Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad meninggal dunia

Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelah dilaporkan tenat awal malam ini.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.

Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Dikenang kerana kehebatan sentuhan karyanya

Yasmin Ahmad, yang meninggal dunia malam tadi, akan dikenang kerana setiap sentuhan karyanya, baik dalam filem mahupun iklan, begitu sinonim dengan garapan yang penuh dengan elemen kasih sayang, cinta, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cukup bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk di negara ini.

Pengarah filem dan iklan terkenal itu, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara di sini kira-kira 11.25 malam selepas menjalani pembedahan Khamis lalu setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Dilahirkan di Bukit Treh, Muar, Johor pada 1 Julai 1958, Yasmin, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom, memenangi pelbagai anugerah di dalam negara dan di peringkat antarabangsa bagi karya-karya kreatifnya.

Isteri kepada Abdullah Tan Yew Leong itu memulakan kerjaya dalam industry pengiklanan sebagai penulis iklan di Ogilvy & Mather, sebelum menyertai firma Leo Burnett sebagai pengarah kreatif bersama pada tahun 1993 sehinggalah memegang jawatan sebagai pengarah kreatif eksekutif di Leo Burnett kini.

Kehebatan Yasmin dapat dilihat dalam banyak iklan komersial Petronas kerana mampu mencuit dan meruntun hati penonton dengan sentuhan karyanya, lapor Bernama.

Tidak keterlaluan sekiranya ramai yang akan merindui buah tangan pengarah kreatif itu terutamanya untuk iklan-iklan menjelang sambutan Hari Raya Aidlfitri September ini.

Sering dipuji sebagai pengarah iklan, nama Yasmin bagaimanapun cukup kontroversi di arena pefileman tanah air berdasarkan keterbukaan dan keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan.

Anugerah Filem terbaik

Malah tidak sah jika filem nukilan Yasmin tidak dikritik kerana sejak filem pertamanya Rabun pada 2003, filem-filem lain arahan Yasmin iaitu Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009), turut menerima nasib sama.

Bagaimanapun, di sebalik kritikan, masih ada yang menilai filem-filem Yasmin dari sudut berbeza sehingga beberapa filem beliau termasuk Sepet diangkat untuk memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem
Malaysia 2005.

Filem Sepet juga memenangi anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo pada 2005 dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil pada 2005.

Filem Gubra pula memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik diPesta Filem Malaysia 2006.

Filem Muhsin mencatat kejayaan dengan mengungguli Generasi kplus - Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Berlin selain diangkat sebagai Filem Asean Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007.

Filem Muallaf pula memenangi Anugerah Filem Asia - Sebutan Khas di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo 2008.

Selain memenangi anugerah antarabangsa, filem arahan Yasmin banyak menerima pujian dan kritikan daripada masyarakat serta mendapat liputan media tempatan dan luar negara yang meluas.

Filem-filem Yasmin juga mendapat pengiktirafan dari negara luar apabila ditayangkan di Berlin, San Francisco, Singapura dan di Festival Filem Cannes yang memberi peluang kepada Yasmin untuk terus menghasilkan filem yang dikatakan mempunyai identiti tersendiri.

Pemuda Pakatan Dan GMI Tetap Adakan Himpunan 1 Ogos

Pemuda Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian akan mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan aspirasi rakyat supaya kerajaan Barisan Nasional memansuhkan akta zalim ISA.

Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, meminta orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan 1 Ogos ini berpakaian hitam atau merah dan bukanya putih.

Pakaian putih kata beliau hanya akan digunakan oleh golongan pro ISA yang mengelar diri mereka Pewaris yang turut akan mengadakan perhimpunan pada hari yang sama tetapi bertujuan meminta kerajaan BN mengekalkan akta itu.

Menurut Syed Ibrahim, GMI tidak akan meminta permit Polis kerana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan rakyat berhak berhimpun secara aman.

"Berhubungan dengan perhimpunan kitam kita tegaskan semula berhimpun ditiga tempat iaitu di Sogo, Masjid Jamek dan Masjid negara dan kita akan menyerahkan deklarasi rakyat kepada Istana Negara. Kita serius dalam menyampaikan deklarasi ini dan kita telahpun membuat temujanji dengan Istana Negara dan kita telah menyerahkan surat temu janji baru-baru ini.

Sementara itu pemimpin PAS,Salahuddin Ayub berkata, beliau berharap Perdana Menteri Najib Razak memansuhkan akta zalim berkenaan sebagai menunjukkan beliau komited dengan laungan 1 Malaysia rakyat diutamakan.

"Saya nak sebut pada petang ini ialah Perdana Menteri Najib Razak komited dengan slogan 1 Malaysia dan rakyat diutamakan saya tegaskan bahawa masanya Najib mengambil keputusan memansuhkan terus akta yang zalim ini.

"Apa yang GMI telah rancang ini adalah tindakan mengatasi politik tidak ada kena mengena dengan parti politik, tiada kepentingan mana-mana pihak. Apa yang kita buat pada 1 Ogos ini ialah untuk kepentingan dan masa depan generasi Malaysia," katanya.

Ketua Penerangai PKR Tian Chua berkata, selagi ISA tidak dimansuhkan, apa juga isu yang dibangkitkan rakyat akan ditutup oleh kerajaan dengan cara menggunakan akta berkenaan.

Katanya, Najib perlu mengambil keputusan memansuhkan akta ini kerana banyak parti komponen BN telah menyuarakan hasrat supaya akta berkenaan dimansuhkan.

"Banyak isu-isu yang berlaku kebelakangan ini ada kaitan dengan kuasa yang dipegang oleh kerajaan menggunakan ISa, satu akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara terhadap sesiapa. Pa pun isu masyarakat yang kita bangkitkan akan ditutup kerana kerajaan mempunyai kuasa ISA.

"Bekas Perdana Menteri setuju bahawa ISA patut dimansuhkan dan ada banyak lagi parti komponen Barisan Nasional telah menyatakan perkara yang sama termasuk MCA, PPP, Gerakan kita juga mengharap ini bukan perhimpunan yang dihadiri oleh NGO dan rakyat tetapi anggota Barisan Nasional juga dimobilisasikan menyertai perhimpunan aman ini," katanya.

Sementara itu, wakil DAP Ronnie Liu berkata, perhimpunan aman berkenaan merupakan cara rakyat membantu kerajaan untuk membuat keputusan sama ada untuk mengkaji semula atau memansuhkan akta berkenaan.

Perhimpunan berkenaan diadakan bagi menghantar deklarasi kepada Istana Negara untuk memansuhkan ISA, membebaskan tahanan ISA dan menutup Kem Tahanan Kemunting turut disertai oleh Pemuda Gerakan.

Teoh: Pemuda Pakatan mahu siasatan menyeluruh


Pemuda Pakatan Rakyat mahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) campurtangan untuk mendesak kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kematian Teoh Beng Hock Khamis lalu.

Kata mereka, ia termasuk persoalan siapakah pembunuhnya, bagaimana dia dibunuh dan kenapa dia dibunuh.

Teoh ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disoal siasat - sebagai saksi - berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.

Desakan itu terkandung dalam memorandum yang dihantar kepada Suhakam petang tadi. Ia ditandatangani oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Loke Siew Fook.

Hadir sama ialah Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof, Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad dan Naib Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Memorandum diterima oleh Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Abdul Monir Yaacob dan Datuk Siva Subramaniam di pejabat suruhanjaya itu petang ini.

Nasruddin kemudiannya membaca kandungan memorandum tersebut kepada pihak media.

Anggota mesti berintegriti

Dalam memorandum tersebut, Pemuda Pakatan berkata, langkah tersebut perlu disegerakan di samping menilai cara penyiasatan SPRM serta isu-isu lain yang berbangkit seperti dakwaan beberapa individu yang mereka dicederakan oleh anggota polis ketika berdemontrasi di Plaza Masalam Jumaat lalu.

Di samping itu, mereka juga mahu anggota suruhanjaya diraja itu dianggotai mereka yang berintegriti dan tidak pernah terlibat dengan apa-apa skandal.

"Pemilihan anggota dari kalangan NGO dan parti pembangkang juga penting bagi menjamin suruhanjaya tersebut tidak dipersoal dan memenuhi kehendak masyarakat seluruhnya.

"Pelantikan anggota yang berintegriti akan dapat mencapai objektif penubuhan suruhanjaya diraja itu bagi menyiasat kematian penuh misteri Teoh," kata memorandum itu.

