Monday, March 30, 2009

Gambar dan video Kematian Kugan !!



Youth dies in police costody

Bukit Selambau: Lebih 20,000 iringi calon Pakatan Rakyat


Lebih 20,000 penyokong Pakatan Rakyat iringi calonnya daripada KeADILan, S. Manikumar yang ditentang oleh calon BN, Dato' S. Ganeson dan 13 orang calon bebas.

Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon KeADILAN, BN dan bebas.

Manikumar merupakan calon ke-11 yang mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.19 pagi tadi.

Terdahulu, kira-kira 20 ribu penyokong Pakatan Rakyat hadir mengiringi Manikumar ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat hadir ialah Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden DAP, Tan Sin Giaw, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Masa untuk penyerahan borang ditutup pada jam 10.00 pagi dan tiada pencalonan ditolak walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sembilan bantahan sehingga tempoh bantahan tamat pada jam 11.00 pagi.

Pada jam 11.50 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Abdullah Md Akhir mengumumkan seramai 15 calon sah untuk bertanding.

Calon-calon bebas yang akan bertanding mengikut logo yang akan digunakan ialah R.Loganathan (Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), Mohd Fadzil Wahab (Kepala Harimau),Abdul Rahim Abu (Jam),L Sarala (Basikal),A. Jayagopal (Payung), S Moganakumar (Buku),Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaakob (Bas),Michael Venason (Ikan), Anwar Abd Hamid (Telefon) dan T Chandrarajan (Kapal Terbang).

Keadaan di sekitar pusat penamaan calon kelihatan agak tenang apabila pihak keselamatan menyediakan tiga laluan khusus untuk perarakan calon-calon Pakatan Rakyat, BN dan calon bebas.

Jeritan Khairy Rasuah Di Perhimpunan UMNO




Hahahahhaha..... hahahhahahaha !!!! bestnya.. lepas nie Kera Jadian kena tahan telinga la pulak kat Bukit Selambau.

Kami AMK Kedah tidak sabar menanti kehadiran Ketua Pemuda Rasuah ke Bukit Selambau !!

Hahahahha !! KJ Rasuah !! Kj Rasuah!!!

Khairy Tunjuk Isyarat illuminati !!!




Apa kaitan Khairy Jamaluddin ngan Illuminati????

Saturday, March 28, 2009

Boikot akhbar pro-Umno 3 bulan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Mac (Hrkh) - Tindakan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggantung permit akhbar oposisi dianggap sebagai tindakan jahat dan takut kepada kebenaran terbongkar.


Malah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tindakan Kementerian Dalam Negeri (DKN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat bagi mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.

"Sumber maklumat sekarang sudah banyak seperti internet, blog, telefon, SMS dan sebagainya yang ternyata lebih berkesan dan cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mr Ashok K. Kantha di pejabatnya baru-baru ini.

Petang Isnin lalu KDN menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi yang berpengaruh di negara ini iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai tindak balas terhadap tindakan KDN, rakyat di negara ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno dalam tempoh tiga bulan.

Menurutnya tindakan KDN yang diterajui pemimpin Umno jelas mahu menyekat pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin meluas sekarang.

"Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat.

"Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tomohan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," katanya.

Kata beliau tindakan menahan seseorang pemimpin politik ke dalam ISA bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara, sebaliknya mengancam kedudukan Umno sehingga makin hilang pengaruh.

"Saya yakin tindakan mereka bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya.

Oleh itu beliau berkata, tindakan pemimpin Umno menyekat akhbar milik Pakatan Rakyat menyebabkan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN semakin menjalar

Friday, March 27, 2009

KENAPA SAYA TIDAK HADIR



By Dr. Mahathir Mohamad on March 27, 2009 4:24 PM


1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.


4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah

Wednesday, March 25, 2009

Siapa Petualang Bangsa?



Maka gegak gempitalah Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussien dengan hamburan demi hamburan yang dituju kepada Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Tidak cukup dengan fitnah dan kezaliman yang dilancarkan ke atas Pakatan Rakyat, hari ini Hishamuddin yang juga calon Naib Presiden Umno melalak lagi.


Kononnya mempertikaikan dasar yang lapuk dan usang dianggap salah. Kononnya usaha menyanggah kesalahan pemerintah dan menawarkan alternatif yang lebih baik dikira satu petualang.

