the election for Prime Minister, had to form an unstable coalition government with six other parties; Shas, Meretz, Yisrael BaAliyah, the Centre Party, the National Religious Party and United Torah Judaism.

Barak's participation in the Camp David Summit with Yasser Arafat in summer 2000 led to Gesher pulling out of the alliance on 4 August and the end of One Israel. Labour and Meimad continued as a joint faction Labour-Meimad.

After the party's collapse, Barak was investigated following allegations that the One Israel had broken the party funding law by allowing money from abroad to be directed into campaign funds through non-profit groups in order to get around spending limits. State Comptroller Eliezer Goldberg had already fined the party 13 million shekels for breaking fundraising laws.[2] It later became known as the "Barak Organisation Affair".

http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel


one kat bawah nie produk dari Israel.... Check it Out !!
http://www.oneisraelfund.org/ www.one.co.il/ http://www.onejerusalem.org/

Lebih Lima Ribu Rakyat Rai Kemenangan Salleh Man



Lebih lima ribu rakyat Permatang Pasir membanjiri perkarangan Markaz Induk Pas di sini meraikan kemenangan bergaya wakil rakyat baru mereka Mohd Salleh Man yang menewaskan calon Umno-BN Rohaizat Othman.

Perkarangan markaz berkenaan mula dibanjiri seawal jam 9 malam. Ketibaan Mohd Salleh disambut dengan laungan ‘takbir’ di kalangan hadirin yang hadir selain ucapan taniah dari pelbagai kaum. Hadirin melaungkan hasrat untuk bertemu dan mendengar ucapan kemenangan dari Salleh Man.

Pimpinan Pakatan Rakyat turut turun meraikan kemenangan ini. Antara yang hadir termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar serta Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim.

Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, pengundi di Permatang Pasir telah membuktikan kebijaksanaan mereka dengan memilih Salleh Man untuk menjadi Adun di kawasan berkenaan.

“Ini bukti pengundi boleh membezakan mana yang palsu dan mana yang betul, boleh bezakan yang hitam dan yang putih.

“Hari ini kita boleh lihat BN sudah pecah tembelang, lidah biawak bercabang dua,” katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai angin perubahan yang bertiup dalam politik Malaysia.

Menurutnya, kemenangan tersebut sangat bersejarah bagi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kerana membuktikan kekalahan teruk Perdana Menteri Najib Razak yang gagal dalam kempen 1 Malaysianya, lebih-lebih lagi Timbalan beliau, Muhyiddin Yassin.

“Ini memperlihatkan kekuatan Pakatan Rakyat untuh hingga berjaya mematahkan konspirasi Umno untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat.

“Mereka gagal dan terus gagal kerana Pakatan Rakyat akan bersatu berjuang hingga berjaya dalam pilihan raya akan datang dan akan terus ke Putrajaya menggantikan BN,” katanya.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau kecewa dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengulas mengenai keputusan pilihan raya ini.

Mahfuz menjelaskan, sebagai seorang pemimpin Muhyiddin tidak boleh memaksa pengundi membuat keputusan kerana ia merupakan hak rakyat.

“Bila orang tidak mengundi mereka, dia kata tidak mahu berubah, rakyat Permatang Pasir tidak mahu perubahan. TPM kecewa sikap pengundi tidak mahu pembaharuan.

“Ini apa punya TPM bila rakyat tidak mengundi dia, dia kata rakyat tidak mahu pembangunan tidak mahu perubahan. Ini hak rakyat tidak boleh kata bila rakyat tolak BN rakyat tolak pembangunan,” katanya.

Mahfuz menambah, kenyataan yang dibuat seolah-olah memperlihatkan kerajaan cuba lari dari tanggungjawab membela rakyat seperti yang dijanjikan di Permatang Pasir.

Salleh Man yang berjaya menewaskan calon Umno-BN dengan majoriti 4551 undi dalam ucapannya yakin dengan sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat membuktikan kemenangan sebenar mereka dalam pilihan raya pada kali ini.

"Kemenangan ini kemenangan semua dan kemenangan bersama. Dengan semangat dan kekuatan besar Pakatan Rakyat di seluruh negara berkampung di di sini membolehkan kita mendapat kejayaan besar. Inilah kejayaan sebenar.

“Pas selaku satu-satu wakil parti dalam Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama dan membantu memantapkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya

5 Dalil Pasai pa Radzhi Salleh tukaq jadi Katak?



5 Dalil Pasai pa Radzhi Salleh tukaq jadi Katak?

- Calon Bidang terjun kat Padang Serai, kroni cikgu mid, din komodo(biawak). Banyak ahli PKR Cabang Padang Serai tak kenai pun sapa Radzhi Salleh nie masa dia jadi calon. Ahli-ahli PKR yang tak puas hati kat situ habis kena pecat.