Pemuda Pakatan Rakyat juga menegaskan keputusan kerajaan menghadkan peranan suruhanjaya diraja menunjukkan kerajaan tidak telus dalam menyelesaikan misteri kematian Teoh.

Sebaliknya, katanya, suruhanjaya itu perlu mempunyai peranan yang lebih besar dan tidak dihad dengan tugas-tugas tertentu sahaja.

Menurut memorandum itu lagi, Suhakam perlu mengambil tindakan tepat untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat, bukan sahaja kepada SPRM tetapi juga institusi penguatkuasa kerajaan secara keseluruhanya.

Sebelum itu, sekumpulan kecil pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat berarak daripada Masjid Jamek - selepas solat Jumaat - menuju ke pejabat Suhakam untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Perarakan kecil

Mereka dipantau dua pegawai polis yang mengekori mereka manakala lapan lagi anggota polis menaiki kenderaan pacuan empat roda, bergerak perlahan-lahan di belakang mereka.

Mengulas mengenai memorandum itu, Siva Subramaniam berkata pihaknya menganggap kematian Teoh sebagai satu insiden yang tidak sepatutnya berlaku kerana mendiang dalam siasatan.

"Menjaga nyawa adalah hak asasi manusia. Suhakam telah mengeluarkan kenyataan - di mana kita melahirkan rasa terkejut dengan kematian Teoh - malangnya akhbar tempatan memilih untuk tidak menyiarkannya," katanya.

Bagaimanapun, Siva berkata, pihaknya menganggap keputusan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja sebagai satu langkah yang bijak untuk memberi jawapan kepada kematian Teoh.

"Prosedur tetap SPRM adalah sejajar dengan hak asasi manusia. Dalam insiden ini bukan sahaja mendiang Teoh terlibat, ada orang lain juga yang terlibat.

"Tetapi kita lihat bahawa banyak NGO serta Pemuda PAS, AMK dan Pemuda DAP, meminta supaya terma suruhanjaya itu ditambah, supaya menyiasat punca kematian, kenapa kematian itu berlaku dan jika ada salahguna kuasa, oleh pihak-pihak mana," katanya.

Sehubungan itu, Siva berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan 17 pesuruhjaya Suhakam yang lain bagi menimbangkan permintaan tersebut.

Saturday, July 25, 2009

Tokoh MIC SS Subramanian Sertai Keadilan, 10 Cawangan MIC Ditutup.

Bekas Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam hari ini menjadi tokoh terbaru menyertai Parti Keadilan Rakyat, seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng menyertai parti itu, sekali gus mencerminkan Keadilan sebagai parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasanPakatan Rakyat.

Turut menyertai PKR hari ini adik Subramaniam, Sitaram, bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke Keadilan memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup.

Subramaniam, anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR. Selain pernah menjadi Naib Presiden MIC dan pernah bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu. Subramaniam juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat.

Kemasukan Subramaniam dan bekas ahli MIC secara beramai-ramai ke Keadilan mencerminkan rasa tidak puas hati kaum India yang semakin memuncak terhadap MIC dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang membelit kaum India seperti kemiskinan, peluang melanjutkan pelajaran, penganggkuran dan kes jenayah.

Ia juga menunjukkan Keadilan semakin didokong oleh kaum India sebagai parti pelbagai kaum yang mampu memperjuangkan nasib mereka sebaris dengan kaum lain yang memerlukan pembelaan.

Subramaniam berkata beliau tertarik dengan politik merentasi perkauman yang di bawa oleh Keadilan dan mengambil keputusan menyertai parti itu walauun di kecam hebat oleh Presiden MIC Samy Vellu.

"Sekarang saya telah memberanikan diri untuk masuk PKR walaupun saya tahu saya dihentam oleh Samy Vellu," kata Subramaniam, disambut tepukuan gemuruh oleh lebih 1,000 orang di Dewan Orang Ramai, Taman Medan Petaling Jaya.

"Saya lihat dasar-dasar Barisan Nasional yang ada sekarang ini telah membawa negara ke belakang 20 tahun. "Dasar-dasar ini meminggirkan sebilangan besar rakyat dan hanya memberi tempat kepada orang tertentu sahaja," kata Subramaniam. "Kita mahu membina sebuah negara maju yang rakyatnya hidup makmur dan bersatu padu," tambah beliau. "Saya yakin dasa-dasar Keadilan akan membawa kita ke arah itu."

Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Keadilan komited untuk menghapuskan politik Umno-Barisan Nasional yang hanya memperkayakan segelintir ahli keluarga dan penyokong mereka.

Menurut beliau usaha mesti dibuat untuk melindungi segenap lapisan rakyat supaya tidak berlaku lagi kematian seperti kes A. Kugan dan yang terbaru Teoh Beng Hock.

"Kita mahu Malaysia ini selamat untuk semua, jaga semua rakyat. Ini bukan politik kaum. Yang penting yang mesti kita jaga hormat semua kaum," kata Anwar.

Anwar juga Suruhanjaya DiRaja harus menyiasat siapa yang mendalangi kematian Beng Hock dan bukan dibataskan kepada aspek-aspek prosedur SPRM sahaja.

"Rakyat mahu tahu siapa yang buat..siapa Teoh mati, bukan setakat sama ada soal-soal teknikal, prosedur diikuti. Jangan fikir rakyat bodoh," tambah Anwar.

Anwar berkata kerajaan juga harus menjalankan siasatan terperinchi ke atas Kugan dan bukan cuba menafikan bahawa beliau mangsa kekejaman polis.

Anwar turut mengupas program-program kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan sebelum ini Perak untuk membela rakyat miskin tanpa mengira kaum.

"Kita baru memerintah setahun setengah, tetapi kita telah jalankan macam-macam, seperti tabung untuk kelahiran baru dan sebagainya... dan kita berjanji untuk membuat lebih banyak lagi," kata Anwar.

Beliau berkata pihak yang bingkas mengkritik gagasan pembangkang itu pura-pura enggan mengakui sebahagian besar masalah rakyat berpunca daripada pemerintahan lebih 50 tahun Barisan Nasional.

"Kita baru memerintah di empat, lima negeri untuk setahun setengah dan telah pun menjalankan macam-macam program," kata Anwar.

"Kita mahu pemerintahan yang adil yang memperjuangkan semua kaum dan mendokong pemerintahan bersandarkan undang-undang atau rule of law," tambah Anwar.

Friday, July 24, 2009

Amaran Ibrahim Ali: Huru-hara pada himpunan anti-ISA

Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali memberi amaran "huru-hara' mungkin berlaku jika kumpulan pimpinannya yang menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri terus mengadakan tunjuk perasaan pada 1 ogos_hari sama dengan perarakan anjuran kumpulan yang mahu undang-undang zalim itu dimansuhkan.

Walaupun akur risiko itu wujud, Datuk Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dilaporkan tetap bertekad meneruskan tunjuk perasaan itu selagi polis tidak menghalang perarakan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA.

Perarakan oleh GMI itu akan disertai pemimpin parti pembangkang seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim.

Pewaris bersama 10 NGO Melayu menamakan perhimpunan mereka sebagai "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu - mesej yang mirip kepada slogan-slogan yang dicanangkan oleh Umno untuk meraih simpati dan sokongan orang Melayu.

Ibrahim, bekas ketua bahagian UMNO, tidak menjelaskan bagaimana pengekalan Akta Keselamatan Dalam Negeri boleh menjamin hak keistimewaan orang Melayu atau memantapkan konsep 1Malaysia tajaan Najib Razak.

Ibrahim berkata jika kumpulan penentang akta itu meneruskan Himpunan MANSUH ke Istana Negara, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.

"Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," kata beliau.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Wednesday, July 22, 2009

Chua menyampaikan ceramah pertama selapas masuk PKR

Bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng semalam menyampaikan ceramah pertamanya selepas keluar dari MCA di depan ratusan penyokong Parti Pakatan Rakyat (PKR) di Kuala Selangor.

Chua berkata keputusan meinggalkan parti berkenaan adalah satu tindakan yang tepat setelah melihat pelbagai propaganda yang dicetuskan oleh Barisan Nasional.

Katanya tempoh bersama BN selama 30 tahun banyak memberi pengalaman yang telah membuka mata beliau untuk berhijrah dari parti itu dan berhasrat untuk membawa pengharapan baru kepada pentadbiran negara dengan menyertai PKR.