Apakah mempersoalkan dasar afirmatif yang menindas dikira satu tindakan yang salah?Kita sama sekali tidak akan menafikan hak melayu bumiputera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi yang dipersoalkan ialah tindakan menghalalkan penguasaan sesetengah pihak untuk memastikan khazanah negara dibolot rakus oleh hubaya-hubaya yang angkuh dan sanggup menindas bangsa sendiri di atas nama bangsanya.

Kita tidak bersetuju dengan kebebasan tanpa limitasi dan tanggungjawab,tetapi kita juga sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan menyekat kebebasan media,kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sebagaimana dititip jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah regim Umno-BN, menempelak pemerintah tatkala mereka melakukan kesalahan adalah dosa yang maha besar. Sebaliknya budaya ampu,julang menjulang adalah mauduk wajib jika mahu terus kekal di persada.

Menempelak Anwar Ibrahim sebagai petualang melayu hanya memalitkan si penuduh semata-mata.

Mana lebih dasyat: memperjuangkan keadilan untuk semua atau membunuh potensi bangsa melalui sistem pendidikan yang rapuh yang mengabaikan kelangsungan bahasa ibunda?

Mana lebih keparat: memupuk persefahaman membentuk kerajaan atas dasar prinsip perjuangan, atau menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan berselindung di balik imuniti istana?

Mana lebih khianat: memperjuangkan dasar tadbirurus yang kompeten,adil dan telus atau mempertahankan dasar yang menindas, mengayakan puak sendiri, dan membunuh potensi orang lain?

Mana lebih bangsat: memupuk perpaduan antara kaum ke arah menjulang ketuanan rakyat, atau menyemai kebencian atas sentimen perkauman yang sempit,jumud dan kolot?

Gema di dalam Dewan Tun Dr Ismail di PWTC mungkin menggamit suasana,tetapi apakah mungkin rakyat terkesan dengan retorik tahunan yang bergema atas sentimen sempit yang makin parah dan usang?

Hishamuddin boleh terus berkokok, dan Pemuda Umno boleh terus bersorak. Tetapi rakyat masih kenal fungsi akal: untuk menilai secara rasional, mempertahankan yang hak dan membunuh kebathilan!

Pakatan Rakyat serah memorandum bantah gantung Harakah dan Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan.

Ketia-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat diwakili oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan Timbalan Setiausaha Publisiti Nasional DAP Teo Nie Ching.

Mahfuz dalam ucapan ringkasnya mendesak agar dihapuskan kuasa Menteri Dalam Negeri menggantung atau menarik balik permit sesebuah akhbar.

Sudah tiba masanya kuasa memberi dan menarik permit sesebuah penerbitan bercetak diserahkan kepada mahkamah bukan kepada menteri.

"Jika kuasa masih berada di tangan menteri, apa yang berlaku hari ini akan berulang lagi di mana tindakan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan yang jelas bermotif politik," tegas beliau.

Beliau juga menegaskan Malaysia perlu mencontohi negara-negara maju yang lain di mana sesiapa saja atau mana-mana pertubuhan boleh menerbitkan akhbar dengan syarat perlu sanggup menghadapi risiko diheret ke mahkamah.

Jika situasi itu dibenarkan di negara ini tegas Mahfuz, perkembangan informasi dan sebahagian dari kedaulatan demokrasi dapat ditegakkan.

Sementara itu, Tian Chua pula menegaskan tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri ini dibuat ekoran daripada piliharaya kecil yang bakal diadakan di tiga tempat.

Tegas beliau, KDN hingga hari ini masih gagal membuktikan dimanakah kewajaran tindakan tersebut dibuat dan tidak dapat membuktikan berita atau rencana yang mana yang berunsur fitnah.

"KDN telah bertindak tanpa mempedulikan hasrat rakyat yang mahu merayakan informasi dengan sebebas-bebasnya," tegas beliau.

Manakala Nie Ching pula mendesak agar KDN tidak lagi bertindak seperti hakim yang menghukum mana-mana akhbar yang tidak sehaluan dengan kerajaan tanpa mempedulikan kepentingan untuk menjaga kebebasan media.


"Tindakan KDN ini juga telah menyekat parti-parti pembangkang daripada menyalurkan informasi kepada ahli-ahlinya," tegas beliau.

Harakah dan Suara Keadilan merupakan lidah rasmi PAS dan KeADILan yang digantung permitnya selama tiga bulan bermula 23 Mac lalu manakala DAP yang memiliki akhbar Roket pula tidak disambung permit penerbitan hingga ke hari ini.