- Bekas Posmen nie bercita-cita nak jadi Timbalan Menteri Besaq, tapi tak kesampaian.

- Antara Dalang dan Mastermind nak Menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah dengan bekerjasama dengan Mahathir Khalid UMNO Barisan Nasional, Dulu dok kecoh pasai memorandom serah kat DSAI, dia nie lah kepala segalanya. Antara tuntutan bangang yang depa mintak kat DSAI depa tuntut 1 cabang 1 juta. Pendang Lake Resort menjadi tempat mesyuarat Pakatan Jahat nie.

-Selepas tuntutan tak dipenuhi,mula mengarahkan ketua-ketua cabang yg jadi geng dia istihar keluar parti semasa PRK Bukit Selambau.


- Tak tau nak sorok muka dah pasai semua tembelangnya sudah pecah. Pi mana semua orang kedah meluat nak tengok muka dia.Katak nie umpama Kurap dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, banyak menimbulkan masalah antaranya claim tak masuk akai, tamak dan rakus, maybe claim banyak untuk menyara 4 bini. Kurap dia nie tak bawak apa-apa makna, gatai kejab ja, yang best ustaz azizan tak payah sapu ubat pun, dia lega (sembuh) macam tuh ja.

Gambar-gambar menarik sekitar PRK N11 Permatang Pasir :

Poster Calon BN teruk kena lanyak sampai mata lebam


Antara penyumbang kekalahan BN (Kena masuk kursus Balik cara betul pegang bendera)


Uiksss.. "Ketua Puteri UMNO Pendang Amal Izzah Shamsuddin and the geng" pun ada gak??

Sumber dari http://perisik-rakyat.com/

Tuesday, August 25, 2009

Kenyataan Media: Kemenangan Calon Pakatan Rakyat Dalam PRK DUN Permatang Pasir

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran atas kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan UMNO-BN yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil yang tetap bersabar mengharungi kepayahan dalam bulan Ramadhan ini. Kepada YB Tuan Haji Salleh Bin Man, tahniah diucapkan atas kejayaan ini. Maka bermulalah tugas untuk menunaikan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Permatang Pasir, Pas Menang Majoriti 4551 Undi.


Walaupun pelbagai taktik kotor yang digunakan Umno-BN dalam pilihanraya kecil Dun N11Permatang Pasir namun taktik berkenaan terbukti gagal apabila calon Pas Salleh Man dipilih pengundi Dun berkenaan untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Salleh Man yang mendapat 9618 undi, menang dengan majoriti 4551 undi sekaligus mengalahkan calon Umno-BN Rohaizat Othman yang hanya mendapat 5067 undi.

Sebelum ini, bekas Adun Permatang Pasir - Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman telah mengalahkan calon Umno-BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti sebanyak 5,433 undi.

Pilihanraya kecil kali ini juga menyaksikan seramai 20,350 pengundi berdaftar yang layak keluar mengundi dengan peratusa pengundi - 72 peratus terdiri daripada kaum Melayu, 25.7 peratus kaum Cina, 1.2 peratus kaum India dan 0.2 peratus lain-lain.

Kemenangan ini sekaligus menyaksikan Salleh Man dapat mengekalkan dan sekaligus mempertahankan kerusi Dun N11 yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Mohd Hamdan sejak pilihan raya umum 1999.

Kejayaan ini juga menyaksikan Pas berjaya mempertahankan kerusi tradisi yang telah disandang sejak tahun 1999.

Pilihanraya kali ini memperlihatkan kekalahan kali ke-7 berturut-turut BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu.

Malam ini bertempat di Markaz induk Permatang Pasir juga, akan diadakan satu ceramah bagi meraikan kemenangan Pas yang akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir



Keputusan Rasmi

Calon PAS Salleh Man : 9618 undi
Calon BN Rohaizat Othman : 5067 undi
Majoriti : 4551 undi
.

PAS semakin hampir mengulangi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-12 .

Jumlah mereka yang membuang undi hari ini 14,832 orang.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Seramai 14,832 orang pengundi berdaftar di Dun N11 Permatang Pasir turun mengundi sekaligus menunjukkan kemerosotan peratusan mengundi hampir 10 peratus pada pilihanraya umum lalu

Terkini : Proses pengundian di Permatang Pasir tamat.


Sebanyak 73.1 peratus pengundi berdaftar di Dun N11 Permatang Pasir menunaikan tanggungjawab mereka untuk turun mengundi.