“ Terdapat banyak sebab kenapa saya meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Sudah 30 tahun saya dalam MCA, menjadi anggota pentadbir termasuk memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan selama Sembilan tahun. Pada hujung hayat ini baru nak masuk parti pembangkang setelah saya melihat peristiwa yang berlaku di sini, pertamanya bermula dari isu Perak di mana BN telah merampas kuasa.

“Terdapat satu media bertanyakan pendapat saya mengenai isu tersbut dan saya telah mencadang perlu adakan pilihan raya di Perak, tapi BN tidak setuju.

“Institut Persekutuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), MACC dan lain-lain ini tugas sebenar adalah untuk menjaga hak rakyat Malaysia, tapi sebaliknya digunakan untuk mengancam rakyat kita. Ini merupakan hal kedua kenapa saya masuk ke PKR.

“Hal ketiga adalah bagaimana BN nak buat dakwaan terhadap pemimpin PKR dengan membawa ke mahkamah secara selektif. Ini adalah satu cara untuk mendikriminasikan tokoh politik kita di pihak PKR.

“Kes sodomi Datuk Anwar juga memperlihatkan BN sengaja mewujdkan propaganda. Parti MCA bukan sebahagian daripada konspirasi itu tapi dating satu parti iaitu UMNO yang telah menghumbankan beliau ke penjara selama enam tahun, kasihan kepada Datin Azizah dan juga anak-anak yang masih bersekolah. Setelah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, sekarang timbul pula sodomi yang kedua,”katanya.

Chua yang juga Bekas menteri kesihatan ,turut melahirkan rasa bangga apabila 323 ahli MCA cawangan Sungai Besar di bawah kepimpinan Lim dan Goh, akan mengikut langkah beliau menyertai PKR.

Menurut Chua penyertaan itu sedikit sebanyak mampu mengukuhkan parti PKR di kawasan berkenaan dan mengharapkan agar ahli MCA kawasan lain akan turut mengikut langkah tersebut.

“Jika nak satu kerajaan yang adil terhadap Negara yang terdiri daripada berbilang kaumkita semua mankan peranan, kita perlu bekerja kuat untuk dirikan bendera PKR di Malaysia.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kemasukan Datuk Chua dan ahli MCA lain ke PKR , adalah berpunca daripada hilangnya kepercayaan mereka terhadap kerajaan BN.

Beliau dalam ceramahnya berkata, konspirasi BN itu telah menjadikan pemerintahan negara seperti zaman gila dan kacau bilau apabila yang salah dibela dan yang dibenar dihukum.

“Setelah pengalaman dalam kerajaan dilhat kacau bilau dan haru biru, keadaan sekarang tidak ada pilihan maka mengambil keputusan segera untuk membawa perubahan kepada Negara tercinta.

“Dengan semangat itu telah membawa anak-anak muda MCA Taman Ria dan Taman Desa yang turut sama, kerana tahu bahawa BN dan UMNO di zaman kacau bilau dan tidak ikut amanah, rosak akhlak, pemimpin rasuah dan salah guna kuasa . Sama seperti pemerintahan di zaman gila.

“Zaman gila ini apabila orang rasuah dianggap baik, orang zalim diangkat, orang yang nak menegakkan keadilan di humban ke penjara, orang yang nak perbetulkan keadaan di lempar jatuh mati,”katanya

Sementara itu kepimpinan MCA Kuala Selangor Goh The Seng dan Lim Chee Ho melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusan menyertai PKR kerana yakin parti tersebut mampu untutk membawa harapan baru kepada kawasan itu.

“Rasa gembira kerana akhirnya kita sedar di mana jalan ekspresi yang sepatutnya kita pilih menggalakkan ahli-ahli poltik kita dalam membantu rakyat.

Beliau berkata harapan utama adalah untuk mengatasi masalah rakyat setempat terutamanya yang berkenaan dengan majls daerah selepas itu peringkat negeri dan nasional.

“sudah hampir empat tahun dalam MCA tapi pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana mendapat tekanan daripada orang atasan, sekarang hanya bergantung kepada ahli-ahli untukmenwujudkan kekuatan.

“Tiada apa yang luar biasa, ada harapan yang lebih cerah untuk penduduk setempat di sini.Saya ambil sebagai contoh langkah yang tela di sebut oleh Datuk Chua,” katanya

Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Kematian Teoh


Kabinet hari ini akur pada tekanan rakyat dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock, hanya selepas tujuh hari mangsa ditemui terdampar di bumbung bersebelahan ibupejabat SPRM Selangor.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata suruhanjaya ini dipertanggungjawabkan untuk menyiasat prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan menentukan apakah hak asasi mangsa telah dicabul SPRM.

Namun begitu Najib tidak memberitahu apakah suruhanjaya ini juga akan menyiasat apakah Teoh mangsa kepada serangan sistematik Umno-BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, seperti yang didakwa oleh gagasan pembangkang dan badan lain.

Teoh ditemui mati dipercayai terjatuh dari Tingkat 14 Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam Shah Alam 16 Julai lalu. Teoh dipanggil sebagai saksi dalam satu operasi besar-besaran terhadap kerajaan Selangor namun ditemui mati selepas disoal-siasat tanpa henti selama 10 jam.

Najib berkata sebuah siasatan yang dipengerusikan oleh seorang majistret akan mula bersidang minggu hadapan bagi menyiasat kematian Teoh.

Keputusan siasatan polis keatas kematian Teoh juga akan diumumkan kepada orang awam.

Razaleigh: SPRM Harus Disiasat Hingga Ke Lubang Cacing

Kerana bimbangkan kematian Teoh Beng Hock adalah petanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bertukar penyangak, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah berkata siasatan "sehingga ke lubang cacing" harus dijalankan bagi mencari motif dan punca kematian mangsa.

Razaleigh berkata rakyat Malaysia tidak lagi berasa selamat sekiranya seorang saksi yang dipanggil membantu siasatan ditemui mati dibawah pengawasan pihak berkuasa.

"Kejadian ini amat buruk untuk negara. 50 tahun kita merdeka, perlukan orang yang dipanggil untuk disiasat keluar dalam keranda," katanya.

Razaleigh berkata penubuhan Suruhanjaya Diraja Siasatan keatas kematian Teoh Beng Hock tiada ada gunanya sekiranya kerajaan tidak melaksanakan saranan-saranan suruhanjaya terbabit, sepertimana yang dapat dilihat dari siasatan keatas kes V.K Lingam dan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Razaleigh berkata meminggirkan saranan Suruhanjaya Diraja adalah seperti "menghina Yang Di-Pertuan Agong".

Pemimpin veteran itu menambah SPRM memburu kesalahan-kesalahan kecil tetapi tidak mempedulikan kes-kes besar dan berkata SPRM perlu diteliti semula.

"Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? Bagi seorang saksi, siapa yang akan beri bukti berkenaan perbelanjaan RM2,400 sedangkan ada orang dengan jutaan wang ringgit terus melata dengan bebas dan tidak dipanggil untuk disiasat," tegas beliau.

Mangsa Keganasan Polis Buat Aduan Suhakam


Adun Rawang Gan Pei Nei dan tiga pembantu khas kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikasari polis dalam perhimpunan aman Jumaat lalu memfailkan aduan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Mereka turut menyerahkan memorandum mengutuk keganasan polis dalam meleraikan perhimpunan tersebut yang menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab keatas kematian Teoh Beng Hock.

Dalam pertembungan antara aparatus kerajaan dan orang awam Jumaat lalu, Gan Pei Nei cedera di kepala manakala pembantu kepada Adun Bukit Lanjan, Loo Chuan Boon, yang diseret sejauh 30 meter oleh polis. Manakala pembantu kepada Adun Klang, Sarah Vanitha Devaraj dan Ng Yap Hwa turut dikasari polis.Turut ditahan adalah Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam dan Exco Selangor Xavier Jeyakumar.

Memorandum kepada Suhakam itu menuntut supaya satu inkuiri dijalankan keatas insiden keganasan polis serta pencabulan pihak berkuasa keatas Fasal 10 Perlembagaan yang membenarkan perhimpunan secara aman.

Menerima memorandum tersebut bagi pihak Suhakam adalah Persuruhjaya Siva Subramaniam.

Dalam aduan kepada Suhakam, memorandum berkata arahan meleraikan perhimpunan adalah dari Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar.

"Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar memberi arahan supaya perhimpunan dileraikan. Kira-kira 20 anggota polis berpakaian biasa, berseragam dan unti anti-rusuhan menyerbu kearah orang awam dan menahan beberapa orang termasuk wakil rakyat dan pembantu-pembantu mereka," menurut memorandum.

"Gan ditarik keluar secara kasar oleh lelaki-lelaki yang tidak berseragam. Ketika orang-ramai cuba menyelamatkan beliau, polis berpakaian preman tekan Gan ke lantai lalu kepala Gan terhantuk. Polis lelaki menggunakan kekasaran melampau terhadap seorang perempuan, yang juga satu kesalahan seksual terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri," tambah memorandum itu lagi.

Rakaman kejadian dan gambar kekasaran polis ditunjukkan kepada Siva Subramaniam sebagai bukti keganasan hari itu. Pengadu juga menuntut Suhakam supaya memantau mana-mana perhimpunan aman dan menjadi perantara antara orang awam dan polis sekiranya kerajaan terus mencabul hak untuk berhimpun secara aman.

"Loo dipukul berulang-kali oleh polis lalu terjatuh ke lantai. Seorang anggota memijak pergelangan tangan, dikasari dan digaru. Loo diheret sejauh 30 meter sehingga beliau jatuh pengsan," menurut memorandum itu.

Siva Subramaniam mendengar dengan teliti butiran kejadian dari pengadu sepanjang sesi aduan. Sebelum sesi berakhir, Siva memberi jaminan pihaknya akan menyoal pihak polis berkenaan kekasaran ini.

"Suhakam memandang serius kejadian ini, dan kita berulang-kali menegaskan bahawa hak untuk berhimpun secara aman harus dihormati dan semua undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan untuk berhimpun harus dimansuhkan segera," tegas Siva menjawab aduan mereka.

"Kami akan meminta butiran lanjut dari pihak berkuasa. Saya memberi jaminan bahawa hak warganegara yang termaktub dibawah Perlembagaan Persekutuan akan dikuatkuasakan," tegas Siva.

Salinan memorandum dihantarkan juga kepada Jawantakuasa Penyelaras Antarabangsa Keatas Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (ICC), Amnesty International Malaysia (AI Malaysia) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Chua Jui Meng sertai PKR, TOLAK PERKAUMAN, PERTAHAN PAKATAN RAKYAT

Bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat dengan penegasan bahawa masa depan negara bakal dibentuk oleh parti-parti seperti KEADILAN yang membela semua bangsa dan bukan lagi oleh parti-parti perkauman dalam Barisan Nasional.

Beliau juga berkata keputusannya didorong oleh keinginan mempertahankan Pakatan Rakyat daripada asakan BN yang memperalatkan institusi-institusi awam seperti polis dan SPRM serta media bagi memusnahkan sistem dwi-parti negara yang semakin diterima oleh rakyat.

"Hari ini saya menyertai sebuah parti pelbagai kaum. Inilah parti untuk memacu negara melangkah ke depan," kata Chua kepada hampir 2,000 orang pada satu forum di Bandar Sunway Sabtu lalu. Turut hadir ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebagai seorang Cina yang berpengalaman luas dalam parti satu kaum, saya boleh nyatakan dengan penuh keyakinan, parti sedemikian hanya akan berpusing pada takuk sama dan pusingan itu semakin kecil dengan peredaran masa.

Tidak ada masa depan lagi untuk kaum China dalam parti satu kaum. Kita harus berdiri sebarisan dengan kaum Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain untuk membawa pembaharuan di negara ini," kata Chua disambut tepukan gemuruh dan laungan reformasi.

Chua berkata beliau sedar keputusannya menganggotai PKR akan mendedahkannya kepada pelbagai dugaan, "namun saya yakin saya berada di pihak yang benar dengan membuat keputusan ini."

Beliau menyertai KEADILAN setelah hampir tiga dekad besama MCA dan menjadi Ahli Parlimen untuk lima penggal dan Menteri Kesihatan selama 10 tahun.

Tokoh veteran ini menyertai Pakatan Rakyat ketika pemimpin-pemimpin gagasan itu ditekan hebat dengan siasatan berpilih polis dan SPRM, pendakwaan atas bukti rekacipta oleh Peguam Negara dan rampasan kuasa di Perak serta cubaan terbaru menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor.

Chua melihat semua ini sebagai agenda BN untuk melumpuhkan sistem dwi-parti yang memberi pengundi peluang menolak politik rasuah BN kerana wujudnya Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif yang berwibawa.

Menurut Chua "Sistem dwi-parti menjadi cabaran dan ancaman besar kepada penguasa di negara ini khasnya Umno. Oleh kerana itu sistem ini mahu dihapuskan. Mesti ada dua barisan di negara kita," kata Chua.

Chua berkata sistem dwi-parti adalah cara terbaik memastikan wujudnya mekanisme timbangtara supaya tidak ada salah-guna kuasa oleh mana-mana pihak dalam sebuah demokrasi.

"Oleh itu apabila saya melihat ada ancaman dan serangan luar terhadap Pakatan Rakyat saya merasa saya perlu membantu. Sistem dwi parti adalah sangat mustahak bagi rakyat jelata, tidak kira apa bangsa tetapi sekarang sistem dua parti dicabar. "Saya berharap semua rakyat malaysia yang cinta kepada keadilan perlu bantu Pakatan Rakyat pada masa genting ini."

Chua berkata PRU ke-12 memperlihatkan kesungguhan rakyat Malaysia untuk membuat perubahan sejati apabila memberikan Pakatan Rakyat 52 peratus daripada jumlah undi di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang dan menegakkan keadilan serta membebaskan institusi awam daripada cengkaman Umno-BN.

Turut menyertai KEADILAN bersama beliau ialah bekas senator, Datuk David Yeoh Eng Hock dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Yap Yit Thong.

Tuesday, July 21, 2009

MOTIF LEBIH PENTING DARI PUNCA KEMATIAN BENG HOCK


Esok Perdana Menteri Najib Razak dijangka tunduk kepada desakan keluarga Teoh Beng Hock, rakyat dan Pakatan Rakyat supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian mendiang.

Najib arif dalam percaturan politik dan tentunya tidak mahu menanggung risiko untuk melengahkan penubuhan suruhanjaya sebegitu yang amat diharapkan oleh semua pihak.

Menyedari denyut nadi rakyat, parti-parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC tidak lagi menunggu isyarat dari Umno dan terus menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja. Berlatarbelakangkan sedemikian, maka Najib dijangka mengumumkan penubuhan Suruhanjaya berkenaan esok selepas mesyuarat Kabinet, hampir seminggu selepas Beng Hock mati.

Banyak pihak akan mempertikaikan kenapa Umno-BN mengambil seminggu untuk menubuhkan badan itu, jika benar-benar prihatin mengenai isu berkenaan dan mahu menegakkan keadilan. Namun isu itu menjadi akademik sekarang.

Yang lebih penting ketika ini ialah memastikan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja yang benar-benar berwibawa untuk menyiasat, bukan sahaja punca kematian Beng Hock, tetapi sama ada beliau mangsa konspirasi jahat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Najib harus memberikan ruang yang luas kepada Suruhanjaya berkenaan untuk menegakkan dan memastikan keadilan dicapai dalam erti kata sebenar.

Kematian Beng Hock tidak boleh dihadkan kepada apa yang berlaku antara petang 15 JUlai dan tengah hari 16 Julai di pejabat Suruhananjaya Pencegahan Rasuah SPRM di Shah Alam.

Ia harus menjurus kepada motif SPRM sendiri untuk membina pertuduhan-pertuduhan terhadap wakil rakyat dan EXCO Pakatan Rakyat di Selangor.

Beng Huat umpamanya disiasat bersabit penggunaan dana RM2,400 oleh seorang EXcO Pakatan. Seorang lagi saksi diugut dan dicaci oleh SPRM untuk memberi keterangan palsu bersabit siasatan yang sama.

Beberapa EXco lagi disiasat berhubung dengan peruntukan yang diberikan oleh mereka kepada surau, masjid dan persatuan penduduk setempat. Menteri Besar Selangor sendiri menghadapi risiko pertuduhan kerana sumbangan daging korban kepada masjid dan surau.

Natijah kepada segala siasatan ini berakhir dengan kematian tragik Beng Hock di perkarangan SPRM Selangor pada hari beliau sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang mengandung dua bulan. Ibu bapa kehilangan tempat berpaut, tunang menjadi janda sebelum berkahwin, dan, belumpun lahir, seorang anak telah menjadi yatim.