Memorandum bantahan Pakatan Rakyat itu diterima oleh Setiausaha Suhakam, Hashimah Nik Jaffar.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, Setiausaha Agung PAS Pusat Dato' Kamaruddin Jaffar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan Fariz Musa, Ahli Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrain dan beberapa pimpinan lain.

Rasuah Umno : Mana kelibat Ezam dan Gerak?


Persidangan Agung Umno telah pun bermula, lagak bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak membuka tirai perasmian sidang Wanita, Pemuda dan Puteri semalam nampak gah dan bersemangat.

Persidangan kali ini merencahkan pelbagai kesukaran kepada Umno selaku parti yang dilihat sedang terumbang ambing.

Pertamanya kerana pukulan maut pilihan raya umum ke-12 dan dua pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu serta Permatang Pauh yang menatijahkan kekalahan besar kepada Umno/BN.

Namun paling menazakkan Umno ialah perihal rasuah dan penyelewengan yang bergelumang dalam parti nasionalis itu.

Pendakwaan ke atas Dato' Norza Zakaria dan beberapa ketua bahagian pada peringkat awal dilihat hanya sekelumit sahaja 'episod rasuah' yang berlaku.

Namun, apabila beberapa nama besar seperti Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dikaitkan dengan rasuah dan dengan Ali sudah pasti dikenakan larangan bertanding kerana rasuah, gelombang semakin besar berlaku.

Paling tragis, Lembaga Disiplin Umno dikatakan membuat keputusan terpilih dalam kes Ali dan Khairy, walaupun kedua-duanya nyata rasuah melalui agen mereka.

Namun, segala keputusan Lembaga Disiplin Umno ini pastinya membibitkan perpecahan kerana disatu pihak (Kem-Abdullah) pastinya merasai mereka teraniaya, sementara di pihak lain (Kem Najib) kononnya mahu membuktikan mereka bersih.

Walhal, seperti kata beberapa ahli umno semua kumpulan sama sahaja cuma kumpulan yang satu ini kini mempunyai kuasa.

Betapa hebat pun perihal rasuah dalam Umno dilaporkan media, namun kelibat penentang rasuah nombor satu negara yang pernah menjadikan motto 'rasuah musuh nombor satu negara' masih tidak kelihatan mengulas atau membicarakan perihal ini.

Apakah individu tersebut sudah mula 'sedar' akan parti yang disertai semula itu sebenarnya sebuah parti yang menentang gagasan beliau sewaktu menubuhkan Gerakan Anti Korupsi (Gerak)?.

Beliau yang dimaksudkan ialah bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor yang sejak isu rasuah dalam terdedah hanya diam membisu.

Adapun Gerak yang diperturunkan Ezam kepada anak didiknya, Mohd Nazree Yunos hanya mampu mengeluarkan kenyataan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.

Walhal dalam kes 45 ekor lembu membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Nazree menjadi orang pertama yang melaporkan kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan tersebut.

Nazree dan beberapa rakan mahasiswanya melaporkan sendiri kes tersebut kepada SPRM, dan disambung dengan pelbagai kenyataan kecaman terhadap Khalid.

Natijah laporan itu, Khalid sendiri telah menyaman Nazree selaku Pengerusi Gerak berikutan dakwaan melampau kononnya Khalid menyalahgunakan harga kerajaan.

Saman itu difailkan melalui tetuan Sankara N Nair di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam (24 Mac 2009).

Namun dalam kes rasuah membabitkan Umno termasuk yang telah disahkan rasuah (Ali Rustam) oleh Lembaga Disiplin Umno, Gerak atau Nazree hanya berdiam diri.

Tidak ada sebarang usaha untuk mengemukakan laporan, walhal amat dikehatui umum bahawa Gerak kononnya mempunyai sumber dalaman yang cukup bijak mendapatkan maklumat.

Seperkara lagi persoalan yang juga akan timbul samada engasas Gerak akan membela nasib anak didiknya yang kini berhadapan dengan saman dari Khalid, atau Nazree akan terus bersendirian menghadapinya.

Rakan lama Ezam sewaktu menubuhkan Gerak, Badrul Hisham Shaharin sendiri ada menyatakan perihal Ezam dalam hal ini.

Yang pastinya kata Badrul Hisham, Nazree akan tahu siapa sebenarnya mentornya itu selepas ini, dan perihal rasuah dalam Umno pastinya suatu pengajaran kepada Gerak.

Tuesday, March 24, 2009

UMNO sebenarnya Penderhaka !!