Jumlah ini lebih kecil berbanding sasaran Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebelum ini yang mensasarkan peratusan turun mengundi sebanyak 80 peratus sekaligus merosot sebanyak 1,971 berbanding pada pilihanraya sebelumnya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada laporan mengenai pengundi hantu dimaklumkan kepada pihaknya.

Pilihanraya pada kali ini berjalan lancar tanpa melibatkan sebarang pergaduhan di antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding.

Ketua Umum Parti Keadlian Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara terawal membuang undi. beliau tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 815 pagi sambil ditemai isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan calon Pas Salleh Man.

Bagaimanapun, berlaku sedikit kekecohan di beberapa pusat pembuangan undi yang berpunca daripada pertikaman lidah kedua-dua penyokong.

Di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaaan Seri Penanti menyaksikan lebih 500 orang penyokong kedua-dua parti berkenaan berperang mulut kerana merebut kawasan dan polis terpaksa mengawal keadaan.

Pasukan Polis Simpanan Persekutuan turut di tempatkan di kawasasan berkenaan bagi meredakan keadaan dan penyokong kedua-dua parti berkenaan di pisahkan. Lalu lintas di sekitar Dun Permatang Pasir sesak terutamnya di tempat-tempat pembuangan undi.

Sementara itu, suasana juga dilihat sedikit tegang di pusat pembuangan undi Permatang Pauh dan Permatang Pasir yang menyaksikan perang mulut anatra kedua-dua pihak.

Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mula dikerah di kawasan Sri Penanti, Permatang Pauh dan Permatang Pasir apabila timbul kekecohan melibatkan penyokong parti PAS dan UMNO-BN.

Mereka saling mengejek diantara satu sama lain sehingga menimbulkan suasana tegang dan hampir menimbulkan pergaduhan.

Sesuatu yang luar biasa berlaku pada pilihanraya kecil kali ini apabila menyaksikan penyokong UMNO Barisan Nasional pula yang bertakbir beramai- ramai manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat.

Pilihanraya Kecil N11 DUN Permatang Pasir menyaksikan pertembungan antara 2 parti yang bertanding, calon Pakatan Rakyat dari PAS, Mohd Salleh Man dan lawannya dari UMNO Barisan Nasional, Rohaizat Othman.

Sebanyak 8 pusat mengundi dengan 39 saluran mengundi telah dibuka bermula jam 8 pagi tadi dan ditutup jam 5 petang ini.

Pilihanraya kecil kali ini menyaksikan seramai 20,290 pengundi berdaftar yang layak keluar mengundi.


JAM 3.30 PETANG

63.7 peratus pengundi telah membuang undi sehingga jam 3.00 petang tadi, kata SPR.

JAM 2.00 PETANG

Jalan-jalan utama ke Permatang Pasir Masih ditutup. Suasana Permatang Pasir sesak dengan kenderaan memenuhi jalan. Beberapa pusat mengundi mulai lengang. Penyokong BN sudah tidak kelihatan, hanya penyokong PAS dilihat berada di tepi- tepi jalan.

JAM 1.00 TENGAHARI


SPR mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi setakat ini sebanyak 47.2 peratus atau seramai 8672. Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Kg. Pelek bagi menunaikan Solat Zohor dan kemudian akan bergerak melawat pusat mengundi di Kubang Semang.

JAM 12.00 TENGAHARI

Ramai Pemuda Umno bermotosikal dilihat berkumpul di pekan Penanti. Mereka memakai baju kuning dan dibimbangi bakal menyesakkan kawasan pilihanraya apabila mereka masuk secara berkonvoi ke sana.

JAM 11.45 PAGI

Jumlah keluar mengundi pada jam 11.15 pagi adalah 37 peratus. Ia satu angka yang wajar, kata Lim Kit Siang.

Walaupun tidak ada pondok panas, semangat penyokong calon PAS sangat tinggi, tambah beliau dalam twitternya.

JAM 11.20 PAGI

Polis mula ditempatkan dengan ramai di semua-semua pusat pengundian. Di SK Penanti, FRU di tempatkan ekoran kekecohan yang berlaku di situ.

Jam 10 pagi tadi, SPR melaporkan 5775 atau 28.46 peratus pengundi telah membuang undi.

JAM 11.00 PAGI

Para penyokong kedua-dua pihak salang berbalas sorakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Pauh. Beberapa pemimpin Pakatan hadir. Antaranya Dr Dzulkifli Ahmad, Nasruddin Tantawi, Lim Kit Siang, Zuraidah Kamarudin.