Namun yang lebih tragik lagi ialah, jika benar Beng Hock menjadi mangsa konspirasi jahat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Media alternatif dan alam siber telah melapor secara meluas bagaimana SPRM bingkas membuka fail siasatan terhadap wakil rakyat Pakatan tetapi menutup kedua-dua mata terhadap penyelewengan oleh wakil-wakil Barisan Nasional. Tidak perlu diulangi di sini, kes-kes membabitkan Khir Toyo, skandal PKFZ,

Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara Musa Hassan yang tidak cukup "besar" untuk menambat perhatian SPRM.

Bagaimanapun yang perlu ditegur ialah, keengganan pemimpin-pemimpin "berwibawa" seperti Najib dan Muhyiddin Yassin untuk memberi jawapan terhadap isu ini walaupun ia menjadi perkara pokok kepada kredibiliti SPRM itu sendiri.

Sebaliknya mereka cuba mengabui mata rakyat dengan menuduh pembangkang cuba mempolitikkan kematian Beng Hock dan oleh itu kritikan terhadap SPRM adalah tidak adil.

Atas sebab ini, adalah penting untuk memberi Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang bakal ditubuhkan, ruang dan kuasa yang secukupnya untuk melakukan siasatan menyeluruh membabitkan SPRM. Bukan menghadkannya kepada bagaimana Beng Hock dijumpai mati di perkarangan SPRM.

Ini kerana kematian pemuda ini melibatkan isu-isu yang jauh lebih besar, yang mempersoalkan kewibawaan insitutisi-institusi awam negara kita dan dibayangi dakwaan pimpinan tertinggi agensi-agensi ini menjadi alat Umno-BN untuk menekan pembangkang.

Tidak ada guna jika Suruhanjaya yang ditubuhkan berkesudahan dengan apa yang berlaku kepada Suruhanjaya Diraja menyiasat pita rakaman V.K. Lingam pada tahun lalu.

Suruhanjaya itu merumuskan bahawa Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, bekas Ketua Hakim Eusoff Chin dan Ahmad Fairuz, Lingam dan bekas Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dan usahawan Vincent Tan harus disiasat atas peranan mencurigakan mereka dalam pelantikan hakim-hakim negara ini.

Sebagaimana yang kita maklum, tidak ada seorang daripada mereka dikenakan sebarang tindakan atau disoal siasat oleh polis atau SPRM sehingga hari ini.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock dengan sendirinya bukan penawar mujarab kepada kemarahan rakyat dan jawapan kepada persoalan utama - adakah Beng Hock mangsa konspirasi BN-SPRM untuk menjatuhkan sebuah kerajaan negeri.

Sebuah Suruhanjaya DiRaja hanya berkesan jika Najib dan kabinetnya memberikan ruang untuk badan itu mendedahkan kebenaran dan diberikan kuasa untuk memastikan dalang di sebalik kematian Beng Huat dibawa ke muka pengadilan.

Rakyat memerhatikan siapa bakal dipilih oleh Najib untuk menganggotai Suruhanjaya itu dan terma rujukan dan bidang kuasa yang diberikan kepada badan itu melakukan siasatan bagi menentukan keadilan untuk Teoh Beng Hock.

Siasatan Kematian Teoh 60 Peratus Selesai



Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) mengesahkan Setiausaha Politik Teoh Beng Hock memasuki Plaza Masalam yang menempatkan ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tetapi tiada rakaman yang menunjukkan mangsa keluar dari bangunan itu.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Persuruhjaya Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengaitkan siri-siri kejadian yang membawa kepada kematian Teoh.

Mangsa dipanggil sebagai saksi pada 15 Julai lalu dalam operasi besar-besaran SPRM terhadap Adun-adun Pakatan Rakyat yang menyumbang sistem audio kepada surau atau bendera Malaysia untuk sambutan Hari Merdeka nanti. Teoh ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM selepas disoalsiasat semalaman.

SPRM berkata Teoh dibebaskan pada jam 3.45 pagi pada 16 Julai. Seorang petugas Plaza Masalam ditemui mati pada 1.30 petang.

"Kita sedang membandingkan laporan bedah siasat; kita dapati bahawa tempoh kematian adalah empat hingga lima jam sebelum mayatnya ditemui," kata Khalid.

Setakat ini, 23 orang termasuk pegawai-pegawai SPRM telah dipanggil membantu siasatan polis. Majikan mangsa, Ean Yong Hian Wah dan peguam mangsa, M Manoharan juga dipanggil untuk diambil keterangan.

Selain dari rakaman CCTV, polis juga merampas komputer dan dokumen SPRM. Bingkai tingkap di tingkat 14 juga dirampas untuk di siasat. Telefon bimbit Teoh juga dirampas dan dipercayai digunakan untuk mengesan panggilan terakhir yang dibuat Teoh sebelum kematian.


Ketua Polis Negara Musa Hassan berkata siasatan keatas kematian Teoh sudah 60 peratus selasai.

Kes liwat: Anwar dakwa afidavit 'palsu'

Pergelutan perundangan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terus berlanjutan - kali ini bukan di mahkamah tetapi di balai Damansara Utama, Petaling Jaya.

Penasihat PKR membuat dua aduan polis berhubung "kenyataan- kenyataan palsu" yang terdapat dalam afidavit pihak pendakwaan berhubung kes liwat terhadapnya dan juga tiada tindakan konkrit berhubung aduannya terhadap peguam negara dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kenyataan tersebut berhubung siasatan terhadap Abdul Gani yang dituduh oleh mantan timbalan perdana menteri, dalam laporan polisnya, pernah terlibat memalsukan kes mata lebamnya.

Kedua-dua laporan polis itu akan dibuat awal petang ini.

Aduan pertama berhubung pendirian tiga hakim bebas yang menilai hasil siasatan terhadap Abdul Gani yang mendapati seorang daripada anggota panel itu mendapat terdapat kes jenayah terhadap peguam negara.

Bagaimanapun, dalam afidavit yang disediakan oleh seorang pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razak dan timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakariah pada 30 Jun lalu, menyatakan ketiga-tiga hakim tersebut mendapati tiada kes terhadap Abdul Gani.

"Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam afidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan dalam prosiding mahkamah nanti," katanya.

"Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian daripada konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu."

Beng Hock : Pemuda Pakatan Serah Memorandum Untuk Najib


Pemuda parti komponen Pakatan Rakyat hari ini menyampaikan memorandum untuk Perdana Menteri Najib Razak, menggesa beliau menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock di bangunan ibu pejabat SPRM Khamis lalu.

Teoh dijumpai mati di bumbung tingkat lima bangunan setelah disoal siasat 10 jam tanpa kehadiran peguamnya di tingkat 14 ibu pejabat SPRM.

Kes itu menimbulkan pelbagai persoalan mengenai peranan SPRM dalam kematian Beng Hock yang disifatkan antara pemimpin muda DAP yang berpotensi.

Insiden itu dikecam hebat oleh rakyat pelbagai kaum kerana sekali lagi menyerlahkan tindakan UMNO-BN menggunakan institusi seperti polis dan SPRM untuk menekan ahli pembangkang. Pelbagai badan bukan kerajaan dan Majlis Peguam Malaysia menyifatkan Beng Hock sebagai mangsa kematian politik pertama di bawah pentadbiran Najib Razak.

Pemuda Pakatan Rakyat yang merangkumi Angkatan Muda Keadilan dan sayap pemuda PAS dan DAP mendesak Najib supaya tidak melengah-lengahkan penubuhan suruhanjaya berkenaan bagi memberi keadilan kepada Beng Hock dan keluarga mendiang.

Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook berkata, suruhanjaya berkenaan perlu bagi menjawab pelbagai persoalan bersabit kematian Beng Hock.

"Dalam memorandum tersebut kita telah menyeru kerajaan persekutuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja ini. Sebarang kegagalan kerajaan menubuhkan suruhanjaya berkenaan hanya akan menimbulkan lebih banyak persepsi negatif dan tanda tanya kepada apa yang sebenarnya berlaku.

"Mengambil kira seruan dan persepsi dari pelbagai pihak dan juga dari keluarga mendiang dan Pakatan, tidak ada sebab mengapa Najib tidak boleh menubuhkan Suruhanjaya ini.

"Kita mahukan Najib tubuhkan esok kerana esok mensyuarat Kabinet. Kalau dilengahkan, ia bermakna kerajaan tidak ada keinginan mahu menyelesaikan isu ini," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil dari Pejabat Perdana Menteri.