Klik, print dan sebarkan kepada para pengundi PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai

AMK tertanya-tanya kemana siasatan polis untuk kes ini?? peguam negara tolong jawab !!

Kami pendukung pakatan rakyat tak mudah lupa tentang isu ini.

"Nizar calon terbaik" - DAP Perak

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Ko Ham menyifatkan pencalonan Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai calon PAS di Bukit Gantang adalah tepat dan terbaik.

Demikian katanya, ketika mengadakan sidang media di Parlimen hari ini, mengenai penerimaan DAP terhadap calon PAS itu.

Beliau yakin Nizar akan mendapat undi di kalangan rakyat kerana ketokohan Menteri Besar Pakatan Rakyat itu menerajui Perak dengan pentadbiran yang baik dan berkesan.

Selama menerajui Perak 11 bulan, Nizar memperlihatkan kebajikan kepada rakyat dan beliau sangat disegani pelbagai lapisan masyarakat, katanya.

"Ini adalah calon yang sebaik sahaja bekas ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia, saya sendiri sebutkan bahawa Nizar adalah calon yang perlu diketengahkan bagi pilihan raya di Bukit Gantang, ternyata pilihan saya tepat dan benar," katanya.

Sebelum ini Ngeh pernah mencadangkan nama Nizar selaku calon terbaik bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang kerana ketokohan Nizar selaku MB Pakatan Rakyat yang diterima semua pihak.

Menyokong pandangan itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut melihat Nizar sebagai calon yang akan memberi peluang cerah kepada Pakatan Rakyat menang 7 April nanti.

Dalam pada itu beliau turut mencabar Umno-BN meletakkan Dr Zambri Abdul Kadir selaku calon BN di Bukit Gantang bagi memperlihatkan siapa MB sebenar yang dipilih rakyat.

"Ini bukan setakat satu pilihan raya kecil, ia adalah juga referendum rakyat kepada kerajaan BN Perak yang ditubuhkan secara rampasan kuasa dan referandum kepada Najib Tun Razak yang bakal menjadi PM akan datang," ujarnya

Sekat pengaruh besar Harakah, 'pengakuan kalah' pusingan pertama BN


KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Tidak mampu berhadapan dengan pengaruh besar akhbar Harakah yang berperanan mengubah minda rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat selama ini dilihat sebagai punca tindakan menggantung permit Harakah selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta semalam.

Tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar daripada akhbar pembangkang.

Demikian ditegaskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi berhubung tindakan penggantungan permit tersebut.

"Ia adalah usaha untuk menyekat pendedahan maklumat berhubung situasi politik yang bercelaru dalam negara khususnya membabitkan parti yang 'bergelumang' rasuah seperti Umno termasuk pemilihan parti dan pemimpinnya.

"Mereka berusaha menutup maklumat tentang politik gawat Umno yang akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai," katanya.

Selain itu kata Mahfuz, ianya bertujuan untuk menonjolkan 'kejaguhan' Menterinya Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya dilihat mampu menyekat kemaraan pembangkang dengan mencantas media alternatif yang sedia ada kerana beliau mahu meraih sokongan untuk bertanding sebagai calon Naib Presiden Umno dalam pemilihan di perhimpunan parti itu.

Walau apa jua tindakan defensif Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan parti pemerintah, ia sama sekali tidak akan dapat memulihkan imej dan wajah Umno yang sudah terpalit dengan gejala rasuah yang parah dan kepimipinan yang bobrok.

"Jika ikut peruntukan yang sedia ada, KDN mesti memanggil Harakah dan bersedia mendengar penjelasan malah jika tidak puas hati atau Harakah tersilap lapor atau mana-mana pemimpin Umno rasa terjejas, mereka boleh ambil tindakan undang-undang sepert lazim yang dilakukan.

"Jelas tindakan ini akan memburukkan lagi imej BN-Umno di mata masyarakat dan juga antarabangsa yang tidak mendukung aspirasi dan melaksanakan amalan demokrasi dalam negara," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Rakyat katanya, sudah pasti tidak berdiam diri apabila maklumat dan laporan tidak sampai kepada mereka dan akan beralih kepada internet seperti Harakahdaily.net, laman-laman web pembangkang dan blog-blog.

"Apatah lagi kini kita bertembung dengan Umno dan BN di padang yang tidak sama rata apabila sumber media kita telah dicantas dan 'senjata' kita telah dilumpuhkan maka akan membangkitkan lagi kemarahan orang ramai yang mahukan maklumat yang sebenarnya.