Di SRJK Cina Lay Keow Permatang Pauh, penyokong PAS tidak puas hati apabila penyokong BN mengibarkan bendera dacing sedangkan ia dilarang oleh SPR. Berlaku kekecohan tetapi berjaya dikawal oleh polis. Ronnie Liu berada di kawasan itu.

"Penyokong Pakatan kita minta jaga keamanan dan jangan terpengaruh dengan provokasi. Yakin pengundi tahu dan buat pilihan yang bijak dan sangat penting pengundi bagi kemenangan kepada PAS di Pulau Pinang,"kata Ronnie.

JAM 10.35 PAGI

Tiga pusat pengundian panas dengan kata mengata antara penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pusat-pusat pengundian itu adalah Sekolah Rendah Permatang Pasir, Pekan Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Penanti.

Namun tidak ada kejadian buruk berlaku.

JAM 10.00 PAGI

Calon PAS melawat kawasan pilihan raya bersama para pemimpin Pakatan Rakyat. Pagi tadi beliau mengiringi Datuk Seri Anwar dan keluarga yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Penanti.

Sebelum ke pusat-pusat pengundian, kesemua mereka berkumpul di Yayasan Aman, Penanti sebelum menaiki kenderaan dari situ.

Para penyokong melaungkan takbir dan reformasi sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pengundian

keputusan rasmi diumum oleh Suruhanjaya Pilihanraya SPR yang dijangka jam 8.00 malam.


Grand Finale PRK Permatang Pasir.

Bahagian 1 : YBHG Dato’ Seri Chua Jui Meng, YB Datuk Mahfuz Omar, dan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Bahagian 2 : YBHG Dato Zaid Ibrahim, Tuan Haji Mohamad Sabu, YB Azmin Ali, dan YAB Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang .


Alhamdulillah setelah mengambil beberapa tindakan bermula malam semalam dengan mencetak handbill beribu-ribu keping dan mengedarkan ke seluruh bilik gerakan PAS dan Keadilan serta program pengagihan kurma kepada orang ramai dan pengundi Permatang Pasir yang dikepilkan dengan handbill ceramah perdana AMK yang di adakan 24 Ogos 2009 bertempat di Bilik Operasi AMK di Sama Gagah telah membuahkan hasil yang sangat baik malam tadi .

Saya telah arahkan Khairul untuk membuat pengumuman serta hebahan di seluruh Permatang Pasir bagi mewar-warkan program ceramah tersebut .

Malam tadi ceramah saya mulakan pada jam 8.45 malam , 15 minit lebih awal daripada masa asal program iaiatu jam 9.00 malam . Para pengundi kaum cina sudah lebih awal berada di tempat duduk penonton dan YB Sim Tze Tzin , Naib Ketua AMK Pualau Pinang .
Malam ini kehadiran lebih daripada 5000 orang menghangatkan suasana ceramah terakhir sempena PRK N11 Permatang Pasir .

Penceramah malam ini semua barisan pimpinan PR yang hebat-hebat . Antara penceramah malam ini ialah YB datuk Seri Anwar Ibrahim , YB Azmin Ali , YB Tian Chua , YB Datuk Mahfuz Omar , Y.Bhg. Datuk Chua Jui Ming , Y.Bhg Dato Zaid Ibrahim , YB Dr. Hatta Ramli , Sdr. Shamsul Iskandar , YB Kasavan dan Tuan Haji Mohamad Sabu .


Turut hadir dan menyampaikan ceramah dan sebagai penutup ialah YAB Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang .

Saya hendak rakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua Skuad Pilihanraya AMK yang hanya 15 orang bergerak bersungguh-sungguh walaupun dalam suasana menghadapi Ramadhan bagi memastikan program tersebut berjaya . Begitu juga teman-teman AMK Permatang Pauh yang turut membantu bersama-sama menjayakan ceramah perdana AMK malam tadi .

Semoga kemenangan akan diperolehi dan untuk sekian kalinya UMNO /BN akan kecundang lagi di Permatang Pasir .

http://farizmusa.blogspot.com

Monday, August 24, 2009

SPR: Tiada pengundi hantu, Khairy

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan wujudnya pengundi hantu dalam pilhan raya kecil DUN Permatang Pasir seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Sebenarnya tidak ada pengundi hantu. Kepada Pemuda Umno, mereka berikan (jumlah) beribu (pengundi hantu), kita semak sebenarnya 14 (nama) sahaja.

"Sebenarnya mereka telah mendaftar tahun 1998 sebelum pindaan akta (pilihanraya) pada 2002.