Katanya, Suruhanjaya berkenaan juga perlu bagi merungkai persoalan mengenai ketelusan SPRM yang mengatakan Beng Hock dibebaskan jam 345 pagi sedangkan barangan peribadi milik mangsa masih dalam simpanan SPRM ketika mayat ditemui.

"Satu soalan yang mudah, sekiranya betul beliau dibebaskan jam 345 pagi mengapa telefon bimbit dan barangan peribadi masih dalam simpanan SPRM. Ini menunjukkan kemungkinan beliau tidak pernah dibebaskan oleh SPRM, ini adalah isu-isu yang perlu disiasat dan dicari. Jawapan hanya boleh terjawap dengan adanya Suruhanjaya Diraja ini," katanya.

Loke berkata isu kematian Teoh merentasi kaum dan berpaksi kepada soal keadilan dan hak asasi manusia ketika beliau dalam kawalan SPRM.

Setiusaha AMK, Zulfekar Ali mengutuk tindakan sesetangah pihak dan menyelar media kerajaan yang mula menyebarkan mesej bahawa Najib tidak perlu meminta penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Beng Hock.

"Kita lihat beberapa pihak telah mengeluarkan kenyataan dan pagi tadi kita lihat betapa RTM cuba untuk mempengaruhi minda rakyat dengan mengatakan Suruhanjaya Diraja ini tidak perlu diwujudkan kerana ia sama dengan Suruhanjaya ketuk Ketampi dan mengiabkan maruah kerajaan," katanya.

Saturday, July 18, 2009

Kematian Teoh: Polis panggil 17 pegawai SPRM

Polis telah mengambil kenyataan daripada 23 saksi, termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, yang ditemui mati Khamis lalu selepas memberi keterangan kepada SPRM.

Teoh disoal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri melibatkan ADUN dan exco Selangor.

"Ini hanya penemuan awal kami dan polis menyiasat kes ini secara menyeluruh daripada semua sudut," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini, lapor Bernama.

Khalid berkata polis juga menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.

Bercakap kepada media di Kuala Langat, beliau berkata satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan akan mengendalikan siasatan kes kematian Teoh.

Sementara itu, Khalid berkata, keputusan awal laporan bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat Teoh mendapati dia mati disebabkan pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari paras tinggi.

Bagaimanapun katanya, polis belum menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kematian Teoh yang merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Khalid berkata, dua ahli patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Teoh, dan menjelaskan bahawa kerajaan Selangor diberi pilihan untuk mendapatkan ahli patologinya sendiri tetapi tiada yang datang.

"Laporan awal bedah siasat dari ahli patologi menunjukkan Teoh setakat ini tidak mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, kami akan tunggu laporan penuh daripada ahli patologi terbabit beberapa hari lagi. Buat masa ini, kematian Teoh disebabkan 'pelbagai kecederaan akibat jatuh dari paras yang tinggi'," katanya.

Taniah Chua Jui Meng kerana menyertai PKR !!

Mantan Menteri Kesihatan dan bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng hari ini secara rasmi menganggotai Parti Keadilan Rakyat dan berikrar untuk membantu menjayakan perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib segenap lapisan rakyat Malaysia.

Chua mengumumkan demikian pada forum awam yang di hadiri oleh lebih dua ribu orang di Bandar Sunway, Selangor. Hadir di majlis itu ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setelah lebih tiga dekad menganggotai MCA dan memegang pelbagai jawatan dalam Kerajaan Barisan Nasional, Chua mengambil keputusan berani untuk beralih ke pembangkang ketika gagasan Pakatan Rakyat di tekan hebat oleh polis dan SPRM di bawah telunjuk UMNO-Barisan Nasional.

Terbaru mangsa kecurangan SPRM ialah Teoh Beng Hock, seorang setiausaha politik dari DAP yang dijumpai mati Khamis lalu setelah disoal siasat oleh badan itu untu 10 jam.

Teoh dikatakan diugut dan disiksa sebelum mayatnya dijumpai di bumbung tingkat lima bangunan SPRM di Shah Alam.

Chua hari ini menyifatkan kematian Teoh sebagai bukti jelas penyelewengan kuasa oleh agensi awam di bawah pentadbiran Najib yang harus dikecam oleh seluruh rakyat.

Beliau berkata penyelewengan kuasa SPRM yang membawa kepada kematian Teoh menyakinkan beliau untuk menanggotai PKR dan menegakkan keadilan.

"Kita telah melihat dengan jelas bagaimana institusi-institusi awam diperalatkan oleh UMNO-Barisan Nasional," untuk mengisi agenda sempit Umno-BN, kata Chua.

Chua adalah tokoh kedua yang menganggotai PKR dalam tempoh sebulan selepas bekas Menteri Kehakiman Zaid Ibrahim menyertai parti itu kerana hilang keyakinan terhadap pentabiran Najib Razak yang dibelit dengan rasuah, penyelewengan kuasa dan kronisma.

Chua berkata beliau turut bertindak PKR kerana mendokong sistem dwi-parti yang lahir selepas pilihanraya umum lalu bagi memastikan rakyat mempunyai pilihan selain dari BN.

"Saya meliha sistem dwi-parti ini sebasgai aset paling berharga untuk rakyat. tetapi aset ini semakin menghadapi tekanan kerana ia telah menjadi ancaman terbesar kepada kelangsungan UMNO-BN," kata Chua.

"Oleh kerana itu kita melihat rampasan kuasa di Perak, cubaan UMNO untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS..semunya bertujuan untuk menghakis Pakatan Rakyat dan sistem dwi-parti negara ini,' tambah beliau.

"Saya yakin dengan membuat keputusan menganggotai PKR, saya berada di pihak kebenaran dan saya anggap langkah saya ini sebagai perjuangan mutahir saya ke arah membina Malaysia yang lebih baik untuk kita semua,' kata beliau.

PKR Dedah Kebenaran Di Sebalik Skandal-Skandal Utama Negara


Hari ini Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama pada forum untuk memerinci isu-isu kepentingan awam yang mencengkam politik negara.

Kira-kira 1,000 wakil pelbagai badan politik dan kemasyarakatan akan menghadiri forum itu yang bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal PKFZ, Krisis Perak dan Konspirasi BN" di Hotel Sunway Lagoon, Subang Selangor.

Selain Datuk Seri Anwar, turut memberi ucapan ialah bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng, Naib Presiden Keadilan Sivarasa Rasiah dan Bendahari Keadilan, William Leong.

Forum itu akan memerinci perkembangan mutakhir politik tanah air dan isu-isu yang semakin membimbangkan rakyat.

Ini termasuk peranan UMNO-BN dalam skandal pembaziran dana awam RM12.5 bilion untuk mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang, rampasan kuasa di Perak dan konspirasi politik memperalatkan institusi awam untuk mengheret Anwar ke mahkamah.

Kehadiran Chua pada forum itu adalah atas sifat tegasnya bersabit isu-isu usus tadbir, ketelusan dan kebertanggungjawaban pemimpin dalam menguruskan parti dan negara.

Dalam ucap tamanya, Anwar dijangka turut mengupas keghairahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menjalankan penyiasatan dan pendakwaan terpilih.

Amalan itu dikatakan membawa kepada kematian Teo Beng Hock, 30 tahun. Setiausaha Politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah itu dijumpai mati di perkarangan SPRM setelah beliau disoal siasat oleh badan itu selama 10 jam Rabu lalu.

Mayat Teo yang dijadual melangsungkan perkahwinannya hari ini, ditemui di atas bumbung bangunan tengah hari semalam.

SPRM dan polis setakat ini cuba memberi gambaran bahawa Teoh telah membunuh diri setelah di soal siasat tetapi belum menjelaskan butiran penuh siasatan. SPRM juga tidak mahu mengulas tindakannya menyoal Teoh sebagai seorang saksi sehingga awal pagi tanpa kehadiran peguam.

Pakatan Rakyat Menuntut Penubuhan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng HockSPRM


KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

17 JULAI 2009

Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan UMNO, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenalpasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KeADILan

DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen DAP


Friday, July 17, 2009

PR serah memorandum kepada SPRM, desak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan


Dalam keghairahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperkuda percaturan politik UMNO-BN, ia akhirnya mengundang padah dengan kematian saksi dibawah penguasaannya. Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum kepada SPRM dan mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk siasat kematian Teoh Beng Hock.