"PAS akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan mengedarkan risalah, buletin-buletin tidak berkala dan akan memantapkan lagi Harakahdaily.net dan berharap agar semua blogger dan laman-laman web alternatif akan terus menyokong dan membantu kempen kita," katanya.

GEMPAR DI BUKIT SELAMBAU



Polis baru sebentar tadi melepaskan gas pemedih mata di kawasan ceramah di Taman Ria Jaya yang dihadiri YB Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang.

Saya, bersama Ketua AMK Pendang Rasdan dan Zaki Setiausaha tidak terlepas dari merasai air asid dari WATER CANON dan bom pemedih mata !!! suasana tadi tak ubah seperti askar Israel Lahanatullah membelasah rakyat Palastin. Polis dan FRU memang tak berperikemanusian.

Permit polis yang telah diluluskan sebelum ini telah ditarik serta merta petang tadi tanpa alasan. Tembakan tadi telah menyebabkan orang tua, kanak-kanak serta wanita terperangkap dalam kekalutan tersebut.


Tembakan tersebut dilakukan oleh pasukan FRU tanpa memberi apa-apa AMARAN sebelum sempat Dato Seri Anwar berucap tatkala Dato Johari Abdul baru hendak berbincang dengan Ketua mereka.Tembakan pertama water canon dilepaskan dan seterusnya gas pemedih mata selama hampir 1/2jam tanpa henti.macam tembakan bunga api.

Sekali lagi pasukan yang sepatutnya bertindak secara profesional di pergunakan kerana ketakutan pihak BN/UMNO agar pengundi cina,india serta melayu takut untuk bersama Pakatan Rakyat.


Ayuh para pengundi Bukit Selambau,Bukit Gantang serta Batang Ai buktikan PRK ini medan terakhir bagi menguburkan Najib/UMNO/BN.Sebagai rakyat,kamu punya maruah!Para pendokong,ayuh turun ke medan pertembungan ini...jgn berdiam diri,buktikan rakyat sudah tidak tahan lg dgn penipuan,kezaliman BN/UMNO

Terkini yang ditahan seramai 18orang Amk Kedah termasuk YB Senator Ir Zamri,Sdr Hafiz Ketua Amk Kuala Kedah serta Ibrahim Yakob pegawai Dato Seri Anwar Ibrahim.kehadiran di jangka 10ribu orang


TERKINI,SERAMAI 32 ORANG DITAHAN DAN TIDAK AKAN DIBERI JAMINAN BEBAS PADA MALAM INI, MEMBUKTIKAN ISU CALON YANG DIMAINKAN BN KONONNYA TELAH MENYEBABKAN MASYARAKAT INDIA SERTA PENGUNDI BUKIT SELAMBAU BERPECAH ADALAH TIDAK BERASAS. APA YANG BERLAKU PADA MALAM INI ADALAH BUKTINYA!


'Masyarakat India dan pengundi Bukit Selambau, "SOKONGAN MASYARAKAT INDIA DAN PENGUNDI BUKIT SELAMBAU PADA PAKATAN RAKYAT BERPECAH ADALAH TIDAK BERASAS"


PM ?? Say No !!! to Najis Tun Razak.

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH !!


Najib memalukan, dan mengaibkan negara di mata dunia.


sunday_times
Arms deal link to death of model

Sumber :
http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/europe/article5950217.ece


Pihak polis harus menyiasat tiga individu yang didedahkan oleh akhbar Perancis, Liberation dan The Sunday Times yang berpengkalan dari UK mengenai kes pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Pendedahan ini amat mengejutkan Rakyat Malaysia, pihak polis seharusnya menyiasat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak serta isterinya Rosmah Mansor dan Abdul Razak Baginda sepertimana yang didakwa akhbar perancis tersebut.

Angkatan Muda Keadilan mengesa supaya pihak polis tidak mengamalkan ‘double standard’ dalam membuat sebarang siasatan kerana ianya adalah satu kes yang sangat berprofil tinggi.
Sekiranya pihak polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau ; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan keatas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan Negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?

Berdasarkan laporan akhbar Liberation yang antara lain melihat bahawa penglibatan Najib, Rosmah dan Razak didalam pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan Negara dalam keadaan berlaku kelompongan di dalam perbicaraan makamah ke atas kes tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengesa seluruh kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis keatas Najib Razak untuk mengambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera.

“AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Para pengundi pada pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai harus membuat pilihan yang bijak dan menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia”.
Nak jadi PM?? Katakan Tidak !! kepada Najib