"Dan mereka berhak mengundi, sebab mereka yang mendaftar sebelum tahun 2002, mereka berhak mengundi dan terkecuali daripada mengikut alamat dalam kad pengenalan.

"Hanya pada pindaaan 2002 sahaja, sesiapa yang hendak mendaftar sebagai pengundi, mereka mesti mengikut alamat di kad pengenalan," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang media hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung dakwaan sayap Umno itu yang menyatakan terdapat pengundi hantu pada pilihan raya kecil tersebut yang mengadakan pengundiannya esok.

Pilihan raya ini menyaksikan pertembungan antara calon PAS Mohd Salleh Man yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dengan calon BN Rohaizat Othman yang juga setiusaha Umno Permatang Pauh.

Abdul Aziz menambah, pihaknya telah menyemak dakwaan Pemuda Umno berhubung pengundi hantu.

"Nama yang mereka suruh periksa, banyaklah tetapi macam mana kita mahu semak. Daripada sampel kita dapati, mereka adalah pengundi asal di Permatang Pasir.

"Daripada senarai itu, mereka highlight 14 pengundi untuk diperiksa. Maknanya, dakwaan mereka (Pemuda Umno terdapat) pengundi hantu, sebenarnya pengundi asal.

"Sebagai contoh, mengenai alamat, satu nombor, banyak pengundi. Apabila kami buat pemeriksaan secara mendalam, nombor itu sama, tapi jalan lain-lain," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata kesemua 14 pengundi itu - yang tidak dinamakan - layak untuk memilih calon masing-masing.

Dalam sidang media yang sama, Abdul Aziz juga mengumumkan bahawa Jabatan kesihatan Pulau Pinang akan membuka meja kesihatan di lokasi yang sesuai dalam usaha untuk membendung penularan wabak selesema A (H1N1).

SPR juga membekalkan penutup mulut dan hidung kepada petugas suruhanjaya itu untuk mengelak mereka dijangkiti wabak yang berupaya membunuh itu, tambah Abdul Aziz.

Beliau menasihatkan pengundi agar memakai penutup mulut dan hidung ketika keluar mengundi.

Azizan Serah Surat Berhubung Kedudukan Jawatan Exco Mohd Radzhi

ALOR SETAR, 24 Ogos - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada hari ini menyerahkan surat kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memohon supaya Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan Exco.

Azizan berkata surat permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain dilampirkan bersama surat beliau.

"Tuanku terima surat saya. Kita tunggu keputusan Tuanku. Selagi baginda tidak buat keputusan, Mohd Radzhi masih lagi Exco," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menyerahkan surat itu kepada Sultan Kedah di Wisma Zakat di sini, Isnin.

Kelmarin, Mohd Radzhi mengistiharkan keluar PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas tetapi tidak melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia.

Menurut Azizan, Sultan Abdul Halim memahami perkara itu selepas beliau menerangkan kepada baginda bahawa Mohd Radzhi bukan lagi anggota PKR dan dia tidak layak menjadi Exco atas kuota PKR.

"Pertemuan saya dengan Tuanku berjalan mesra. Saya harap Tuanku akan pertimbangkan permohonan ini tetapi saya tidak tahu bila baginda akan buat keputusan," katanya.

Azizan berkata pengganti Mohd Radzhi sebagai Exco hanya akan dibincangkan dengan PKR selepas baginda membuat keputusan.

Umno gesa Speaker Kedah Tolak-Ansur, Elak PRK Di Kota Seputeh

Umno menggesa Speaker Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk mempertimbangkan semula keputusan beliau menuntut Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif melepaskan kerusi dun selepas didapati melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri.


Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata kerajaan negeri Pas seharusnya tumpu kepada pembangunan negeri dari kepentingan politik.

Pada 17 Ogos lalu, Abdul Isa menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa kerusi Dun Kota Siputeh kosong kerana Abu Hassan gagal menghadirkan diri ke Sidang Dun dua kali berturut-turut, iaitu pada 9 April dan 9 Ogos.

Fasal 51 Undang-Undang Tubuh Negeri menetapkan kerusi mana-mana wakil rakyat yang tidak hadir tanpa keizinan Speaker untuk dua mesyuarat berturut-turut diisytiharkan kosong.

Abdul Isa bertegas dengan keputusan untuk membuka laluan kepada pilihanraya kecil di Kota Siputeh disebalik alasan sakit dari wakil rakyat Umno itu.

"Umno tidak menafikan kesalahan yang dibuat oleh Abu Hassan, tetapi kes ini dapat diselesaikan tanpa melalui pilihanraya kecil. Mereka harap pilihanraya ini akan memaksa kerajaan Pusat tunduk pada tuntutan mereka," kata Johari.

Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan memenangi tujuh dari lapan pilihanraya kecil pasca PRU12 yang lalu. Ketujuh-tujuh PRK tersebut dimenangi di Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, Adun Lunas Radzi Salleh melepaskan keahlian dari Parti Keadilan Rakyat dan bertukar calon bebas. Radzi telah mengumumkan sokongan kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang bertanggungjawab kepada rampasan kuasa di Perak

Tindakan Radzhi untungkan Pakatan


KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Pengisytiharan keluar PKR oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh tidak banyak memberi keuntungan kepada dirinya mahupun kepada BN.

Apatah lagi pengumuman dibuat selepas gagal memujuk ADUN pakatan lain bersamanya.

Dakwaan bahawa Umno mendapat talian hayat baru dengan pengisytiharan tersebut adalah meleset sama sekali apabila satu persatu pekong Radzhi mula didedahkan oleh mereka yang mengenali diri beliau khususnya dalam media internet.

Mengulas perkara itu Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya berpendapat, isu ini tidak banyak membantu Umno khususnya, jika dicanang kepada pengundi di Permatang Pasir.

Saya tak fikir, dengan menggunakan Adun yang bermasalah ini, Umno BN boleh mendapat undi. Calon mereka sendiri (Rohaizat) pun bermasalah, itu memperbodoh pengundi namanya. Tapi ianya tidak pelik, sebab pada saya Umno memang tengah desprate (terdesak) sekarang, ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mohd Radzhi (gambar) dikatakan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dia juga dikatakan mengalami masalah rumahtangga serius.

Sepanjang bergelar wakil rakyat pula, dia dikatakan jarang berada dikawasan dan sering mengabaikan masyarakat di kawasannya.

Prestasinya yang lemah semasa menjawat jawatan dalam kerajaan negeri itu juga turut diadu masyarakat setempat sehingga beberapa amaran diberikan kerajaan negeri kepadanya agar meningkatkan prestasi kerja.

Hairannya, dalam keadaan gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga membawa dirinya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia yang disandangnya juga didakwa digunakan lebih kepada dirinya sendiri berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat.

Semasa menjawat jawatan itu, dia didakwa telah membeli harta, memiliki kilang dan kedai makan.

Ramai yang berpendapat, beberpa masalah termasuk masalah disiplin dengan kerajaan pakatan Kedah, masalah perkahwinannya di Thailand dan masalah berdepan siasatan SPRM berhubung tuntutan melampau telah menyebabkan dirinya dalam keadaan tersepit.

Ruang tersebut telah digunakan Umno bagi memanfaatkan Adun Lunas ini sebagaimana yang dilakukan terhadap dua Adun PKR di Perak sebelum ini.

Tindakannya meletakkan sebab 'tidak percaya kepada pucuk pimpinan parti' untuk keluar PKR dilihat sebagai alasan semata-mata.

Yang saya hairan kenapa SPRM yang sebelum ini kata akan siasat kes itu tetapi tiba-tiba kata tiada kes lepas dia (Radzhi) umum keluar PKR, semacam ada perundingan dan tawaran tertentu bagi menutup kes ini pula, ujar Lateefa (gambar).

Seperti yang didedahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media malam tadi, bahawa pihaknya telah lama mengesan wujud cubaan menggunakan Radzhi untuk menarik beberapa lagi Adun pakatan lain supaya menyertai BN tetapi gagal.

Beberapa bulan lalu katanya, dia mendapat aduan dari beberpa orang Adun mengatakan dipujuk oleh Radzhi supaya berpindah kepada Umno dan akan dibayar dengan jumlah yang tinggi.

Dengan rekod yang dimiliki Radzhi, ternyata Umno tidak mudah menggunakan bekas Adun PKR itu sebagai peluru kempen memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat khasnya PKR gambira dengan tindakan bekas Adun mereka itu dari terus menjadi duri dalam dagung dan memburukkan imej parti dengan sikap dan rekod yang dimilikinya.

Ianya juga sekaligus menguntungkan Pakatan dengan memberikan kredit yang besar kepada imej bersih calon PAS di Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man yang dilihat calon terbaik untuk rakyat.

Semalam, Mohd Radzhi Salleh mengumumkan keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai Adun bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini dijangka menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memaklumkan permintaan PKR supaya Radzhi, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan exco.

Kedah mempunyai lima Adun dari PKR dan tiga daripadanya termasuk Mohd Radzhi dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.