Perhimpunan rakyat bela kematian Teoh Ahad ini

Kerajaan Selangor akan mengadakan perhimpunan solidariti "Perhimpunan Rakyat" Ahad ini bagi menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.

Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor.

Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.

"Kerajaan negeri berharap pihak polis dapat bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam Ahad ini dan memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.

"Kerajaan negeri sekali lagi menyampaikan takziah kepada keluarga Teoh dan bersedia untuk memberikan sumbangan kewangan bagi pengurusan jenazah dan pengembumian," katanya kenyataan itu lagi.

Kerajaan negeri juga, katanya, akan bekerjasama dengan pihak polis dalam proses siasatan dan berharap agar kerja siasatan dapat dijalankan secara professional, menyeluruh dan telus.

Dalam kenyataan itu juga, kerajaan Selangor menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh.

"Proeses siasatan wajar dianggotai oleh ahli panel yang bebas bagi mengenalpasti punca kematian dan pihak yang bertanggungjawab.

"Kerajaan negeri berpendirian proses ini penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab," tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, kematian Teoh telah menimbulkan isu keselamatan pegawai kerajaan semasa dalam siasatan.

"Dengan itu kerajaan negeri mengarahkan tiada pegawai kerajaan yang dibenarkan soal siasat oleh SPRM di luar kawasan pejabat.
"Kerajaan negeri akan menyediakan khidmat peguam bagi pegawai kerajaan yang disiasat oleh SPRM. Arahan ini akan dilanjutkan sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai," tambah kenyataan itu.

Kes Teoh: Desak SPRM disiasat, 7 ditahan

Saksikan sendiri bagaimana polis buat kerja... kejam !! ganas!!, penuntut keadilan di tahan dan di seret semahu-mahunya oleh polis, manakala pembunuh mendiang Teo masih bebas !!




Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian seorang pembantu exco kerajaan Selangor.

Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.

Teoh Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN.

Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.

Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jerit 'polis ganas'


Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.

Tujuh orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Turut ditangkap: Lu Chuan Boon (kanan), pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila enggan beredar dan bertindak duduk di situ.

Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.

ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kiri) dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu.

Orang ramai menjerit "polis ganas" ketika dia dibawa dari situ.

Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.

Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.
Suruhanjaya diraja

Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.

Pada kira-kira jam 11.15 pagi, Anwar muncul dari bangunan SPRM bersama Kit Siang, Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Anwar memberitahu pemberita bahawa mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad.

Sambil menyatakan kesedihan mereka terhadap kematian Teo itu, Anwar berkata wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.

Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna peruntukan DUN, kini hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo.

Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya.

Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.

Orang terakhir jumpa Teo: Saya didera SPRM...

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".

Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

Kematian Teo di bunuh SPRM : Teori Raja Petra


Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis.

Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit.

Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini.

Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today. SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama.

Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap. Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan.

SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah. Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa.

Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua. -

translation by MSK (MatSamanKati)

Anwar: Jui Meng buat pengumuman khas esok


Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng akan membuat satu pengumuman khas di majlis khas anjuran PKR di Sunway esok, kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menulis dalam blognya, Anwar berkata, majlis tersebut merupakan satu forum umum bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN".

Ia akan berlangsung di sebuah hotel di Sunway pada jam 2.30 petang esok.

Katanya, PKR berpendirian bahawa rakyat berhak mengetahui kebenaran mengenai isu-isu yang mempunyai kesan yang besar terhadap negara.

"Forum ini akan mengetengahkan fakta-fakta yang diselindungi oleh BN, yang tidak dibenarkan penyiarannya dalam media arus perdana.
"Mantan ,enteri kesihatan Dato' Dr Chua Jui Meng akan membuat satu pengumuman khas pada hari tersebut," katanya.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang yang Chua yang meletakkan jawatan pengerusi MCA bahagian Bakri yang dipimpinnya sejak 1988, akan melompat parti untuk menyertai PKR.

Bagaimanapun, malam tadi, bekas naib presiden MCA itu menafikan beliau akan menyertai PKR.

Kenyataan Anwar hari ini dilihat sebagai satu petanda mengenai kemungkinan besar Chua akan menyertai PKR

Teoh Mati Kerana SPRM Diperalat Najib



Dari sekumpulan kecil 100 orang, vigil lilin di Plaza Masalam malam semalam bertambah kepada 500 orang, bagi mengenang kematian Teo boon Hock yang mati dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dipimpin oleh Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat, mereka berkabung untuk Teoh, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hean Wah.

Teoh Beng Hock, 30, ditemui mati tengahari semalam dipercayai jatuh dari tingkat 14 SPRM selepas dikurung semalaman untuk disoalsiasat berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri. Beliau adalah saksi dan dipanggil untuk memberi keterangan terhadap pegawai atasannya.

Bercakap kepada hadirin malam semalam, Ean menuntut penjelasan dari SPRM dan Perdana Menteri Najib Abdul Razak berhubung kematian pembantunya itu.


"Ini adalah tragedi yang dapat dielakkan sekiranya SPRM mengikut prosedur sepatutnya. Beliau hanyalah seorang saksi, tiada ada sebab mengapa beliau tidak dapat pulang hari ini," kata Ean dalam nada sebak.

Menurut SPRM, Teo dipanggil pada jam 6 petang kelmarin dan disoalsiasat sehingg sprma 3.45 pagi. SPRM berkata Teo bagaimanapun enggan balik dan mahu berehat melepaskan lelah di SPRM. Mayatnya ditemui mati jam 1.30 tengahari di bumbung bangunan bersebelahan Plaza Masalam.

"Hari ini, tidak penting samada kita Melayu, Cina atau India. Kita berkumpul disini bagi membantah kematian seorang lelaki yang menjadi mangsa SPRM yang diperalatkan oleh Najib dan Umno-Barisan Nasional," kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin, disambut laungan "Najib pembunuh" dari hadirin.

"Seorang lelaki yang baik tampil ke SPRM dan keluar sebagai mayat," kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula.

Teoh dijadualkan berkahwin hari ini.

Thursday, July 16, 2009

Enggan tunai janji: Sah Umno perbodoh pengundi Manek Urai

KOTA BHARU, 16 Julai (Hrkh) - Sahlah pengundi di Manek Urai diperbodoh Umno apabila janji mahu membina jambatan merentangi Sungai Lebir bernilai RM7 juta kini ditarik balik.

Perkara itu diakui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed apabila menyebut kerajaan pusat tidak terikat dengan janji menjadikan Manek Urai anak emas dan membina jambatan bernilai RM7 juta.

Pemimpin Umno itu dilaporkan cuba mendera rakyat di Manek Urai selepas Umno ditolak pada pilihan raya kecil terbabit.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun berkata, rakyat yang mengundi Umno pada Selasa lalu secara jelas kini sudah ditipu apabila janji mahu membina jambatan sudah ditarik balik hanya dua selepas pilihan raya diadakan.

"Kalau sebelum ini ramai pengundi di Manek Urai Baru dan Lama terpengaruh dengan janji itu, kini mereka sedar sudah dipermainkan pemimpin Umno.

"Umno sepatutnya membina jambatan yang dijanjikan kerana majoriti pengundi di Manek Urai lama dan baru memberi undi kepada BN. Tetapi selepas menang Umno cuba pula mempersendakan harapan pengundi," katanya.

Semasa kempen pada pilihan raya tersebut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan BN akan menjadi Manek Urai sebagai anak emas, membina jambatan berharga RM7 juta dan mewujudkan kota agropolitan.

Abdul Fatah berkata, sekiranya begitulah sikap pemimpin Umno sesiapa pun boleh membuat janji kalau sekadar bercakap manis di bibir sahaja.

Ditanya hasrat Umno Kelantan mahu mengemukakan petisyen pilihan raya kecil Dun Manek Urai katanya, perkara itu terpulang kepada mereka untuk melakukannya.

"PAS sedia untuk mengemukakan hujah bagi menjawab segala persoalan yang ditimbulkan di mahkamah nanti," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku pada pilihan raya kecil di Manek Urai bukan sekadar loceng amaran kepada PAS sebaliknya beduk amaran buat Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya berdasarkan kepada apa yang mereka lakukan dengan menabur duit secara mewah di Manek Urai pada adatnya PAS boleh dikalahkan jika iman dan takwa pengundi tidak utuh.

"Saya tidak tahu jumlah duit yang ditabur tetapi saya diberitahu ada gambar-gambar yang menunjukkan pemimpin kanan Umno turun dari helikopter membawa beg yang sarat dengan sesuatu," katanya di sini.