PAS mempunyai 16 Adun dan tujuh daripadanya dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri. BN pula mempunyai 14 Adun, manakala DAP hanya mempunyai seorang Adun.

Dengan keputusan Radzhi, komposisi Adun dalam Dun Kedah adalah 21 Pakatan Rakyat, 14 BN dan satu bebas.

Umno-BN Edar Risalah Melalui Pos, Bina Panji Hina Pas

Tidak cukup mengedarkan risalah hasutan kepada para pengundi di Dun N11 Permatang Pasir, Umno-BN kini mula menggunakan kaedah baru menghantar risalah hasutan berkenaan menerusi pos.

Ketua Wakita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai perkara ini terutamanya untuk menilai kos menampung penghantaran risalah berkenaan.

“Kita cuma nak persoalkan sekiranya sekali pusingan yang dikirim setem, kalau 20,000 pengundi maknanya sekali hantar RM6000. Kalau 10 risalah yang ada berbeza kalau 10 kali pusingan bermakna RM60,000.

“Sekiranya kita masukan dalam penyata kira-kira seorang calon sudah tentu calon BN Rohaizat sudah menggunakan wang lebih daripada yang sepatut digunakan untuk berkempen oleh seseorang calon,” katanya.

Setiap sampul mengandungi satu risalah dan sesebuah rumah akan menerima beberapa sampul yang mengandungi risalah yang berbeza.

Zuraida berkata, apa yang lebih mengejutkan penemuan panji-panji yang memfitnah Pas.

“Ini memang tidak beretika langsung dan mengamalkan politik durjana. Jadi mereka perlu bertanggungjawab kalau hendak memperkatakan tentang keburukan parti atau calon mereka perlu ‘gentleman’ mengaku diri sendiri,”katanya.

Dalam sidang media berkenaan, Zuraida turut mendedahkan para pengundi di sini menerima khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.

Sehubungan itu, beliau menjemput seorang mangsa yang membuat pendedahan bahawa di kampungnya iaitu Kampung Pelet seramai 60 penduduk menerima sms berkenaan.

Mangsa, Zalizan Abdul Rahman berkata, beliau kecewa dengan sikap BN yang membuat tomahan memalui sms dan tidak beretika.

“Kita tidak puas hati dengan kiriman-kiriman sms yang dihantar kepada kita mengutarakan keburukkan-keburukkan kita yang berunsur fitnah,” katanya. Menurutnya satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara ini.

Seorang lagi mangsa Fauzi Darus berkata, dia telah menerima lebih enam sms berlainan dari nombor yang sama dan terbaru pada 6.18 petang semalam.

Sementara itu, pada sidang media yang sama Timbalan Ketua Wanita Keadilan Rodziah Ismail berkata isu yang dibangkitkan Umno-BN lebih kepada perkauman dan tidak langsung sama dengan saranan 1Malaysia yang dicanang Perdana Menteri.

Katanya, isu yang ditimbulkan juga dilihat bertujuan untuk memecah belahkan masyarakat khususnys di Permatang Pasir.

“Mereka begitu terdesak dan rasa tiada cara lain hanya dengan memecah belahkan, memfitnah, taktik-taktik kotor dan durjana yang sebenarnya pada saya adalah satu idea yang korup,” katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Umno-BN cuba membeli para pengundi sehingga sanggup memberikan wang palsu.

“Bagi saya pihak yang mengedarkan wang ini boleh dihukum di bawah ISA kerana mengeluarkan wang palsu kalau di lihat dari mata kasar seperti wang yang asli,”katanya.

Rodziah menggesa pihak berkuasa mengenalpasti dalang penyebaran wang palsu ini dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Katanya kes ini tidak boleh ditutup dan diminta diselesaikan sesegera yang mungkin.

“Jangan disebabkan Pakatan Rakyat yang membuat aduan kes ini ditutup. Kita mahu berlaku adil dan mahu tahu siapa di sebalik sms, duit dan poster yang menjelikan ini,” katanya.

Anwar dakwa Umno guna Radzhi tarik ADUN PKR lain



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno cuba menggunakan ADUN Lunas Mohd Radzhi Salleh - yang keluar PKR hari ini - untuk menarik beberapa ADUN PKR yang lain, menyeberang menyertai Umno.

"Percubaan Umno ialah buat tuduhan kepada ADUN Lunas, dan kemudian menggunakan beliau untuk mempengaruhi yang lain. Kita ada rekod, beberapa ADUN, dua tiga bulan lalu, mereka mengadu kepada saya, mereka cuba dipujuk oleh ADUN Lunas supaya berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi," katanya.