Sedangkan kata beliau PAS cuma berbelanja dengan kuderat sendiri, sedangkan Umno bersandar kepada peruntukan kerajan pusat.

"Ini bukan parti lawan parti, sebaliknya PAS melawan kerajaan Malaysia dan Umno sekaligus.

"Buktinya cukup mudah jika mereka boleh mengamalkan politik wang dan merebut jawatan penting dalam parti, maka apa jaminan unsur rasuah wang tidak diamalkan di Manek Urai," katanya.

Menurutnya selepas berjanji hendak membuat jambatan, tiba-tiba selepas kalah mereka menyebut tidak terikat pula dengan janji tersebut, secara jelas Umno mempersendakan pengundi.

Beliau juga berkata, berdasar kepada pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini kekuatan Umno pada pilihan raya kecil ternyata tidak kekal lama.

Contohnya pada pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir pada 2005 di mana Umno menang dengan 134 undi tetapi pada plihan raya umum 2008 PAS mendapat majoriti 2,348 undi.

Oleh itu kata beliau biar pun PAS menang tipis di Manek Urai namun dari segi demokrasi menang setengah undi pun dikira menang.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, Umno sepatutnya malu keupayaan PAS mempertahankan Dun Manek Urai sehingga menjadi enam daripada tujuh pilihan raya kecil selepas Mac 2008 berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Menurutnya juga sekiranya ditakdirkan Umno menang di Manek Urai mereka hanya mengajar rakyat mengejar dunia dan tinggalkan akhirat.

Kata beliau Islam pada hemat pemimpin Umno hanya membina masjid, bank Islam dan sekolah agama sahaja.

"Walau pun pemimpin Umno tahu Islam membawa rahmat sekalian alam namun mereka masih tidak yakin apabila menolak secara jelas usaha-usaha mendaulatkan Islam.

"Samalah seperti orang sudah tahu ada racun dalam minuman tetapi minum juga. Sama juga rasuah dalam Umno sudah menjadi satu budaya," katanya.

Buktinya beberapa pemimpin Umno digantung oleh Lembaga Disiplin kerana dakwaan kesalahan tersebut termasuk Dato' Seri Ali Rustam, Tan Sri Isa Samad, Dato' Zaid Ibrahim dan Dato' Mohd Zain Ismail.

Anwar Menang Kes Tuntutan, Pendakwaraya Diarah Serah Bukti

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata beliau puas hati dengan keputusan mahkamah yang mengarah pendakwaraya menyerahkan bukti yang disembunyikan kepada pasukan peguambela.

Membacakan keputusan kes pada jam 2.30 petang tadi, Hakim Zabidin Md Diah menyanggah hujah pendakwaraya yang mendakwa mahkamah tidak boleh memaksa pihak pendakwaraya menyerahkan bukti-bukti bukan dokumen.

Hakim Zabidin berkata tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang yang menghalang pihak pendakwaraya atau menyekat mahkamah dari mengemukakan bukti-bukti yang relevan kepada pasukan pembelaan.

Mahkamah dengan ini mengarahkan pihak pendakwaraya harus menyerahkan akuan dari tujuh saksi yang akan ditampilkan oleh pendakwaraya, ujian rawatan perubatan dan nota pakar kimia dalam masa satu minggu.

Peguambela Anwar juga diberi keizinan untuk menonton sedutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Saiful di kondo kejadian pula, sekiranya salinan pendakwaraya tidak jelas.

Manakala sampel dan spesimen DNA gagal diperoleh atas "sebab-sebab keselamatan", begitu juga rakaman video testimoni penuduh, Saiful Bukhari Azlan, kepada polis pada 30 Jun 2008.

Anwar berkata walaupun kes tuntut bukti memihak kepada beliau, namun mengingatkan pasukan pembelaannya berwaspada ekoran pengalaman lalu berhubung manipulasi bukti oleh pihak pendakwaraya.

Pendakwaraya berkata pihaknya akan merayu kepada keputusan mahkamah ini, seraya membantutkan lagi persediaan Anwar menghadapi kes Liwat II.

1 Ogos Tambang teksi naik kepada RM3

Tambang teksi dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos, demikian diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Kuala Lumpur hari ini.

Kadar baru tambang teksi itu dilaporkan mengambil kira pelbagai faktor termasuk destinasi, jarak dan masa selepas kajian Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Mei lalu.

Kerajaan sebelum ini pada dasarnya bersetuju memberi kenaikan 30 peratus bagi meringankan beban pengusaha pengangkutan awam, termasuk surcaj 30 peratus tambang bas ekspres.

Ada Cubaan Sembunyi Bukti - Sivarasa

Perbicaraan hari ini bermula dengan peguambela Edmund Bon dan Amer Hamzah Arshad menyanggah dakwaan pendakwaraya Yusof Zainal Abiden yang kononnya mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pendakwaraya menyerahkan bukti kepada pasukan peguambela.

Edmund menegaskan antara peranan utama mahkamah adalah menjamin hak tertuduh mendapatkan pembelaan yang rapi, terutama sekali apabila yang tertuduh mengheret pendakwaraya ke mahkamah kerana menyembunyikan bukti.

"Pihak tertuduh berhak kepada semua bahan yang ada yang boleh membantu kes tertuduh, walaupun pihak pendakwaraya tidak menggunakan bahan-bahan itu dalam perbicaraan nanti," tegas Edmund.

Mangsa, Anwar Ibrahim, dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sehingga jam 10 pagi apabila Hakim Zabidin menangguhkan sesi tersebut.

"Seseorang yang didakwa di bawah kesalahan jenayah harus di beri perbicaraan yang adil. Jika beliau tidak dapat di bicarakan secara adil, maka lebih baik dia tidak di bicarakan terus," tegas Amer Hamzah pula.

Dalam penggulungan pasukan pembelaan menuntut pendakwaraya untuk tidak menyembunyikan bukti-bukti penting, peguam Sivarasa Rasiah menuduh pihak pendakwaan cuba menguburkan rekod yang menunjukkan mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak bersalah.

"Risiko menyembunyikan bukti sepertimana yang berlaku dalam kes sukma Darwawan berlaku dalam kes ini. Lantas, permohonan ini adalah bagi menghalangnya dari berlaku, dan kita nampak tentangan jelas dari mereka," kata Sivarasa, lalu mengundang bantahan keras dari pendakwaraya Yusof Zainal Abiden.

Pendakwaraya berkata mereka telah dan pernah menyerahkan dokumen kepada pasukan pembelaan, namun belum sempat Sivarasa bangun menjawab dakwaan Yusof itu, Hakim Zabidin Md Diah mencelah sebelum menangguhkan perbicaraan pada jam 10 pagi.

Keputusan samada pendakwaraya perlu atau tidak menyerahkan bukti kepada pasukan pembelaan akan dibacakan jam 2.30 petang.

Di luar mahkamah, Sivarasa berkata tentangan hebat dari Yusof kepada tuntutan klien beliau mengukuhkan dakwaan wujud konspirasi politik terhadap Anwar.

Chua Jui Meng akan sertai PKR?

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Ji Meng dipercayai akan melompat parti untuk menyertai PKR di satu majlis hujung minggu ini.

Chua telah memanggil mesyuarat tergempar MCA Bakri malam ini di mana beliau dijangka melepaskan jawatan ketua bahagian berkenaan.

Difahamkan timbalannya, Sia Ka Tuan, dijangka akan memangku jawatan ketua bahagian berkenaan.

Chua, 64, bekas menteri kesihatan dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 23 tahun yang lalu.

Beliau bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewaskan kepada Datuk Seri Ong Ka Ting pada 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan kemasukan Jui Meng ke dalam PKR untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pembangkang yang kini berdepan dengan krisis dalaman dan kebangkitan semula BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usaha untuk menghubngi Jui Meng sehingga tidak berjaya.

Berita lanjut menyusul

Pakatan leader: A win still a win


Opposition leader Anwar Ibrahim declared PAS' slim 65-vote victory at Manek Urai as still a win and that the opposition coalition has won every by-election in the peninsular since the 2008 general election.

Speaking outside the Kuala Lumpur High Court today, Anwar said that "although by-elections are tough on the opposition, our candidate still won despite attacks and the RM150 million development fund promised by Barisan Nasional to the small constituency.

"The point is, we have won all the by-elections in Peninsular Malaysia," said Anwar.