Anwar berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas selesai memberi tazkirah di satu majlis berbuka puasa bersama penduduk di Surau Said, Jalan Kampung Paya malam ini.

Menurut Anwar yang juga ketua pembangkang, Mohd Radzhi juga mempunyai beberapa masalah antaranya masalah displin, masalah kewangan dan hal-hal peribadi sehingga menerima teguran daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa bulan lalu, membangkitkan perkara ini untuk disiasat. Saya tidak tahu dalam keadaan sekarang, SPRM kata tak ada kes setelah beliau keluar parti.

"Ini digunakan untuk beliau terus berunding. Kita ada maklumat beberapa bulan lalu, beliau mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid (bekas menteri besar Kedah). Maka sebab itu saya bangkit di Parlimen tentang usaha untuk membeli wakil-wakil rakyat dan tidak dijawab oleh menteri," katanya.

Sehubungan itu, kata Anwar, majlis pimpinan negeri telah mengambil pendirian tegas dengan memberi amaran keras kepada Mohd Radzhi pada bulan lalu.

"Minggu lalu, majlis pimpinan negeri menggantung cabang Padang Serai termasuk ADUN Lunas kerana kes-kes yang berkaitan. Ini latar belakangnya.

"Sebab itu, YB Ahmad Kassim (pengerusi majlis pimpinan negeri) berkata sebaik-sebaiknya beliau meletakkan jawatan," kata Anwar.

Pagi tadi, Mohd Radzhi Salleh mengumumkan keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Bagaimanapun Anwar berkata menteri besar Kedah akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah esok untuk memaklumkan permintaan PKR supaya ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan exco.

Diminta mengulas pandangan bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahukan Radzhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas, Anwar berkata:

"Ya, itu yang kita minta sebab kes dia ini berlainan. Kes dia melibatkan kes displin, kes SPRM dan kes peribadi. Ini masalah yang berkait dengannya, kalau begitu rumit, bagaimana nak jadi wakil," kata Anwar.

Azizan Menghadap Sultan Kedah Berhubung Kedudukan Exco

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini untuk memaklumkan permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan Exco.
"Atas kuasa Tuanku untuk melantik dan juga menggugurkan manamana Exco. Saya akan sembahkan permintaan daripada PKR supaya dia digugurkan. Kerusi itu kekal kuota PKR kecuali PKR kata berilah pada sesiapa sahaja," kata Azizan.

Bercakap di satu sidang akhbar bersama Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim di Wisma Darul Aman, Azizan berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat tindakan Mohd Radzhi termasuk pilihan raya kecil.

Mohd Radzhi, yang dilantik memegang portfolio Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia selepas memenangi pilihan raya umum tahun lepas, mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil bebas hari ini atas alasan kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR.

Mohd Radzhi berkata dia tidak akan melepaskan jawatan Exco.

Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Radzhi bertindak keluar dari PKR setelah diberi amaran oleh Menteri Besar Kedah berikutan masalah disiplinnya disamping menghadapi dakwaan penyelewengan kewangan termasuk membuat tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Radzhi sebelum ini telah dinasihatkan supaya meletakkan jawatan kerana beliau mempunyai masalah disiplin serta masalah dengan isteri keempatnya.

Ketua Pembangkang juga menambah bekas Adun PKR bertindak demikian setelah dipancing oleh Umno untuk mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat lain supaya turut meninggalkan gagasan itu dengan imbuhan yang lumayan.

Radzhi juga dilaporkan telah beberapa kali mengadakan rundingan dengan bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid dalam cubaan UMNO Barisan Nasional membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar juga mendedahkan sebilangan adun sejak beberapa bulan lalu mengadu dipujuk Radzhi untuk lompat parti dengan tawaran yang lumayan.

Sunday, August 23, 2009

PKR Kedah: Radzhi harus digugur sebagai EXCO dan Adun Kedah

Kenyataan Akhbar

Pihak Parti Keadilan Rakyat menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti.

Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan beliau yang tidak munasabah, dan maslah perkahwinannya kali keempat di Thailand yang kini sedang dalam proses di makamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namun beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah di gantung oleh MPP dan diambil oleh pengurusan dan pentadbiranya oleh pimpinan negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan di adakan nanti. Keputusan ini di buat pada mesyuarat MPP 26 Julai yang lalu.

Sehubungan dengan itu kepimpinan PKR Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Dato Seri Ustaz Azizan Bin Abd Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon perkenan KDYMM Tuanku Sultan kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.

Sekian,

(YB HJ AHMAD BIN KASIM)
Pengerusi,
Majlis Pimpinan Negeri,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah Darul Aman